CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faridah Daud dicari berkaitan perkahwinan Tengku Mahkota Pahang

17-12-2024 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30151| Komen: 32



BENTONG – Polis mengambil keterangan tiga individu berhubung kes seorang wanita yang mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua individu itu dipanggil pada Ahad lalu bagi membantu siasatan susulan hantaran yang dimuat naik pengguna bernama Faridah Daud (faridah.daud_l) di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih mengesan wanita tersebut dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat dalam usaha mempercepatkan proses siasatan.

“Kita sudah ambil tiga keterangan, kes ini masih dalam siasatan. Kita sedang buat ‘profiling’ dan mengesan Faridah.

“Diharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat (mengesan Faridah) untuk mempercepatkan proses siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini, hari ini.


Menurut beliau, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada Selasa lalu, Istana Pahang menafikan satu hantaran tular mengenai perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan wanita kononnya bakal berlangsung pada April 2025.

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 17-12-2024 08:41 PM
Kasi tgkp macik gila ni
Quote Manjahati 17-12-2024 09:27 PM
Mana acik faridah nyorok tuu
Quote dua_chzy 17-12-2024 10:48 PM
Ha kan. Berangan lagik. Kau ingat kau Shikin Golding?
Quote dua_chzy 17-12-2024 10:49 PM
Berangan boleh tapi simpan sindri la. Ni pi post2 kat socmed. Aiol tuduh Faridah tu macit kertu gendut ni.
Quote syamzana 17-12-2024 10:56 PM
anto la ke spital bahagia semoga berbahagia di sana.
pelik2 la manusia skrg
Quote noell 17-12-2024 11:01 PM
dua_chzy replied at 17-12-2024 10:48 PM
Ha kan. Berangan lagik. Kau ingat kau Shikin Golding?

sapa shikin golding neh cigu??adek henry golding kah??

Quote dua_chzy 18-12-2024 12:12 AM
noell replied at 17-12-2024 03:01 PM
sapa shikin golding neh cigu??adek henry golding kah??

Bukaaannnnn

Hado duluuuu sekitar tahun 2012 gitu, ada sorang minah ni tergila2kan Henry Golding pehtu claimed dia awek Henry, post kisah cinta hagong kat blog, video kita bikin romantes kat Youtube.

Porumer masa tu ramai tertipu tapi setelah dikorek2, rupanya she berangan jew.

Tapi dalam berangan2 pon she dah jadik 'datuk' sekarang. Hasil bisnes2. Of kos datuk beli.
Quote pearl.silver 18-12-2024 12:14 AM
Faridah daud tu org bentong ke?
Wak malu org bentong je weh
Quote pocongkiutss 18-12-2024 12:18 AM
dua_chzy replied at 18-12-2024 12:12 AM
Bukaaannnnn

Hado duluuuu sekitar tahun 2012 gitu, ada sorang minah ni tergila2kan Henry Golding p ...

Seriusla dia dh dpt title datuk? Sikin Muhyiddin kan..bukan dia jd penulis buku ke ticer
Quote dua_chzy 18-12-2024 12:19 AM
pocongkiutss replied at 17-12-2024 04:18 PM
Seriusla dia dh dpt title datuk? Sikin Muhyiddin kan..bukan dia jd penulis buku ke ticer


Rayna yang bagitau meols kat bodgos. Tatau pasal jadi penulis buku tu. Maybe. Kan she imaginasi tinggi, kerjaya yang sesuai.
Quote edayildiz 18-12-2024 12:34 AM
agaknya ada gangguan mental kot eh..
jgn jgn dia pun pormerm...nk berangan pun  berpada pada la
Quote surfin_net82 18-12-2024 12:49 AM
Pernah tgk depan² TM ni.. nampak muda... Budak² aku, bila aku suruh teka.. cakap dia ni umur 18-21. Kalau duduk di kalangan rakyat..mmg nampak le menyerlah beza dgn rakyat biasa.
Quote cm_vungtau 18-12-2024 12:55 AM
Ler bior ler dia nak berangan. Bak kata Jay Jay - berangan tak salah asalkan tahu bertempat. Ewah joget sikit
Quote rosmahisham 18-12-2024 12:58 AM
X memasal polis cari..adui..duk je la diam2
Quote CikHasanah 18-12-2024 05:49 AM
Rosak teruk acik FD ni. Silap2 ada kad oku.
Quote Shayang 18-12-2024 06:28 AM
Ala melepas laa tak dapat gudis ipong 16
Quote prince_marhaen 18-12-2024 09:32 AM
tangkap sekali Kak Liza eyeshadow biru tu jenis garit acah2 mental, kalau ngan jantan live, keluar buat content, hilang pulak gila dia....pastu berangan, alasan otak tak betul, frust menonggeng, buat lesen nak menggatal ngan jantan...
Quote midori888 18-12-2024 09:40 AM
prince_marhaen replied at 18-12-2024 09:32 AM
tangkap sekali Kak Liza eyeshadow biru tu jenis garit acah2 mental, kalau ngan jantan live, keluar b ...

kak liza eyeshadow ni yg mana pulak?
Quote krustykrab 18-12-2024 09:43 AM
Kat tiktok tu ada pompuan gila yg dok berangan jadi bini hisyam hamid...aku yg kdg terrrrrbaca naik bulu pulak serammm

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043242 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top