CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Januari - MPPD

16-12-2024 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38583| Komen: 10

 


SEREMBAN: Penyediaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Telok Kemang, Port Dickson di sini, yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan ke 11 Januari tahun depan, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd Hamid.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat perolehan payung pantai terbabit dan ia mengambil sedikit masa kerana membabitkan kuantiti yang banyak.

"MPPD menjangkakan payung pantai yang akan menggantikan khemah biru dapat beroperasi mulai 11 Januari ini tertakluk kepada ketibaan bekalan payung pantai itu.

"Setakat ini, sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, MPPD akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang yang dijadualkan bermula hari ini.



Beliau berkata, MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.

Arul Kumar berkata, setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf serta penyediaan plot itu dilakukan pada 18 November lalu.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-12-2024 08:21 PM
Kapitalis..
Elok2 orang boleh lepak free,terpaksa pulak keluar modal sewa payung.
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 08:47 PM
Jangan cakap abang tak payung

[youtube]_44tJuq2UgE[/youtube]
Quote hokeypokey 16-12-2024 09:09 PM
sama jer.. pantai tu tetap tak cantik
Quote PULANGKAN 16-12-2024 09:51 PM
payung pantai cantik? menyemakkan mata ade la

biar je la open air cam dulu. mengarut betul
Quote sayawifenikmie 16-12-2024 11:29 PM
perlu ke nak sediakan plot2 utk peniaga payung pantai ni ?
itu kan kawasan awam
Quote Decaffeinated 16-12-2024 11:33 PM
PULANGKAN replied at 16-12-2024 09:51 PM
payung pantai cantik? menyemakkan mata ade la

biar je la open air cam dulu. mengarut betul

Payung untuk siapa yang tak tahan berjemur di bawah panas terik. Kita tengok dulu semak ka tak.

Yang kalis matahari Malaysia boleh teruskan hidup macam biasa.

Quote Kak-Rohana 16-12-2024 11:49 PM
X payah berpayung-payung lah. X suka panas x payah ke pantai lepak Genting .. shopping complex je dik. Ko tanam pokok je lahhh.. 5 tahun setel. Payung lepas sebulan berlumut. Rimas!!
Quote tagas 17-12-2024 11:39 AM
Payung emas
Quote Decaffeinated 17-12-2024 03:36 PM
Sunbathing bukan budaya kita. Sediakan payung sebelum terbakar kulit.
Quote AbukRokok 17-12-2024 04:04 PM
ini semua salah matahari terlalu panas
30 tahun dulu matahari sejuk je nk tido tgh padang pun selesa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061946 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top