CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki selak jubah gadis di pasar raya cuba rakam sesuatu dalam kain, kejadian di Jenjarom

17-12-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11814| Komen: 49

 


KUALA LANGAT – Tindakan jijik seorang lelaki tular ketika cuba merakam gambar bawah kain wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom di sini, minggu lalu.

Suspek melakukan sedemikian ketika mangsa berusia 20an sedang memegang troli di satu sudut di bahagian pasar raya itu dan kejadian itu tular menerusi video berdurasi 25 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima kes gangguan seksual daripada mangsa tempatan itu kira-kira pukul 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

Katanya, ketika kejadian wanita itu sedang membeli-belah bersendirian  sebelum menyedari dirakam seorang lelaki tempatan.

“Mangsa kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu dan mendapati suspek telah mengangkat kain dan cuba merakam ke arah bawah pakaian tersebut,” katanya hari ini.

Tambah Akmalrizal, pihaknya masih giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 17-12-2024 09:32 AM
BODOH SANGAP
Quote chinta89 17-12-2024 09:37 AM
sangap tak bertempat. sebar je muka pelaku supaya org lain berhati2. takde istilah tutup aib eh, org jahat mcm ni
Quote tri-max 17-12-2024 10:21 AM
rupa paras nampak herlok, kelaku cam hanat
berjubah pun sangap, kalau amoi yg pakai skirt pendek tu acaner la gamaknya
Quote Isninselasarabu 17-12-2024 10:41 AM
Kesian akak tu... Isyhhh.. jijik bethol prangai
Quote BoongaKertas 17-12-2024 11:19 AM
jantan kalau dah sangap, pakai bertutup sopan pun dia boleh imagine yg bukan2 & aneh2. dasar jantan kelas belakang. hrp beliau pupus dr muka bumi. kesian adik tu trauma kot!
Quote pocongkiutss 17-12-2024 11:21 AM
Eh cop..tp hakak tu tgh buat apa..mcm pelik pulak posisi kepala dia
Quote imransulaiman 17-12-2024 12:23 PM
pocongkiutss: Eh cop..tp hakak tu tgh buat a ...

Tengah tunduk tengok henfon.. Tangan menyandar kat troli sambil tunduk ke depan tengok henfon..
Quote hokeypokey 17-12-2024 02:03 PM
lain macam fetish ko ye.. nk skodeng celahan berjubah.. yg orang dh sedia tayang ko tanak tengok plak
Quote Ciktiekus 17-12-2024 02:42 PM
Shiraka..pakai jubah pon dah tak selamat skarang nihh..
Quote beatgirlX 17-12-2024 02:48 PM
Adoi.. Selalu org berjubah ni pakai suarla kat dlmmmmmm
Quote ninja boy 17-12-2024 02:50 PM
Lelaki melayu biadap, bangla xde macam ni
Quote aryyan 17-12-2024 02:50 PM
hokeypokey replied at 17-12-2024 02:03 PM
lain macam fetish ko ye.. nk skodeng celahan berjubah.. yg orang dh sedia tayang ko tanak tengok pla ...

fetish ngn yg tertutup.
agak2 klo yg berkapan, dia fetish jugak tak?
haneeettt
Quote yururi 17-12-2024 02:52 PM
Salah pompuan tu tak tutup aurat dgn sempurna, siapa suruh tak pikirkan nafsu laki? - ujar lobai sambil menengok pompuan dgn rakus
Quote pocongkiutss 17-12-2024 02:54 PM
BoongaKertas replied at 17-12-2024 11:19 AM
jantan kalau dah sangap, pakai bertutup sopan pun dia boleh imagine yg bukan2 & aneh2. dasar jantan  ...

Nenek tua pun pernah ada kes rogol kan sebelum ni..tua kertu pun x selamat
Quote liyamariska 17-12-2024 03:22 PM
teringat perangai lelaki jepun pervert dok gigih rekod bahagian bawah skirt pompuan sakan...
Quote azimodin 17-12-2024 04:00 PM
yururi replied at 17-12-2024 02:52 PM
Salah pompuan tu tak tutup aurat dgn sempurna, siapa suruh tak pikirkan nafsu laki? - ujar lobai sam ...

Biasa la tu.. bila dah bertutup sopan dia cari alasan lain pulak. Aku dah kena. Pakai uniform company bagi pon ken skodeng. Bila aku report manager, manager cakap "dah awak meminta. Siapa suruh awak berjalan tergelek2 dalam kilang". Kepala hotak dia. Elok la dah kena terminate manager terpaling alim tu.
Quote AbukRokok 17-12-2024 04:02 PM
so bukti berchadur pun belum tentu bebas jenayah
Quote BoongaKertas 17-12-2024 04:03 PM
pocongkiutss replied at 17-12-2024 06:54 AM
Nenek tua pun pernah ada kes rogol kan sebelum ni..tua kertu pun x selamat

haahlah weh, iols br teringat kes cabul kat cyber tu involves nenek. iols ingat sbb masa baca tajuk news, iols terus jerit jantan babi.
Quote hokeypokey 17-12-2024 04:37 PM
aryyan replied at 17-12-2024 02:50 PM
fetish ngn yg tertutup.
agak2 klo yg berkapan, dia fetish jugak tak?
haneeettt

tak mustahil makin tertutup makin dia suka termasuklah mayat berkapan.. fetish kapur barus namanye.. hahaha

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037295 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top