CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM lancar kereta elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7

16-12-2024 08:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38690| Komen: 14

 


KUALA LUMPUR: Malaysia kini memiliki kereta elektrik (EV) pertama melalui inisiatif Proton Holdings Bhd (PROTON) dengan pengenalan Proton e.MAS 7.

Pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja menandakan satu langkah besar dalam sektor automotif negara, malah turut menggambarkan komitmen Malaysia dalam mengorak langkah ke arah kemampanan dan inovasi teknologi hijau.

Ditawarkan pada harga bermula RM109,800, Proton e.MAS 7 tampil dengan dua pilihan iaitu varian Prime (bermula RM109,800) dan versi tertinggi Premium (RM123,800).

3,000 pelanggan awal bakal menikmati rebat RM4,000 yang menyaksikan varian Prime bermula RM105,800 dan Premium bermula RM119,800.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kabinet; Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar; Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Jerry Gan; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.


Kedua-dua varian itu berkongsi unit janaan kuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal '12-dalam-1' yang memacu roda hadapan dengan janaan sebanyak 218 PS (160kW) dan tork maksimum 320 Nm.

Konfigurasi itu cukup untuk membolehkan Proton e.MAS 7 memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.9 saat, sekali gus menjadikan ia model pengeluaran paling pantas PROTON setakat ini.

Dengan jentera yang dimiliki, Proton e.MAS 7 mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 175 km/j.

Untuk jarak perjalanan, varian Proton e.MAS 7 Prime boleh bergerak sejauh 345 kilometer, manakala e.Mas 7 Konfigurasi itu cukup untuk membolehkan Proton e.MAS 7 memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.9 saat, sekali gus menjadikan ia model pengeluaran paling pantas PROTON setakat ini.

Dengan jentera yang dimiliki, Proton e.MAS 7 mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 175 km/j.

Proton e.Mas 7 menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan rekaan 'bilah pendek' Aegis yang dibangunkan oleh Geely.

Yang membezakan kedua-dua varian adalah kapasiti bateri yang berbeza iaitu varian Prime dilengkapi bateri berkapasiti 49.52 kWj manakala varian Premium pula dengan kapasiti 60.22 kWj.

Untuk jarak perjalanan, varian Proton e.MAS 7 Prime boleh bergerak sejauh 345 kilometer, manakala eMas 7 Premium dengan kapasiti bateri lebih besar boleh bergerak sejauh 410 kilometer untuk cas penuh.

Proton e.MAS 7 juga datang sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan pengecasan dari 30 hingga 80 peratus dalam masa hanya 20 minit.


Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30 hingga 80 peratus dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

Premium dengan kapasiti bateri lebih besar boleh bergerak sejauh 410 kilometer untuk cas penuh.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 16-12-2024 08:10 PM
Tunggu model baru perodua lakk
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 08:15 PM
Abang Tesla tersenyum sinis
Quote borne 16-12-2024 08:18 PM
Tiru muka jaws keww??
Quote imransulaiman 16-12-2024 08:44 PM
Macam rupa BYD ATTO 3

Saya tunggu Perodua punya...
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 08:57 PM
Kilauan Emas tersenyum sinis
Quote kotakbaju 16-12-2024 10:48 PM
Tertanya jugak perodua ada keluarkan model yang serupa tak?

Lgi satu, keter guna tenaga solar dah ada ke belum eh? Keter yg kena cas2 ni leceh la pulak nak kena tunggu penuh satu hal. Kalau travel jauh2 nanti, harap mana2 tempat penginapan ada sediakan tempat pengecas keter ni, so boleh la cas keter penuh2 waktu time rehat atau tido ke.
Quote kotakbaju 16-12-2024 10:49 PM
borne replied at 16-12-2024 08:18 PM
Tiru muka jaws keww??

Hahaha gelak besar haku
Quote Decaffeinated 17-12-2024 03:43 PM
kotakbaju replied at 16-12-2024 10:48 PM
Tertanya jugak perodua ada keluarkan model yang serupa tak?

Lgi satu, keter guna tenaga solar dah  ...

Kalau nak jadikan UK sebagai penanda aras, stesen mengecas ni bersepah sampai ke parking2 tepi jalan. R&R toksah citerlah, bersusun.

Quote grouper 17-12-2024 04:04 PM
Nampak huduh la .. kete ev cina semua lawa2 je design..maybe kete ni anak tempatan yg design. Proton mmg failed bab rupa kete ni
Quote bunnyj3lly 17-12-2024 11:11 PM
Macam agak memalukan PM rasmikan kereta CBU, rebadged buang features tapi harga lagi mahal dari original version, kemudian berbangga ia adalah kereta jenama nasional. Sedihnyaa Malaysia ni, takde talent langsung ke apa?
Quote Zeelalala 18-12-2024 03:37 AM
awat petak semacam?
Quote areyam 18-12-2024 07:40 AM
Terbaik PM kita... Malaysia Boleh...
Quote L.U.S.M 18-12-2024 11:08 AM
bunnyj3lly: Macam agak memalukan PM rasmik ...


Setuju..lawa Perodua punya EV lagi tp hujung tahun dpn baru kua booking nyehhh..adoiii
Quote L.U.S.M 18-12-2024 11:09 AM
bunnyj3lly: Macam agak memalukan PM rasmik ...


Setuju..lawa Perodua punya EV lagi tp hujung tahun dpn baru kua booking nyehhh..adoiii

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.208059 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top