CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shahril Hamdan rela kekal di luar UMNO, tidak berhasrat sertai politik

9-12-2024 01:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36904| Komen: 11

 


PETALING JAYA – Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memaklumkan beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti itu semula selepas keahliannya digantung selama enam tahun sejak Januari tahun lalu.

Dalam sesi podcast Keluar Sekejap baru-baru ini, Shahril berkata, beliau juga akan berehat daripada dunia politik dalam tempoh yang lama.

Menurut Shahril, beliau berandaian bahawa keahliannya digantung adalah disebabkan permohonannya kepada Presiden UMNO untuk mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk UMNO pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Keduanya apabila ada usaha dan usul untuk menutup pertandingan presiden dan timbalan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Ini kerana, saya tak ada bagi sebarang ucapan atau pun menyerang secara terbuka,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, persoalan sama ada pendiriannya akan berubah bergantung kepada dua perkara tersebut.


“Kalau itulah sebabnya saya digantung tidak berubah, sukar untuk saya fikir macam mana saya nak mengimaginasikan diri saya dalam parti itu lagi.

“Sebab itu saya berada dalam UMNO sekian lama dan itu satu-satunya parti yang saya jadi ahli dan KJ (Khairy Jamaluddin) menjadi mentor saya pada satu ketika bila saya mula masuk,” jelasnya.

Dalam pada itu, selain idealisme parti, Shahril turut mempersoalkan adakah demokrasi dalam UMNO itu boleh subur serta terdapat kemahuan untuk menganbil tanggungjawab apabila prestasi parti buruk.

“Selagi dua benda itu tak wujud. Saya khuatir apa pun usaha saya tak relevan. Bukan hanya saya tak relevan, tapi keberadaan saya dalam satu organisasi tidak tidak mahu menerima perkara itu pun tak relevan,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 9-12-2024 05:29 AM
Kah kah kah sore loser
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2024 06:02 AM
Keluar Selama-lamanya tersenyum sinis
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:17 AM
dia ni bijak la jugek nak banding dgn sampah masyarakat yg ada dlm ameno
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:18 AM
beri la peluang kat dia
Quote prince_marhaen 9-12-2024 08:29 AM
ameno takut orang2 muda bijak & jambu2 ni.... ehehehehehehe
Quote dineyta 9-12-2024 09:31 AM
baguslah kat luar aje. buat semak aje dlm umno
Quote dineyta 9-12-2024 09:31 AM
baguslah kat luar aje. buat semak aje dlm umno
Quote honam 9-12-2024 10:32 AM
takpe la, org org bagus mcm dia ni buat apa la nak duduk dalam amenok lagi, persoalan sekarang ni, next pru ada lagi ke sokongan untuk amenok
Quote juboqhang 9-12-2024 10:42 AM
Kalah dgn Mas Ermieyati
Quote nusaraya 9-12-2024 10:45 AM
Edited by nusaraya at 9-12-2024 10:48 AM

Shahril Hamdan tampaknya kurang pintar dan bijak ambil keputusan ... Mungkin dia lupa bahwa dari semua parti Melayu yang ada  ...Hanya UMNO saja yang sudah menjanjikan dan membuktikan bahwa semua membernya akan masuk syurga ketika mereka wafat nanti ...
Quote clueless_gamer 11-12-2024 04:40 AM
aku letak harapan juga pada dia dgn KJ..

sbb jenis educated person that know and understand well the real policies in politics..

nak harap yb lain tu, ramai setakat yg buat lawak bodoh, tanya lain jawab lain, merapu dgn emo tak tentu arah bila berucap.. mmg banganglah sape yg undi dia dulu..

patut siapa takde legit degree or master tu, jangan bagi dia jadi yb atau pegang jawatan penting pun, modal setakat bercakap atas stage buat lawak bodoh sbb nak popular ni dah tak laku sejak tahun 2000 lagi ye atok2 sekalian..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.035993 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top