CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Anwar Dilapor Duduki Tempat Ke-17 Pemimpin Terkaya Di Dunia

7-12-2024 12:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 48526| Komen: 27

 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Love Money, Anwar menduduki tempat ke 17 bagi pemimpin terkaya di seluruh dunia dengan nilai kekayaan sehingga $2.4 juta (RM10.6 juta).

Sebelum ini, Anwar dilaporkan tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri yang berjumlah $5,000 (RM22 ribu) sebulan disamping menegaskan gaji minimum di Malaysia hanyalah $325 (RM1,500) sebulan.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga enggan menggunakan kereta limosin Mercedes Benz yang telah dibeli oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjara atas tuduhan rasuah.

Namun begitu, beliau mempunyai sumber kewangan lain yang boleh dia gunakan disamping pernah mengisytiharkan asetnya yang berjumlah $2.4 juta (RM10.6 juta) dengan harapan dapat memaksa calon pembangkang untuk turut mengambil langkah yang sama menjelang pilihan raya.


Sementara itu, wang tunai dan pelaburan menyumbang hampir $180,000 (RM802,260) daripada aset Anwar, manakala asetnya yang lain berjumlah $2.2 juta (RM9.8 juta) terdiri daripada sebuah rumah dan tiga lot tanah.

Dalam pada itu, pemimpin yang berjaya menduduki tempat ke-18 pula adalah Presiden Venezuela, Nicolás Maduro dengan nilai kekayaan sebanyak $2 juta (RM8.9 juta).

Sementara itu, pemimpin dunia lain yang berjaya tersenarai dalam pemimpin terkaya di dunia adalah:

1. Presiden Rusia, Vladimir Putin ($200 bilion)

2. Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un ($5 bilion)

3. Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping ($1.5 bilion)

4. Presiden Syria, Bashar al-Assad ($1.5 bilion)

5. Presiden Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo ($600 juta)

6. Perdana Menteri Azerbaijan, ilham Aliyev ($500 juta)

7. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan ($500 juta)

8. Presiden Rwanda, Paul Kagame ($500 juta)

9. Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa ($450 juta)

10. Presiden Kenya, William Ruto ($400 juta)

11. Presiden Perancis, Emmanuel Macron ($31.5 juta)

12. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ($20 milion)

13. Presiden Amerika Syarikat (USA), Joe Biden ($10 juta)

14. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeu ($5 juta)

15. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ($5 juta)

16. Presiden Filipina, Bongbong Marcos ($3.6 juta)

17. Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ($2.4 juta)

18. Presiden Venezuela, Nicolás Maduro ($2 juta)

Anwar dah pernah isytihar harta sebelum ini, sebab itu beliau dapat disenaraikan dalam senarai ini.

Sumber: Love Money, Borak Daily


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 6-12-2024 11:54 PM
Walanon @manop masukk walanon
Quote slavehunter 7-12-2024 12:31 AM
Kaya Nuart. Bukan ada 3 billion ker?
@tripleid did you get your cut?
Quote nusaraya 7-12-2024 12:35 AM
Edited by nusaraya at 7-12-2024 12:38 AM

Real KAYA  atau FAKIR KAYA seperti majority orang melayu lainnya yang Hedonistic tetapi bersumber dari Hutang ?....
Quote tripleid 7-12-2024 01:01 AM
Edited by tripleid at 7-12-2024 01:37 AM
slavehunter replied at 7-12-2024 12:31 AM
Kaya Nuart. Bukan ada 3 billion ker?
@tripleid did you get your cut?


$2.4 juta Nuar dgn $45,000 juta Atok punyer mana lagi kayo sis??hehehe..



Screenshot_2024-11-30-21-52-38-279_com.facebook.lite-edit.jpg
Quote asamfish 7-12-2024 01:54 AM
huihhhh...bashar assad dalam dok negara dia perang sana sini, rakyat merempat sana sini pun boleh kumpul reta billion haaaa
Quote clueless_gamer 7-12-2024 06:22 AM
fitnah ni.. pmx kan gaji seringgit je sebulan..
Quote Perwira2022 7-12-2024 06:27 AM
Itu baru yg declare. Hanya hujung kepala taik daripada keseluruhan taik dalam usus je.

Quote aavakateimani 7-12-2024 06:47 AM
love money sumber ko apolah
Quote aavakateimani 7-12-2024 06:48 AM
xkaya lah maknanya tu. kalo betul2 kaya aset2 semua disorok
Quote Dwdrum 7-12-2024 07:48 AM
Edited by Dwdrum at 6-12-2024 04:24 PM

President dari negara brics kaya kaya belaka Putin dahulu kgb agent saja... Jadi politician harta ada 200 billion

President kebangga ummah... Kalah terus president /PM dari negara oligarchy zionist... Biden orang lama politic tidak kaya begitu...

Quote Belibis 7-12-2024 08:18 AM
Hebat ahhhhh..patutla tak ambik gaji..
Quote AkokKocik 7-12-2024 08:30 AM
Bukan dulu ada kajian gaji PM mesia rm83k sebulan ke??dah turun??
Quote hiswife 7-12-2024 08:31 AM
I expect to see ayahanda tmski in the list. Takkan bangnon richer
Quote MissYouSayang 7-12-2024 12:19 PM
@pengecattaik mesti malu nak masuk sini weyy.. tu la asyik main tahi je
Quote edayildiz 7-12-2024 12:22 PM
wah no 7
Quote sfrnna 7-12-2024 01:13 PM
Mostly yg dlm list tu. President kaya berbilion belion tp negara miskin
Quote slavehunter 7-12-2024 08:57 PM
tripleid replied at 7-12-2024 01:01 AM
$2.4 juta Nuar dgn $45,000 juta Atok punyer mana lagi kayo sis??hehehe..

Ofcoz Atok lagi kaya. Kalau dah pegang position siapa jer taknak kaya.
Quote otai_g 7-12-2024 08:59 PM
Sumber kekayaan Dr mana ya? Nak Tau jgk. Ke sejenis oldmoney ni?
Quote cmf_almondpecan 7-12-2024 09:04 PM
clueless_gamer replied at 7-12-2024 06:22 AM
fitnah ni.. pmx kan gaji seringgit je sebulan..

Agaknya sebab kaya la baru boleh tolak gaji.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040680 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top