Isteri mana yang tidak sedih apabila melihat suami dihina dan didoakan dengan perkara yang tidak baik. Begitu juga dengan pelakon Eyra Hazali, yang kesal dengan tindakan segelintir penyokong bola sepak tempatan yang mengecam suaminya, Hazid Nadzli yang merupakan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya. Haziq dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan peringkat kumpulan A Piala Asean yang berlangsung di negara gajah putih itu, malam tadi. Disebabkan itu Eyra atau nama sebenarnya Hadirah Qastina Hazali, 25, telah tampil mempertahankan suaminya daripada terus terusan menjadi mangsa hinaan netizen. “Caci dan makian yang anda lemparkan kami boleh terima. Tetapi hinaan dan mendoakan suami saya lumpuh serta melibatkan anak-anak kami adalah melampau. “Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik kepada anda dan keluarga. Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu, Haziq dikatakan memberi laluan mudah untuk pemain lawan, Partrik Gustavsson menjaringkan gol kemenangan pada minit 57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat. Kesilapan tersebut telah membuatkan penyokong pasukan Harimau Malaya berang lantas mula mengecamnya dalam media sosial sehingga ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat. “Penjaga gawang gol paling sial dalam dunia! Kau punya pasal kita kalah bodoh! Perlawanan seterusnya kau tak payah main. Malam ini semua pemain Malaysia main dengan bagus kecuali kau. Kau bunuh rentak kita,” komen netizen yang berang dengannya. Keputusan perlawanan menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 terhadap pasukan tuan rumah sekali gus meletakkan Malaysia yang kini berada di kedudukan ketiga kumpulan A wajib menang menentang Singapura 20 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk rekod, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil hidup bersama mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, Muhammad Endra Haqimie, 2 dan Huq Ezqandar 3 bulan. Sumber -KOSMO! ONLINE |
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
pichee replied at 15-12-2024 07:28 PM
serious la die bru 25.. sbb nmpk berusia sgt muka n pakaian die...
ina_na replied at 15-12-2024 09:49 PM
Iolss x berapa suka tgk suami dia jd gol keeper..suka yg sorg lg tu..yg anak dia meninggal dl... Dia ...
ADVERTISEMENT