CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Langgar warga emas dan tidak tolong mangsa, DJ K-pop Yesong dipenjara

16-12-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33724| Komen: 1

 


DJ Yesong atau nama sebenarnya, Ahn Ye Song dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Agung di Korea Selatan selepas didapati bersalah melanggar sehingga mati seorang warga emas.

Insiden berlaku pada Februari lalu menyaksikan DJ berusia 23 tahun itu melanggar seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun di Gangnam sehingga maut sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan, lapor AllKPop.

Yesong didapati memandu dalam keadaan mabuk. Wanita itu juga didapati cuba melarikan diri daripada lokasi kejadian dan tidak mahu menolong mangsa yang dilanggar.

Dia malah tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga ditahan secara paksa selepas kejadian berlaku.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara kerana menyifatkan jenayah yang dilakukan DJ Yesong sebagai serius dan wanita itu cuba melarikan diri daripada tempat kejadian.


Selepas rayuan pertama, mahkamah meringankan hukuman kepada 10 tahun.

Namun hukumannya sekali lagi diringankan kepada lapan tahun selepas DJ Yesong membuat rayuan dan pertemuan bersama keluarga mangsa dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Sumber – Gempak, Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 17-12-2024 09:02 AM
bgus, cara ni jer nak kena ajar drunk driver ni. msia ada ke undang2 mcm ni? soalan serius.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.114614 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top