CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Titah Adendum Oleh YDPA Ke-16 Untuk Najib Jalani Baki Hukuman Penjara Sebagai Tahanan Rumah Adalah Benar – Nizar Najib

6-12-2024 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17620| Komen: 25




Titah adendum yang didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah adalah benar.

Anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar mengesahkan bahawa perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepadanya baru -baru ini.

Tegasnya, sekiranya dakwaan itu palsu sudah tentu perkara terbabit dinafikan oleh pihak istana sejak awal lagi.

"Saya telah failkan satu afidavit di mana saya telah dimaklumkan oleh Tuanku Sultan sendiri bahawa adendum itu memang wujud, ia bertentang (bercanggah) dengan kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan hearsay la, dan sebagainya. Sebenarnya ia satu kepastian, kebenaran."



"Kalau perasan selama ini pihak istana tidak pernah menafikan dokumen itu adalah paslu atau pun dokumen itu tidak pernah wujud. Kalau adendum itu palsu, (pasti) akan dinafikan sekeras-kerasnya, tapi tuanku sendiri yang bagitahu sendiri kepada saya, bukan orang lain."

Tambah Nizar, dia dimaklumkan tentang hal itu sebulan yang lalu namun katanya Sultan Pahang menitahkan agar dokumen itu difailkan sebagai afidavit dan bukannya ditularkan di media sosial.

"Hari ini kita lihat dokumen tersebut telah ditularkan, saya tak tahu macam mana pihak tertentu boleh dapat dokumen tersebut. Itu kena tanya pihak keselamatan mahkamah tetapi memang benar saya failkan afidavit tersebut dan pejabat Istana (Pahang) sahkan, kalau mereka tak percaya, boleh tanya istana sendiri." 

Dalam pada itu, Nizar berkata dia berharap agar tiada pihak lain yang menafikan kewujudan titah adendum berkenaan.

Terdahulu pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum.

Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 6-12-2024 10:10 AM
resah betul dorang kalau najib keluar penjara

2 kerajaan sebelum ni tumbang sebab najib

selepas tombang baru nampak kehaukan masing2
Quote aavakateimani 6-12-2024 11:11 AM
biar bossku rehat kat rumah boleh main socmed
Quote aavakateimani 6-12-2024 11:12 AM
bossku x salah pun
Quote imanamsyar 6-12-2024 01:53 PM
apa maksud adendum ?
Quote areyam 6-12-2024 04:19 PM
Laku tak titah andedum tu?? skrg najib kat rumah ke penjara?
Quote Isninselasarabu 6-12-2024 07:02 PM
Alhamdulillah.. celaka lah yang sengaja sorokkan adendum tu.
Quote scorpene 6-12-2024 09:07 PM
ape kate kita mintak Al-Sultan sendiri confirm kan benda ni.....jgn bg org berteka teki....pihak Najib kalau ade bukti sila tunjuk...takat sembang aku pun boleh....lg senang ko duduk je dlm jel tu smpi mampus, dh rembat billion2 masih x ngaku, duit pak arab le, duit tu lah, duit ni lah....lepas tu nk sedap2 golek2 kat rumah...pala bana ko le....
Quote Apoo 6-12-2024 09:53 PM
scorpene replied at 6-12-2024 09:07 PM
ape kate kita mintak Al-Sultan sendiri confirm kan benda ni.....jgn bg org berteka teki....pihak Naj ...

Itu la. Klu betul titah tu ada, minta la Tuanku Sultan Pahang sahkan. Ini dia pun x kata apa, org lain pula nak kena sah kan.
Quote mamarilia 9-12-2024 01:58 AM
setakat berkata2 boleh je claim.. cuba tunjuk bukti utk pengesahan.. setakat kata2 tiada yg sahih.. apa2hal siapa akan jadi kambing hitam?
Quote kemaruk 6-1-2025 05:34 PM
Apoo replied at 6-12-2024 09:53 PM
Itu la. Klu betul titah tu ada, minta la Tuanku Sultan Pahang sahkan. Ini dia pun x kata apa, org  ...

https://www.bharian.com.my/berit ... adendum-wujud-sahih


Quote Mahathirina 6-1-2025 07:34 PM
Why so special?
Quote Apoo 6-1-2025 08:30 PM
kemaruk replied at 6-1-2025 05:34 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345523/peguam-dedah-surat-istana-pahang-sahkan ...

Now dah ada, boleh la proceed.
Quote otai_g 6-1-2025 08:37 PM
Apoo replied at 6-12-2024 09:53 PM
Itu la. Klu betul titah tu ada, minta la Tuanku Sultan Pahang sahkan. Ini dia pun x kata apa, org  ...

Masalahnya x de sapa2 pun yg mintak baginda sahkan. Bnyk yg kat medsos ni just sembang2 tahi je
Quote zehra2 6-1-2025 09:45 PM
tahanan rumah, kena ngadap kak mah semula. ok ke..
sapa yg sorokkan titah tu.. ni dah tukar Agong. valid lg ke
Quote mrseller 6-1-2025 10:14 PM
boss ku punya jasa klinik 1 malaysia itu aku kenang. sgt2 membantu
Quote Decaffeinated 6-1-2025 11:38 PM

Titah last kopek lepas shutdown PC sambil kemas2 nak balik Pahang.

Quote Decaffeinated 6-1-2025 11:41 PM
Apoo replied at 6-1-2025 08:30 PM
Now dah ada, boleh la proceed.

Technically no, because this is not apa yang dicari - the real 'titah addendum'. Good luck lah dalam pencarian.

Quote tumpanglalu74 6-1-2025 11:48 PM
Decaffeinated replied at 6-1-2025 11:41 PM
Technically no, because this is not apa yang dicari - the real 'titah addendum'. Good luck lah dal ...

[tiktok]7456639468074781970[/tiktok]
https://vt.tiktok.com/ZS6PKCqXC/
Quote silance 7-1-2025 12:05 AM
Akutekaadaplottwistsomewhere.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.094763 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top