Riyadh: Bekas penjaga gol Al-Nassr Waleed Abdullah membuat kenyataan mengejutkan bahawa bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo memikirkan untuk memeluk agama Islam. Ketika tampil dalam program televisyen baru-baru ini, Waleed memperkatakan mengenai minat mendalam Ronaldo dengan budaya tempatan di Arab Saudi. Menurut Waleed, kesediaan Ronaldo untuk memeluk Islam hasil daripada hubungan baiknya dengan masyarakat Saudi. "Ronaldo jujur dengan hasratnya untuk memeluk Islam. Dia menunjukkan minat ketika saya berbincang dengannya," kata Abdullah. Dia turut merujuk kepada gaya sujud Ronaldo ketika meraikan jaringan dan galakan diberikan kepada rakan sepasukan di Al Nassr untuk mematuhi ajaran agama antara bukti bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu menghormati tradisi dalam Islam. Menurut Waleed lagi, ikon bola sepak itu mempelajari ajaran Islam dan budaya dengan konsisten bagi meningkatkan hubungan persefahaman dengan rakan sepasukan di Al Nassr. Malah lebih mengejutkan, dia memastikan rakan sepasukannya mempunyai masa untuk solat di antara sesi latihan ke sesi latihan seterusnya.
"Ketika azan berkumandang ketika latihan, Ronaldo meminta jurulatih berhenti seketika sehingga tamat azan," kata bekas penjaga gol itu. Menurut Waleed, Ronaldo sangat berminat dengan kehidupan masyarakat tempatan ketika kali pertama tiba di Arab Saudi. "Pada awalnya, saya rapat dengan Cristiano kerana dia tidak biasa dengan budaya di negara ini, kelab atau aspek lain. Tetapi dia mahu belajar dan kerap bertanya saya dengan lebih lanjut," kata Waleed. Dia turut mendapat inspirasi untuk mempelajari lebih lanjut budaya Islam menerusi pengaruh daripada bekas rakan sepasukan Mesut Özil dan Karim Benzema. Sumber : Harian Metro |
ezacbee: Sembang pak arab
clueless_gamer: aku kureng sikit dgn dakwaan m ...
ADVERTISEMENT