Kansas: Seorang ibu muda didakwa secara tragik menyebabkan kematian anak perempuannya yang baru lahir selepas tersilap meletakkan bayi itu ke dalam ketuhar yang disangkanya sebagai katil bayi, lapor The Mirror. Mariah Thomas, 26, kini berdepan perbicaraan bulan depan selepas bayi itu, Za'Riah Mae, ditemukan tidak bernyawa dengan kesan melecur teruk, hanya sehari selepas Mariah meraikan hari lahirnya. Menurut dokumen mahkamah, polis menemukan bayi itu di kerusi bayi dengan pakaian yang hangus melekat pada badannya, manakala rumah berkenaan berbau asap. Selimut bayi yang hangus turut dirampas sebagai bahan bukti. Mariah didakwa memberitahu datuk mangsa bahawa dia "tersalah letak bayi itu ke dalam ketuhar." Datuk berkenaan menemukan bayi itu selepas dihubungi oleh Mariah yang mengatakan sesuatu tidak kena dengan anaknya.
Ketua Pendakwa Jackson County, Jean Peters Baker, menyifatkan kes ini sebagai satu tragedi yang menyayat hati. "Kami percaya sistem keadilan akan menangani insiden ini dengan sewajarnya, dan kami turut berduka atas kehilangan nyawa ini," katanya. Minggu lalu, juri besar menambah tuduhan pembunuhan tidak sengaja ke dalam kes berkenaan, menjadikan prosiding perbicaraan bulan depan dijangka mendapat perhatian meluas. Rakan dan keluarga mangsa menyatakan kesedihan mereka dan percaya masalah kesihatan mental mungkin menyumbang kepada kejadian tragik ini. Sementara itu, Mariah kekal dalam tahanan dengan memilih untuk berdiam diri, walaupun membenarkan ujian darah dilakukan dan data telefonnya dianalisis oleh pihak berkuasa. Perbicaraan akan menjadi penentu kepada kes ini yang mengejutkan ramai pihak dan meninggalkan luka mendalam dalam masyarakat setempat. SUMBER : – Harian Metro |
AkokKocik replied at 14-12-2024 06:13 PM
Bak kata acik porom...'muka xde nur'...
ADVERTISEMENT