CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar cemerlang meninggal dunia sehari sebelum SPM

6-12-2024 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 42141| Komen: 36



Kuala Lumpur: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan SPM berlangsung.

Menurut laporan China Press mangsa mengalami pendarahan otak, menyebabkan kematian yang tidak dijangka.

Bapa mangsa, Shen Kang Xiang, berkata anaknya mengadu sakit kepala yang teruk di rumah pada malam Ahad (2 Disember) sebelum pengsan sejurus selepas itu.

Dia (Anak) segera dibawa ke klinik berhampiran, yang mana ketika itu keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke Hospital Batu Pahat.

Doktor mendapati saluran darah ke otak mangsa pecah menyebabkan remaja itu mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan berada dalam keadaan koma.

Kesihatan mangsa semakin merosot walaupun doktor sudah melakukan usaha yang terbaik, dan disahkan meninggal dunia pada pagi semalam.


"Anak saya mengejutkan saya dan isteri pada jam 4 pagi, menangis kesakitan dan menggeliat di atas katilnya.

"Dari riak wajahnya, saya dapat melihat dia berada dalam kesakitan dan tidak mampu bercakap," kata Kang Xiang.

Pada mulanya, Kang Xiang menyangka sakit kepala dialami anaknya itu disebabkan oleh tekanan kerana peperiksaan SPM semakin hampir.

Namun, imbasan perubatan mendedahkan anaknya mengalami pendarahan otak.

Guru di sekolah memaklumkan bahawa pelajar itu kelihatan pucat pada minggu sebelum dia pengsan, walaupun dia tidak melaporkan sebarang masalah kesihatan.

Dengan penuh kesedihan, Kang Xiang menggambarkan anaknya sebagai seorang anak yang patuh dan berbudi pekerti selain cemerlang dalam pelajaran.

Anaknya baru-baru ini mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM, memperoleh 10A dan 1B.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-12-2024 05:14 PM
Tak ziah pd mak pak.. anak cantik pandai..
Quote weezerfan 6-12-2024 05:15 PM
Kesiannya x sempat spm
Quote dua_chzy 6-12-2024 05:21 PM
Student Form 5 sekolah meols pun ada meninggal sorang bulan lepas. Tak sempat SPM. Baik, pandai, hensem pulak budaknya tu. Such a loss. Kesian parents.
Quote dua_chzy 6-12-2024 05:23 PM
Baru teringat aruah yang meninggal tu pun ngadu sakit kepala sebelum akhirnya dibawa ke hospital pehtu detected leukimia. Sebulan juga la dia kat ICU, then sedar for 2 weeks, pehtu jalan....
Quote slavehunter 6-12-2024 05:24 PM
Condolences. Muda muda dah kena stroke.
Vaccine covid jenis apa ambil dulu?
Depopulation never stop.
Quote Lolalala 6-12-2024 05:34 PM
Hari tu iolls sakit kepala teruk di bahagian dahi. Rasa serba tak kena. Rasa mcm kena ikat benda ketat kat dahi. Makan paracetamol tak jalan. Pergi klinik Dr kata sakit kepala stress. Memang rasa nak meletup and loya tekak. Doktor bagi pain killer je. Dah hilang sakit kepala, dekat dahi tu rasa mcm sakit lebam n sengal². Blood pressure semua normal. Takut uii masa tu. Takut pecah dalam kepala. Tuam dgn ais bg lega. Punca sebab payment sangkut je. Terus sakit kepala.

Moga adik² yg nak SPM jaga kesihatan mental. Jangan dilayan stress tu
Quote Levespa 6-12-2024 05:43 PM
Ada je org muda kena stroke.. banyak sebab.. dari dulu lagi.. tak payah nak salahkan vaksin
Quote BungaKencana 6-12-2024 05:44 PM
salam takziah.. kurang rehat kurang tdo boleh jadi punca juga tu.. yela nk SPM kan.. mesti dia nak dpt lg baik dari percubaan
Quote edayildiz 6-12-2024 05:46 PM
xcukup tdo la tu..pernah jd sblm ni ada bdk pandai jgk kt uni dlu..
takziah pd keluarga
Quote AJENALI 6-12-2024 06:26 PM
Takziah buat keluarga mendiang.

Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk hari2 mendatang
Quote ninja boy 6-12-2024 06:32 PM
Study mengalahkan studi university
Spm ni relax2 la study,
Stress di tempat kerja/jiran jahat/jalan raya jem/rumahtangga/xde duit/ahlong kejar lagi teruk dari stress study spm taw
Quote raihaneem 6-12-2024 06:39 PM
dua_chzy replied at 6-12-2024 05:23 PM
Baru teringat aruah yang meninggal tu pun ngadu sakit kepala sebelum akhirnya dibawa ke hospital peh ...

Salam takziah...utk cikgu dan famili student cikgu...

Kehilangn pelajar yg baik, encem..

Sedihnyaaaa...

Baru ni kwn share budak form 2.._sek maktab mahmud...meninggal dlm prjlnn nk p sekolah.
Ayah drive nk hntr...arwah masuk keta lena..

Lena terus...innalillahi wa inna ilaihirojiuun..

Quote bottombikini 6-12-2024 06:39 PM
kesiannya ...
dulu2 selalu gak sakit kepala
pas pegi bekam terus helok
Quote babyLON. 6-12-2024 06:43 PM
Takziah..lawa bijak orgnya.
Kalau stress bawa2 la berehat tidur..
Jgn dipaksa otak tu.
Quote dua_chzy 6-12-2024 06:44 PM
Edited by dua_chzy at 6-12-2024 10:46 AM
raihaneem replied at 6-12-2024 10:39 AM
Salam takziah...utk cikgu dan famili student cikgu...

Kehilangn pelajar yg baik, encem..


Alahaiiii sedihnyaaaa

Aiol memang hada instinct aruah student tu tokleh survive. Masa dia sedar tu, suma cikgu2 dah hopeful dah. Pehtu pengetua siap plan nak pi melawat kat sepital hari Jumaat 29 November. Tengok2 28 November dia meninggal. So pagi Jumaat tu hada bacaan tahlil kat surau, then hampir suma student Form 5 dan cikgu2 Form 5 gerak pi rumah aruah, pay last respect. Pengetua kasik benar ikut bas sekolah, takyah belajar untuk hari tu. Yang tak pi tu cuma students yang tak rapat dengan aruah so no feeling katanya (meka sindri cakap camtu). Sedih tau bila ada pelajar kita meninggal, lain macam syahdu suasana di sekolah.
Quote raihaneem 6-12-2024 06:55 PM
dua_chzy replied at 6-12-2024 06:44 PM
Alahaiiii sedihnyaaaa

Aiol memang hada instinct aruah student tu tokleh survive. Masa dia sed ...

Sedih ....mesti terignt arwah student kan...selalu leukimia ni antara yg cepat sgt tempoh dia...dpt tahu..tk lama mesti dah teruk.



3 minggu lepas..kwn kat selangor
.ada tusyen la dgn budak spm dia.

Abis kelas balik rumah...dpt berita..budak dia xcident meninggal balik dr kelas tusyen
.

Mmg down diaaa...
Quote syamzana 6-12-2024 07:47 PM
ninja boy replied at 6-12-2024 06:32 PM
Study mengalahkan studi university
Spm ni relax2 la study,
Stress di tempat kerja/jiran jahat/jalan ...

kita yg dah tua bangka ni mmg la ckp camni, mendiang ni baru 17thn apa yg dia tau perihal uni, kerja, tak cukup duit sume tu. so pulun bljr je la. bagus lagi la dari pulun merempit, membohsia menyusahkan makpak

btw, salam takziah.
Quote Ladyfreecare 6-12-2024 07:47 PM
Edited by Ladyfreecare at 6-12-2024 11:48 AM
ninja boy replied at 6-12-2024 10:32 AM
Study mengalahkan studi university
Spm ni relax2 la study,
Stress di tempat kerja/jiran jahat/jalan ...


Betul jugak nasihat acik ni.
Quote ultra78 6-12-2024 08:14 PM
dua_chzy replied at 6-12-2024 05:21 PM
Student Form 5 sekolah meols pun ada meninggal sorang bulan lepas. Tak sempat SPM. Baik, pandai, hen ...

Takziah kepada keluarga dan uol

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.087286 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top