CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akaun TikTok Fahmi Reza disekat - “Akaun TikTok aku kena permanently banned semasa aku buat livestream"

16-12-2024 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34254| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR: Akaun TikTok milik aktivis, Fahmi Reza disekat semasa melakukan sesi penstriman secara langsung di Universiti Malaya, malam tadi.

Menerusi platform X, Fahmi mendakwa akaun TikTok miliknya itu disekat secara kekal ketika beliau sedang membuat sesi syarahan Student Power secara penstriman langsung di Universiti Malaya.

“Akaun TikTok aku kena permanently banned semasa aku buat livestream sesi Student Power lecture di kampus UM tadi.

“Mula-mula TikTok sekat sesi live aku, kemudian mereka banned terus akaun aku,” catatnya di X.

Akaun TikTok @kuasasiswa dengan 213,600 pengikut itu, yang mana sebahagian besar kandungannya adalah berkaitan satira politik dan jumlah suka mencecah sehingga 1.9 juta sudah tidak ada lagi dalam carian.

Fahmi Reza sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi sehingga dipanggil pihak polis kerana membuat hantaran jelik, menghina permaisuri Agong dan menghasilkan karikatur berkaitan kerajaan dan politik di media sosial.


Sumber –  BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zull4rs 16-12-2024 10:35 PM
Edited by zull4rs at 16-12-2024 10:48 PM

Bukan mamat ni penjilat tegar nuar ke
Quote ultra78 16-12-2024 10:59 PM
Tiktok pakai AI utk content moderation. Sebab tu mudah aje trigger utk ban user
Quote PULANGKAN 16-12-2024 11:12 PM
ultra78 replied at 16-12-2024 10:59 PM
Tiktok pakai AI utk content moderation. Sebab tu mudah aje trigger utk ban user

kan. dah berapa streamers hilang akaun gitu je, sampai diorang dah give up nak live kat tiktok

bunyi pelik sikit, sebut benda2 yang diorang dah listed trigger warning, auto bannned

yang ni setau Iols la. Iols pun takde akaun tiktok
Quote lasagna 17-12-2024 08:24 AM
buat jer account baru nama lain.. boleh kan?
ntoh ler iols pun bkn kaki TT.
Quote Prickford 17-12-2024 08:34 AM
Letih nau hidup asik nak nganjing je kan. Ulang alik lokap, kena banned kat media sosial.
Quote midori888 17-12-2024 08:40 AM
who are you?
Quote BeskotCekelat 17-12-2024 08:48 AM
Dia ni dah lama masuk gua sejak bangnnon berkuasa.
Tetiba semenjak dua menjak ni all out pulak. Saspisyes betul..
Quote copy_paste 17-12-2024 08:48 AM
akaun tiktok aku buat utk shopping barang je, nk live nak konten x reti hehe
Quote lostnfaun 17-12-2024 08:53 AM
Prickford: Letih nau hidup asik nak nganj ...


Mana tau ada rezeki jadi timbalan menteri nanti. Hahaha.
Quote prince_marhaen 17-12-2024 09:16 AM
yang suka pung pang ni ended up jadi menteri tiba2 jadi lembam ye macam badam badli kaki reformasi tu...
Quote Decaffeinated 17-12-2024 03:39 PM
Boleh mati eh takde Tiktok? Mujur aku tak menyimpan hasrat untuk terjebak.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037388 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top