Oleh Izzah Abbasy
Cantik itu subjektif. Ada yang lihat sesuatu itu cantik, tapi bagi mereka yang lain ia biasa-biasa sahaja. Allah tidak mencipta hamba-Nya semua cantik dan kacak. Tetapi dia memberi peluang kita menikmati segalanya yang cantik. Kenapa kita tak perlu berlumba untuk jadi cantik dan menjadi tatapan oleh orang ramai? Sebab, kita dahpun cantik secara dalaman. Maha Pencipta tidak melihat cantik sebagai hamba-Nya yang sempurna. Jom, lakukan seperti ini. Anda pasti terasa cantik luar dan dalam. 1) Minum Banyak Air Membantu kulit kelihatan lembap dan membuang toksin berlebihan dalam badan. 2) Bersenam Sedikit senaman regangan dapat membantu melancarkan kembali peredaran darah. 3) Jangan Merokok Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.Perokok bukan sahaja terdedah kepada risiko strok, sakit jantung, kanser paru-paru serta banyak lagi penyakit kronik yang lain. 4) Tidur Yang Mencukupi Kajian menunjukkan, individu yang kurang tidur berisiko mendapat penyakit. 5) Rehatkan Kulit Tanpa Sebarang Mekap Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. 6) Makan Yang Cukup Tetapi Bukan Berlebihan Pastikan ia menu sihat dan bukannya penuh lemak atau makanan segera semata-mata. 7) Manjakan diri Tidak salah sekiranya kita meluangkan masa memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. 8) Mendengar Bacaan Al-Quran, Zikir Atau Muzik Menurut kajian muzik juga dapat merangsang otak yang memberi kesan secara langsung kepada pendengaran dan penglihatan. 9) Selalu Ketawa Dan Senyum Senyum dan ketawa bukan sahaja jadi awet muda, malahan dapat menarik aura positif diri. Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau pun kawan-kawan. - CARI Infonet
|
20
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT