CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja asing kini lebih 2.4 juta orang, 41,073 PATI

6-12-2024 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40226| Komen: 25

 


KUALA LUMPUR - Seramai 2,438,468 merupakan pekerja asing berdaftar di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) manakala sebanyak 41,073 ialah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap sehingga 13 November 2024.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pekerja asing berdaftar itu bekerja di tujuh sektor utama iaitu perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian, pembantu rumah serta perlombongan dan pengkuarian.

Menurutnya, sebanyak 1,589 majikan pula ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negara.

“JIM telah menetapkan beberapa prosedur kawalan bagi memastikan semua pelawat asing yang memasuki negara adalah tulen dan menepati syarat, antaranya ialah hanya pelawat bebas dari senarai syak serta senarai hitam dibenarkan masuk.

“Selain itu, pelawat asing juga diwajibkan mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka dan setiap pelawat perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) bagi memantau keberadaan mereka semasa berada di Malaysia.


“KDN melalui JIM sentiasa memastikan keselamatan negara diutamakan dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah PATI di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah bilangan terkini pekerja asing dan PATI di negara ini serta langkah diambil untuk menangani masalah lambakan golongan tersebut yang masuk secara haram pada persidangan di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, tindakan semasa yang dilaksanakan oleh JIM untuk mengesan pelawat asing yang tinggal lebih masa termasuklah melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa secara berterusan.

Menurutnya, operasi itu bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 di 224 lokasi hotspot.

“Langkah lain ialah mengambil tindakan kepada majikan dan membuat naziran serta khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang menggaji golongan ini tanpa pas sah.

“Jumlah pelawat asing yang ditangkap dan ditahan di pusat-pusat tahanan imigresen bagi 2023 ialah seramai 27,739 dan mulai 1 Januari hingga 14 November 2024 pula sejumlah 41,234 telah ditangkap dan ditempatkan di depoh tahanan imigresen,” ujarnya.

Tambah Saifuddin Nasution, JIM turut melaksanakan sebanyak 2,762 operasi bersepadu dengan lain-lain agensi penguatkuasaan di seluruh negara dengan tangkapan seramai 8,812 PATI dan 52 majikan atas pelbagai kesalahan imigresen sepanjang 2023 hingga 13 November 2024.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut berdasarkan aduan awam serta maklumat lain yang diterima oleh JIM melalui panggilan telefon, kehadiran ke pejabat imigresen, emel dan surat-menyurat.

“Keberadaan warga asing ini tidak hanya menjadi tanggungjawab satu pihak sahaja sebaliknya melibatkan peranan pelbagai agensi serta pihak termasuklah rakyat di negara ini,” katanya lagi.


Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 6-12-2024 06:00 PM
... dan aku nak speku bagi setiap seorang PATI yang tertangkap itu ada sembilan lagi yang masih bergentayangan boleh?

Ya ka cuma 2.4 juta (~8 in 100 ummah) pekerja asing? Tengok keliling macam lebih ja
Quote silance 6-12-2024 07:52 PM
2.4 juta tak termasuk special counter setting arrangement. Boleh cari semua ka?
Thread pagi tadi pasal rohingya kat pandan pun penduduk kata mereka takde document macam hantu.
Quote Zazama 6-12-2024 09:31 PM
Yang dapat ic percuma, tak nak kira ke bang?
Quote nusaraya 7-12-2024 12:48 AM
Masiih terlalu sedikit itu ...Jadi jika Malaysia nak ingin segera menjadi negara Maju ... maka ambiklah minimal 25 juta Bangla dan juga 25  juta Chinese dari Tanah Besar untuk didatangkan segera ke Malaysia dan kemudian dijadikan warga negara malaysia .....


Jika ini diilakukan ....Semua pasti senang ... Win Win Solution ....Ap akah nama negara anda akan dirubah menjadi Malaydesh atau Malaychinasia .... Maka Pilihan akhir masih ditangan anda ..Hehehehe
Quote Skuau 7-12-2024 01:12 AM
nusaraya replied at 7-12-2024 12:48 AM
Masiih terlalu sedikit itu ...Jadi jika Malaysia nak ingin segera menjadi negara Maju ... maka ambik ...

negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
Quote edayildiz 7-12-2024 01:24 AM
syabas bette
Quote edayildiz 7-12-2024 01:25 AM
nusaraya replied at 7-12-2024 12:48 AM
Masiih terlalu sedikit itu ...Jadi jika Malaysia nak ingin segera menjadi negara Maju ... maka ambik ...

nape x amek dr konoha je?
Quote Itzy 7-12-2024 02:41 AM
nusaraya: Masiih terlalu sedikit itu ... ...
nusaraya: Masiih terlalu sedikit itu ... ...


Apa hang merepek indon laknatullah syaitan terkutuk??
Quote clueless_gamer 7-12-2024 06:32 AM
edayildiz: nape x amek dr konoha je?


dia meracau konon negara dah maju.. semua dah nak balik asal, tak hadap lagi dah duit ringgit ni

pandang rendah dekat bangla padahal diorang duduk sekali dalam rumah kongsi tu, skandal pun ramai, yg kes drsay aritu, maid indon seludup boyfren bangla masuk bilik masa tuan rumah ada dekat atas..

berlambak kes indon dgn bangla ni.. dia tak akan berani masuk komen thread mcm tu.. mmg jenis tak tau malu

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5343606&page=2#pid154105162

Quote aavakateimani 7-12-2024 07:07 AM
tahu pulak pati berapa org
Quote aavakateimani 7-12-2024 07:09 AM
tipu je kerjaya dia
Quote downiey 8-12-2024 05:50 PM
seramnye tgk nombor jumlah warga asingtu.
Quote xy_daen 8-12-2024 06:29 PM
Tahiniah Pudin..
Quote Skuau 8-12-2024 07:14 PM
ada 400k lg kuota..katanya pudin.....
Quote silance 8-12-2024 07:33 PM
https://www.youtube.com/watch?v=M5iqFGtucJY

Korang nak prc ke bangla, pilih salah satu.
Quote olaklempit 8-12-2024 09:56 PM
Ramainya.....kenapa tak kawal....? Yg dari Indo dari China dari India, illegal kan? Kenapa macam ni Malaysia? Kita kalau ke Indo pun siap minta tengok hotelnya di mana, flight baliknya.... kalau negara lain siap kena apply visa, lagi susah kita nak pergi
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2024 10:07 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 8-12-2024 10:13 PM
clueless_gamer replied at 7-12-2024 06:32 AM
dia meracau konon negara dah maju.. semua dah nak balik asal, tak hadap lagi dah duit ringgit ni : ...


tasty sesangat body beliyau, habis merembes cair akak dibuatnya, merecik hawau, berdenyut-denyut mutiara khorsani bedah, bergetar-getar pearl harbour bedah dibuatnya, habis tegak berdiri bijik Timah



[ig]https://www.instagram.com/p/mdYBZZwsyN[/ig]


Quote Firenzza 9-12-2024 09:56 AM
olaklempit replied at 8-12-2024 09:56 PM
Ramainya.....kenapa tak kawal....? Yg dari Indo dari China dari India, illegal kan? Kenapa macam ni  ...

Cmne nk kawal dapat staff immi yg kaki pau kumpul reta jota2, dpt staff yg baik muntri king Kong dtg kacau plk suh bg lepas wpun x cukup dokumen
Quote shamsadis 9-12-2024 10:09 AM
aku risau bab penyakit berjangkit yang dibawa oleh PATI ni, pekerja asing yang tidak berkelayakan masuk pakai kaunter setting, mesti tak lepas pemeriksaan kesihatan, memang Malaysia penuh penyakit...

nasib baik medical kat Malaysia ada subsidi...tapi tu lah, subsidi siapa bayar?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top