CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau betul rumah kena sita, saya tidur atas pokok’ - Rozita Che Wan

16-12-2024 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30633| Komen: 129

 


Tidak selama-lamanya mengunci mulut berhubung hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon Rozita Che Wan berjanji akan memberikan kenyataan apabila tiba masa yang sesuai.

Rozita atau mesra disapa Che Ta mendakwa terdapat beberapa perkara dilapor media berhubung kontroversi tersebut tidak tepat yang perlu dijelaskan sendiri.

“Kenyataan yang tipu itu saya marah. Kalau mahu sebar aib tidak apa, cuma jangan tabur fitnah sahaja. Ada yang betul, ada yang tidak. Saya tunggu masa sesuai untuk bersuara. Tunggulah kenyataan saya.

“Anda semua belum dengar cerita dari mulut saya lagi. Saya belum keluarkan lagi kenyataan. Tidak apa, sabar. Biar orang buat pahala untuk kita dulu.,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok, semalam.

Che Ta turut menafikan kediamannya di Kota Damansara, di sini disita seperti dilaporkan beberapa pihak.


“Sekarang tinggal dekat rumahlah, dekat mana lagi? Takkan atas pokok pula. Semua komen tidak betul, rumah saya tak kena sita pun. Kalau rumah kena sita, saya tidak tidur di rumah, tidur atas pokok.

“Sebab itu, semua berita yang keluar dekat media tak boleh percaya pun. Jangan risau, saya okey sahaja.

“Dalam dunia ini, bukan saya sahaja yang Allah uji, betul tak? Saya fikir kalau kita kuat iman, tidak kisahlah dugaan atau cabaran apa yang datang, saya rasa kita boleh sahaja harungi,” ujarnya.

Selasa lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 16-12-2024 12:11 PM
Apa lagi cheta nak putaq tu Last2 asyraf wajdi yg salah taknak kasi lupus hutang, cheta betoiiii...selamanya betoiiii
Quote cm_vungtau 16-12-2024 12:12 PM
Rumah kan tak kena sita. Yang kena sita barang2 100k. Apa perempuan jenis cakap merepek pun boleh dapat loan 1 juta ke
Quote nena9042 16-12-2024 12:12 PM
Memang dalam paper semua pun reputs tulis barangan rumah je yang disita kan, bukan rumah
Quote AkokKocik 16-12-2024 12:18 PM
Rugi je nenek ni buat pinjaman mara 1 juta, kan kena bayar balik...klu dia mintak dgn khazanah & pnb, bukan je dpt berjuta, xyah byar lagi mcm itik laki bini.
Quote Gigi_Comel 16-12-2024 12:21 PM
Eei sombongnya perempuan ni… Harap ko dapat hukuman setimpal sampai Tak mampu nak angkat Muka dah…
Quote QueenIsolde 16-12-2024 12:21 PM
Masih bongkak, mcm takde penyesalan pun drp kata2 sheols...ujian ni Allah turunkan spy lebih rendah diri tp mcm takde kesan pun kt cheetah.
Quote mizruncing 16-12-2024 12:22 PM
masih berlagak lagi bila bagi statement. knp nak tunggu masa sesuai? skrg ni tak sesuai ke? dok kata org bg pahala kat dia plak
Quote Binodino 16-12-2024 12:23 PM
Bila dah terciduk tau pulak tunggang agama, ini ujian la apa la. Time meriak tak pulak ingat bab agama.
Quote chandrahusin 16-12-2024 12:36 PM
hati kau keras Che Ta
kau diam je lah buat masa ni
Quote prettyuglybabe 16-12-2024 12:40 PM
makin banyak bercakap makin terserlah kebodohannya..
Quote sara_thrash 16-12-2024 12:44 PM
dia ni kalau bukak mulut kalau tak berlagak mesti membongak. tak pun keluarkan statement tak bijak dia tu..
Quote lazim 16-12-2024 12:45 PM
prettyuglybabe replied at 16-12-2024 12:40 PM
makin banyak bercakap makin terserlah kebodohannya..

Adok beradik depa ni naseb ada muka je . Bkk mulut bimbo. Mesti ank2 dia dgn laki pilot tu dpt gen pndai sekolah dr bapak. Ecah ni xtau la.. mak pon bimbo apak pon xtau kelulusan apa
Quote mrsamz 16-12-2024 12:51 PM
yg sbnrnya dia loan 1 juta tu buat biz apa ?
Quote cm_vungtau 16-12-2024 12:59 PM
Tunggu la Mara sita rumah ko pulak. Betul2 tido atas pokok nanti
Quote miamiot 16-12-2024 01:01 PM
Menyombongnya ayat ... Tak sedar diri lagi ke ...
Quote emera 16-12-2024 01:05 PM
Bebal ek pompuan ni? Pastuh x sudah2 puter alam.
Quote Carcosa 16-12-2024 01:19 PM
Dah nak bankrupt pun, cara berckp berlagak.
Dasar org miskin gila. Beria eh kau, loan sampailah sejuta, lepas tu kau berlanja sana sini mcm duit nenek mak kau. Pakai baju 50 pasang la, itu la inilah. Duit pinjam rupanya. Bangang punya orgtua miskin.
Quote alieyrina 16-12-2024 01:19 PM
Alahai tak siap lagi ka skrip hg nekta. Bila nak stetmen nya
Quote joannakimberly 16-12-2024 01:22 PM
berapa byk sgt pahala chuols dpt sbb org mngata chuols? sume abis sbb mulut chuols yg busuk menyebar pitenah tang rmh tgga org lain..

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.116138 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top