Pelakon sensasi, Amir Ahnaf menolak sekiranya generasi muda hari ini dilabel sebagai ‘generasi manja’ kerana dikatakan terlalu sensitif dan tidak kuat untuk menghadapi situasi yang sulit. Tiada istilah generasi sekarang manja, hakikatnya kita semua memang dilahirkan untuk menjadi individu yang manja. Sifat manja itu memang ada dalam diri semua orang dan manusia itu sendiri dijadikan sebagai orang yang sensitif jadi kenapa nak salahkan orang jadi manja? Memetik dari Kosmo, pelakon itu mendedahkan dirinya sedang belajar untuk mengawal emosinya daripada memberikan sebarang respons terhadap buli siber yang diterimanya. Amir berkata orang ramai perlu menghentikan gejala buli siber ini kerana ia mampu menjejaskan kesihatan mental terutama dalam kalangan generasi muda.
|
ADVERTISEMENT