CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Recep Tayyip Erdogan

12-12-2024 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26526| Komen: 5

 

ISTANBUL: Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Erdogan ketika bercakap pada acara sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran partinya di Ankara mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.

Beliau turut mengkritik sikap dwistandard global dalam isu hak asasi manusia, menyatakan bahawa pada hari ini hak itu dilihat sebagai "hak keistimewaan yang hanya terpakai untuk wilayah dan populasi tertentu."

Sebaliknya, beliau menggariskan pendirian Turkiye terhadap krisis Syria yang sudah berlangsung selama 13 tahun, dengan berkata: "Turkiye sentiasa mendekati krisis Syria berdasarkan perspektif yang berasaskan hati nurani."

Erdogan juga menonjolkan usaha kemanusiaan Turkiye yang inklusif dengan menyatakan sokongan negara itu terhadap jutaan rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal tanpa diskriminasi.


“Kami tidak pernah bertanya kepada mereka yang datang ke pintu kami sama ada mereka orang Turki, Arab atau Kurdish. Kami juga tidak bertanya sama ada mereka Muslim, Kristian, atau Yahudi,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Turkiye bukan sahaja membuka pintu negara mereka tetapi juga pintu hati mereka kepada mereka yang mencari perlindungan di bumi Turkiye.

Semasa perang saudara di Syria, kira-kira empat juta rakyat Syria telah mendapatkan perlindungan di Turkiye.

SUMBER: BERNAMA, AstroAwani
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 12-12-2024 09:19 AM
Dia ini pun aggressively bomb kurds..sebab benak british...apabila british buat borderline di antara turkiye... Syria.. Iran and iraq... Ada 1 ethnic kurdish lupa bagi tanah untuk buat negara sendiri... Kurds minority jadi victim... Macscacre... Genocide...torture u guys name it kena gasak di iran.. Iraq.. Turkiye and syria...rebelious group..
Quote aavakateimani 12-12-2024 09:59 AM
ko tu nato
Quote aavakateimani 12-12-2024 09:59 AM
diamlah
Quote Dwdrum 12-12-2024 10:03 AM
Ter sakiti di curang oleh edrogan... Russia and iran.... Kannnnnnnnnnnn
Quote nisako 12-12-2024 12:10 PM
mcm mcm

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.182306 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top