KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau pada 2.56 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di 15 kilometer barat Ranau. Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia, namun dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau. Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan 3.17 petang mengenai kejadian berkenaan dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba Ranau dikerahkan untuk melaksanakan rondaan di sekitar daerah berkenaan. "Rondaan mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pukul 4.30 petang tadi," menurut kenyataan itu.
Sumber – BH ONLINE |
kakikuDibibirmu replied at 16-12-2024 09:13 PM
Dulu aku tgh tido wktu mlm, aku terjaga tgk housemate aku dok berzakar kt sebelah ingtkn dia buang t ...
vespa_oren replied at 16-12-2024 08:29 PM
Dulu penah gempa bumi time aku tgh tido wktu mlm, aku terjaga tgk housemate aku dok berzikir kt sebe ...
ADVERTISEMENT