CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesalahan dalam isu Batu Puteh adalah pengkhianatan besar kepada negara - PMX

6-12-2024 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41088| Komen: 42

 


Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebarang kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk dalam isu Batu Puteh, dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.

Tanpa merujuk kepada nama individu tertentu, Perdana Menteri berkata, pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu jelas menunjukkan wujudnya kelemahan dan ia bukannya satu perkara ringan.

Ini kerana, kata Anwar, setiap inci tanah milik negara sepatutnya diperjuangkan secara habis-habisan.

Namun, beliau bagaimanapun berkata, sebarang tindakan harus diserahkan mengikut proses undang-undang yang perlu dihormati.

"RCI itu mendedahkan kelemahan, bahkan daripada satu sudut, pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah kita itu patut kita perjuangkan habis-habisan. Tapi nampak ada satu kegagalan. Ini didedahkan (dalam RCI).


"Bagi saya, bukan satu perkara yang ringan iaitu apa-apa kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan dianggap suatu pengkhianatan besar kepada negara.

"Bagaimanapun, proses undang-undang harus dihormati. Jadi, kita tengok proses berikutnya," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menjamu selera di Restoran Q-Bistro, Presint 15, dan menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar Presint 14.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berkaitan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding itu diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.

Perkara berkenaan antara yang disyorkan RCI itu dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, semalam.

Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu sudah diserahkan oleh Pengerusi RCI Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 6-12-2024 05:18 PM
He just looking to balas dendam only.
Remember you made the allegation till arwah Daim passed away, now you trying the same tactics to Tun M pula, both of them are in gravely years already.  Tunggu pula turn Nuart nanti nak mati macam mana pula.
Quote tripleid 6-12-2024 05:19 PM
Hidup ini ibarat roda x selamanya di atas...dulu masa kau berkuasa kau aniaya org,skrg nasib kau kat tangan  org yg kau aniaya itu..










Quote foxs 6-12-2024 05:21 PM
Baik tubuhkan RCI utk sapa buh arsernik dulu, sapa nak bunuh dulu sampai lari ke kedutaa turki
Tak pon isu liwat azizan dulu, isu rasuah dulu
Sapa rakam cina doll sampai hilang jam ????????????
Sekurang2nya naik bersih siki
Quote tripleid 6-12-2024 05:25 PM
Edited by tripleid at 6-12-2024 05:41 PM
slavehunter replied at 6-12-2024 05:18 PM
He just looking to balas dendam only.
Remember you made the allegation till arwah Daim passed away, ...


Balas dendam apo??...ko paham tak noks apa tu RCI??..siasatan RCI tu kuasa eksekutif,PM tak boleh masuk campur..kalau masuk campur,dah bergegar dah parlimen tu pembangkang meroyan hentam kjaan..
Quote slavehunter 6-12-2024 05:28 PM
tripleid replied at 6-12-2024 05:25 PM
Balas dendam apo??...ko paham tak noks apa tu RCI??..siasatan RCI tu kuasa eksekutif,PM tak boleh  ...

You and your Nuart ass licking never stop.

How much he pay you to keep on licking?
Quote xy_daen 6-12-2024 05:32 PM
Isu kad pengenalan Sabah dulu pun ada RCI juga. Ada pendakwaan tak?
Quote tripleid 6-12-2024 05:33 PM
RCI pon x paham alih2 tuduh kita jilat kjaan...what a joke!
Quote tripleid 6-12-2024 05:40 PM
slavehunter replied at 6-12-2024 05:28 PM
You and your Nuart ass licking never stop.

How much he pay you to keep on licking?

Dan ko pulak asyik nak fitnah Nuart apesal??

Berapa sen Atok Saka bayar ko??
Quote Orix 6-12-2024 05:42 PM
slavehunter replied at 6-12-2024 05:28 PM
You and your Nuart ass licking never stop.

How much he pay you to keep on licking?

Hahahahahahahahaha. Good one
Quote tripleid 6-12-2024 05:43 PM
xy_daen replied at 6-12-2024 05:32 PM
Isu kad pengenalan Sabah dulu pun ada RCI juga. Ada pendakwaan tak?

Atok kata projek ic Sabah sah...


IMG_20241120_202223.jpg
Quote Orix 6-12-2024 05:46 PM
Nama je Islam. Tapi x faham pd janji. Ms awal2 nk bw kes mahkamah dah janji apa2 keputusan pd mahkamah pd ketika itu adalah muktamad dan x akan dipertikai. Bila dah kalah alih2 lupa janji. Kalah pun sebab emmmm yg sorg tu x reti simpan dokumen pemilikan n siap ada surat dari ehem kata diorg x claim pun pulau batu puteh tu.

Kita tgok jela siapa yg kena… igtkan bila jd PM ada la kes atok 22 tahun kena korek, ujong2 isu ms 22 bulan jah dia mampuuu… sian bangnon
Quote ifanonline 6-12-2024 05:49 PM
slavehunter replied at 6-12-2024 05:18 PM
He just looking to balas dendam only.
Remember you made the allegation till arwah Daim passed away, ...

sepatutnya tiada siapa yg di beri keistimewaan di malaysia, the law is the law...monarki pun sama
Quote MissYouSayang 6-12-2024 06:01 PM
Jamaika pon ade terlibat sama la wei batu putih tu.bodoh gak bapok tua ni ...nyanyuk kot..tu yg main ckp lps je
Quote slavehunter 6-12-2024 06:16 PM
tripleid replied at 6-12-2024 05:40 PM
Dan ko pulak asyik nak fitnah Nuart apesal??

Berapa sen Atok Saka bayar ko??

Haha. Aku no politics Bipartisan ler...Malaysia dah tahap cancerous in all sectors.
I believe Malaysia should go to revolution, dalam Malaysia ni there's no revolution except war jer.
If you want to see a clear picture and have a debate case to case basis better jangan pro mana mana party politics or biased. Nuart or Tun ? Both aren't going to save you and put you in Heaven pun.
Quote slavehunter 6-12-2024 06:17 PM
Orix replied at 6-12-2024 05:42 PM
Hahahahahahahahaha. Good one

Tahap ass licking Tripleid tu memang tak boleh bincang.
Quote slavehunter 6-12-2024 06:20 PM
ifanonline replied at 6-12-2024 05:49 PM
sepatutnya tiada siapa yg di beri keistimewaan di malaysia, the law is the law...monarki pun sama
...

Is too late Ipan. Unless you willing to go for revolution.
Quote Firenzza 6-12-2024 06:28 PM
Alang2 dh ko setakat kekonon klaim bt putih nape x claim sekali spore? Klau baca sejarah versi spore diorg ckp tanah malaya yg tendang diorg, pastu hidup sebatang kara sub bek lky bijak tarik pelabur masuk gitewwww
Quote Abahmung 6-12-2024 07:21 PM
Edited by Abahmung at 6-12-2024 07:23 PM

Batu Puteh: Malaysia ada kes boleh dihujah jika Mahathir tidak hentikannya
6.DIS.2024

Screenshot_2024-12-06-19-16-26-629_com.android.chrome-edit.jpg

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berpendapat bahawa Malaysia mempunyai peluang untuk membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Ini adalah antara kandungan laporan RCI yang didedahkan di Parlimen hari ini dan telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun tahun ini.

Dalam laporan tersebut, RCI merumuskan bahawa Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah sekiranya kerajaan membentangkan fakta baharu semasa proses Permohonan Semakan dan Permintaan Penafsiran di ICJ.

“Suruhanjaya berpendapat, jika tiga (3) fakta [dokumen baharu] yang hendak dikemukakan oleh Malaysia dalam Permohonan Semakan diterima oleh ICJ, ia berkemungkinan boleh mematahkan alasan Hakim Majoriti ICJ yang memutuskan bahawa kedaulatan Batu Puteh telah berpindah kepada Singapura atas alasan bahawa Singapura telah melaksanakan tindakan-tindakan penguasaan dan penguatkuasaan (effectivités) secara berterusan sejak tahun 1953 hingga tahun 1980,” katanya.


RCI juga kesal dengan keputusan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan kes ini.


Screenshot_2024-12-06-19-16-43-131_com.android.chrome-edit.jpg

“Suruhanjaya berpendapat bahawa Malaysia mempunyai kes yang boleh dihujah (arguable case) dan bukan sangat lemah seperti yang dinyatakan oleh Mahathir.

“Oleh yang demikian itu, tindakan untuk tidak meneruskan kes di saat akhir adalah amat dikesalkan. Berdasarkan keterangan Pasukan Malaysia (Legal Team), mereka telah bersedia untuk berhujah di ICJ.

“Semua kertas-kertas pleading dan hujahan bertulis telah difailkan. Apa yang perlu dilakukan sebelum pendengaran tersebut adalah supaya Kerajaan melantik Ejen baharu kerana Peguam Negara sebagai Ejen Kerajaan Malaysia telah diarahkan oleh Mahathir untuk bercuti rehat (garden leave),” kata suruhanjaya itu.

RCI juga berpendapat bahawa Jemaah Menteri telah didorong oleh Mahathir dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes tersebut.


“Kesimpulannya, Suruhanjaya mendapati bahawa Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan usaha berkaitan kedua-dua permohonan tersebut adalah semata-mata dengan berpandukan kepada penerangan yang diberikan oleh Mahathir.

“Keputusan tersebut tidaklah dibuat melalui perbincangan yang menyeluruh,” katanya.

Pada Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan semakan hanya dua minggu sebelum pendengaran yang dijadualkan pada 11 Jun 2018.

Screenshot_2024-12-06-19-16-59-148_com.android.chrome-edit.jpg

Pada Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, menegaskan bahawa penubuhan RCI bertujuan mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam isu kedaulatan negara, bukannya menyalahkan mana-mana pihak.

Azalina juga berkata rakyat Malaysia, terutama di Johor, berhak mendapat penjelasan mengenai faktor di sebalik keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan di ICJ.

Quote sharfox 6-12-2024 10:01 PM
Kena tubuh RCI jugak kenapa banyak sgt projek besar2 skrg ni main award terus je kat certain company. Suma projek nilai ratus2 juta, bila selidik company2 tu ada je nama anak beranak dia jadi Director.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.103177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top