WASHINGTON – Perbuatan seorang pesohor media sosial di Amerika Syarikat yang bersahaja menari ketika teman lelakinya berusia 85 tahun terlantar di atas katil sebuah hospital mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Must Share News semalam. Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @libsoftiktok menunjukkan wanita bernama Bronwin Aurora, 22, berjoget di dalam wad. Bahkan, tarian pelik itu dilakukan di sebelah teman lelakinya yang terlantar kesakitan. “Saya telah menerima wasiat, patutkah saya cabut soket mesin sokongan?” demikian menurut keterangan video itu. Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan rata-rata, netizen mengecam perbuatannya kerana tidak menjaga sensitiviti. “Semoga kamu ditinggalkan oleh warga emas itu!” marah seorang netizen. “Definisi wanita miskin sebenar!” marah netizen lain. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
pocongkiutss replied at 9-12-2024 01:16 AM
Boipren 85 taun..minah ni 22 taun ?
Entohler galak nau nak berkekasih muda kan..nk ckp padan muka.. ...