PETALING JAYA – Gara-gara buntu mencari pekerjaan, seorang lelaki terpaksa menahan kereta peronda polis (MPV) bagi meminta bantuan untuk menjual jam kesayangan. Menerusi perkongsian di laman sosial, bapa kepada dua orang anak itu bertindak demikian demi mendapatkan sedikit wang untuk keluarganya. Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi FandyFiera itu, lelaki berkenaan telah menawarkan jam yang dibeli pada harga hampir RM500 dan hanya mahu menjualnya RM100. “Saya dari pagi sampai petang cari kerja tak jumpa abang. Apa kerja pun saya boleh bikin, tapi tak ada satu kedai pun kasi kerja,”luah lelaki terbabit kepada salah seorang anggota polis. Menurut anggota terbabit, hasil temubual bersama lelaki itu, dia mempunyai masalah kesihatan dan dia amat memerlukan wang untuk membeli barangan keperluan untuk anaknya yang berusia 12 dan 16 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan mereka bersimpati demgan nasib lelaki terbabit. “Macam saya dan suami, suami diberhentikan kerja,memamg tengah tiada duit langsung tapi kena beli beras, tebalkan muka pergi pejabat zakat minta bantuan, buang semua rasa malu demi anak-anak,”kata @EykaTieka. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Team_Jebat. “Tak semua orang nasib sama, masing-masing hidup, masing-masing dugaan. Allah gugur air mata aku, sebab aku pun rasa benda sama tapi jalan cerita tak sama dengan abang tu,”ujarnya. Sumber : Kosmo |
noor2: Aku ada kenal sorang perempuan ...
noor2 replied at 7-12-2024 09:40 AM
Aku ada kenal sorang perempuan kelantan ni..umur awal 30..ada laki..anak2 ada..tp laki x nk kerja ki ...
sfrnna replied at 8-12-2024 11:59 AM
Adui sedihnya perempuan jenis asal berlaki ni. Meols tabboleh la dgn org pemalas ni.
noor2 replied at 7-12-2024 09:40 AM
Aku ada kenal sorang perempuan kelantan ni..umur awal 30..ada laki..anak2 ada..tp laki x nk kerja ki ...
ADVERTISEMENT