CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Tak Cukup Selawat 1000 Sehari, Rasa Tak Sempurna” – Ruhainies Nafi Tunggang Agama

10-12-2024 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13355| Komen: 23

 


Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seperti ingin menunggang agama kerana sering berkongsi mengenai kebaikan berselawat dengan pengikutnya.

Memetik Media Hiburan, Ruhainies berkata dia hanya berkongsikan perkara yang baik namun terpulang pada mereka untuk mengikutinya kerana dia tidak rugi apa-apa.

“Mungkin ada yang kata saya menungang agama atau nak tunjuk baik namun, pada saya, kita tak perlu nak jadi baik untuk sebarkan kebaikan.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya buat sahaja. Sesiapa yang nak ikut, alhamdulillah. Yang tak nak ikut, saya okay sahaja. Saya tak rugi apa-apa langsung,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata banyak manfaat dan perkara positif selepas dia mengamalkan rutin selawat selama 40 hari antaranya rasa tenang serta diberikan rezeki.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku tapi saya tak boleh nak berkongsi semua. Antara yang saya dapat rasakan adalah ketenangan. Ia perkara yang tak dapat dibeli walaupun kita kaya raya.


“Saya juga terima rezeki tanpa henti, gembira bersama keluarga, keluarga sihat, dan dipertemukan dengan orang-orang baik dan sayang kita secara tiba-tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata misi selawatnya sudah pun selesai namun dia meneruskan lagi kerana rasa tidak lengkap jika tidak melakukan amalan berkenaan.

“Perjalanan selawat saya selama 40 hari sebenarnya sudah pun selesai. Namun, ibu saya nasihat untuk teruskan lagi dan jangan berhenti. 40 hari itu hanya untuk buat kita rasa terikat.

“Bila satu hari tak buat, kita rasa seperti tak lengkap. Itu yang saya rasa sekarang. Kalau tak cukup seribu selawat sehari, saya rasa seperti ada yang tidak sempurna. Daripada duduk saja-saja atau saya terfikir hal-hal negatif, lebih baik kita selawat,” katanya.


SUMBER: Media Hiburan, Rotikaya
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-12-2024 10:50 AM





Quote selipar_hijau 10-12-2024 11:06 AM
tak habis2 lagi ke bersholawat dikkk
Quote IzzahF 10-12-2024 11:12 AM
rasa mcm dari bulan lepas dia selawat
Quote Buritan 10-12-2024 12:18 PM
Jahat ekau
Quote AkokKocik 10-12-2024 12:57 PM
Looohhh...dah nampak rambut??ke gambar lama??
Quote hokeypokey 10-12-2024 01:45 PM
yela kemut, kitaorang percaya sangat
Quote Aribaariba 10-12-2024 01:52 PM
Hahahaha  x blh blah la dgn dia. Speechless jadinya. Where do i start.. Hmmm. Errrr. .. Hahaaaa
Quote AWEKSAMURAI 10-12-2024 01:58 PM
Dh xde benda yg best benda gini korang nk gosip kan...pelacur bagi makan anjing pun Tuhan muliakan apa tah lagi kes dia ni belum ada keputusan apa pun . Ckup2 lah ..org nk berubah cmne pun dia husnuzon je lah. Ada org lagi teruk kot dari dia
Quote JahLupa 10-12-2024 02:31 PM
Ko semayang sunat beratus rakaat pun belum tentu org tgk ko baik dik..
Quote noor2 10-12-2024 02:41 PM
Brp kali dia nk bgtau semua org?..buat senyap2 la
Quote naina 10-12-2024 02:44 PM
Ko diam. Shhhhht! Ko tetap rosak.
Quote nisako 10-12-2024 02:54 PM
hahaaaaaaa
Quote pocongkiutss 10-12-2024 02:55 PM
Bukan ke dh ada thread kemut berselawat hari tu
Quote Akalditipumata 10-12-2024 02:57 PM
noor2 replied at 10-12-2024 02:41 PM
Brp kali dia nk bgtau semua org?..buat senyap2 la

Dh bgtahu..org buat xthu...Tu bgtau lg
Quote missyL 10-12-2024 09:06 PM
Aku x sangke kemut ni mcm nie

Fake sunggoh
Quote emera 10-12-2024 09:10 PM
Geli aihhh. Fake bebeno.
Quote toteng 10-12-2024 09:12 PM
Dek solawat tanpa solat pun tak tenang dekk. (sbb rambut kaler2 jadi haku negatif sikit)
Quote MollyShannon 10-12-2024 10:16 PM
Sekadar kongsi. Selawat antara amalan yg diterima walaupun buat masa tgh riak. Jom selawat gaiss.
Quote sharlenetexas 10-12-2024 10:19 PM
Suka hati ko la sis.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073231 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top