CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas jenama fesyen Mango, Isak Andic meninggal dunia di usia 71 tahun

16-12-2024 02:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50470| Komen: 29

 


BARCELONA – Bilionair dan pengasas rangkaian jenama fesyen terkemuka Mango, Isak Andic meninggal dunia semalam ketika mengembara ke sebuah gua berhampiran Barcelona, Sepanyol, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) .

Media Sepanyol melaporkan, lelaki berusia 71 tahun itu terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki di kawasan gua yang merupakan sebahagian daripada banjaran gunung.

Ketika kejadian, Andic mendaki bersama anak lelakinya dan beberapa ahli keluarga lain, lapor akhbar El Pais.

Ahli perniagaan kelahiran Turkiye itu mengasaskan jenama Mango dengan bantuan saudara lelakinya, Nahman di Barcelona pada 1984.

Rangkaian jenama itu kini mempunyai hampir 3,000 cawangan di 120 negara. Forbes menganggarkan nilai kekayaan bersih Andic adalah AS$4.5 bilion (RM20 bilion).

Andic dilaporkan jatuh ke dalam gaung setinggi 150 meter ketika mendaki di kawasan pergunungan Montserrat.


Polis dipanggil sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan), manakala sebuah helikopter dan unit pakar gunung dihantar ke tempat kejadian, lapor El Pais.

Ketua Pegawai Eksekutif Mango, Toni Ruiz berkata dalam satu kenyataan: “Pemergiannya (Andic) meninggalkan kekosongan yang besar.

“Ini adalah penghormatan terbaik yang boleh kami berikan kepada Andic dan yang akan kami penuhi, iaitu untuk memastikan Mango terus menjadi projek yang dibanggakan.” – AGENSI

 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 15-12-2024 02:56 PM
Semoga dicucuri rahmat..arwah dulu baik orangnya dan suka pegi hiking
Quote alesandra 15-12-2024 03:20 PM
dulu masa  zaman MNG lagi aku kerap beli.kualiti bagus sebenarnya brand ni.seluar,blouse tahan boleh pakai 5-6 tahun. tapi  sejak uniqlo bukak kat area  dekat2.maleh dah haih bai2 la
Quote shernazz 15-12-2024 08:09 PM
Pesen.mango neh mewarnai.zaman.study.iols.dulu...
Dolu.kan.suka baju lapis2 kan..hahahahaa
Quote syamzana 15-12-2024 08:25 PM
alesandra replied at 15-12-2024 03:20 PM
dulu masa  zaman MNG lagi aku kerap beli.kualiti bagus sebenarnya brand ni.seluar,blouse tahan boleh ...

eh sama larr dan i suka jugak beli mng online delivery tiptop.
dah wujud h&m, uniqlo iols beralih arah dua ni plak tp skrg beli online je. 2/3 hari sampai

rip atuk
Quote imanda 15-12-2024 08:25 PM
i suka jugak brand Mango, simple dan comel2 la jugak.
Quote kakikuDibibirmu 15-12-2024 08:46 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

ayat holy koran 2:156
Quote sharlenetexas 15-12-2024 10:56 PM
Beli kat carousell je.


Quote aavakateimani 16-12-2024 08:24 AM
cantik baju dia
Quote aavakateimani 16-12-2024 08:25 AM
takziah
Quote Thunderclouds 16-12-2024 09:11 AM
Zmn study kulur kilir sarung cardigan mango p kuliah. Pakai baju kurung pon nk sarung cardigan. Lols.
Start keja blouse, kemeja, slack ngn blazer dia sgt ler smart. Once masuk kampeni leh pakai casual iols tak pandang dh fashiun cenggini.
RiP.
Quote nisako 16-12-2024 09:19 AM
rip
Quote alesandra 16-12-2024 09:27 AM
syamzana replied at 15-12-2024 08:25 PM
eh sama larr dan i suka jugak beli mng online delivery tiptop.
dah wujud h&m, uniqlo iols beralih  ...

kalo beli online kat website deyols shipping mahal.kat zalora pulak saiz selalu sold out.physical store pulak dah reduced.. byk  tutup.tu yg beralih  kat brand lain
Quote nadie90 16-12-2024 09:53 AM
Antara fav brand...hrga mampu milik/boleh diterima. Takziah
Quote Naftalena 16-12-2024 09:59 AM
alesandra replied at 15-12-2024 03:20 PM
dulu masa  zaman MNG lagi aku kerap beli.kualiti bagus sebenarnya brand ni.seluar,blouse tahan boleh ...

Wallet mng beli ntah berapa belas tahun dulu masih elok lagi. I beli tapi tak pakai.
Quote Akalditipumata 16-12-2024 10:15 AM
Brand zaman belajar dulu ni... Bukan main.. t-shirt kt dada 'MANGO' tp kualiti kain2 dia pn okay tahan lama.. Pasto rump it.. Pasto Roxy.. Pasto radio active...
Quote Sazreena 16-12-2024 10:43 AM
Baby T mango dan bohsia berpisah tiada...hahaha.
Quote midori888 16-12-2024 11:01 AM
dulu2 suka gak pakai baju2 cap Mango
Quote Supersirap 16-12-2024 11:22 AM
suka dengan jenama ini
Quote supernaturalee 16-12-2024 12:07 PM
iye ke jatuh tu

gitu cubaan create spekulasi


Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.082978 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top