PETALING JAYA – Budaya Sarapan di Malaysia mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Perkara itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGCICH) yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Disember ini. Badan Penilai memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia itu memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003 UNESCO. “Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara. “Kepelbagaian itu selari dengan kriteria UNESCO sekali gus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,” kata seorang penilai menerusi klip video yang tular di X.
Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini mengesahkan pengiktirafan itu dan berkata, Badan Penilai memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia memenuhi semua kriteria yang digariskan Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003 UNESCO. “Kejayaan pengiktirafan budaya ini akan menggalakkan lebih banyak usaha perlindungan warisan tidak ketara dapat dilakukan secara sinergi melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuk kerajaan bersama persatuan dan komuniti tempatan selain membuka peluang jaringan kerjasama lebih luas dalam pelbagai bidang,” kata kenyataan itu. Terdahulu, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) mengemukakan dokumen pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30 Mac 2023. Ia merupakan pencalonan pertama berkaitan makanan serta gastronomi Malaysia. Pengiktirafan itu juga membuktikan komitmen kementerian itu dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara iaitu memfokusan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 6-12-2024 01:15 AM
Perlu ka? dah serupa indon ja.
nusaraya replied at 8-12-2024 01:03 PM
Ada yang bisa menjawab ...Mengapa sebuah Mahawangsa Penguat Kuasa Alam Melayu hingga kini X bisa me ...
nusaraya replied at 7-12-2024 01:51 AM
Aneh ... Mengapa upaya Malaysia untuk mendapatkan pengakuan BARONGAN sebagai warisan budaya X benda ...
nusaraya replied at 7-12-2024 01:21 AM
Kabar terbaru .. Dragon Dance dan Spring Festival, the country's oldest and most important tradition ...
nusaraya replied at 8-12-2024 01:03 PM
Ada yang bisa menjawab ...Mengapa sebuah Mahawangsa Penguat Kuasa Alam Melayu hingga kini X bisa me ...
ADVERTISEMENT