CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini orang rakyat Malaysia terjerat ‘love scam’ cinta lelaki London

5-12-2024 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35539| Komen: 18

 


HANOI – Seorang wanita Malaysia yang menjadi mangsa penipuan online dikenali ‘love scam’ sehingga menanggung hutang menimbun berang dan menyerang suaminya selepas perkara itu terbongkar, lapor laman berita VNExpress.

Kejadian bermula pada Januari lalu apabila seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Gao, 47, dari Kajang, Selangor mendapati isterinya yang berumur 45 tahun terjebak cinta online bersama seorang lelaki, demikian menurut akhbar South China Morning Post.

Lelaki tersebut mendakwa dia berasal dari London.

Penipu itu membuat pelbagai janji termasuk lamaran perkahwinan dan jet peribadi untuk perjalanan mereka. 

‘Scammer’ itu juga merancang pelaburan mega berjumlah RM50 bilion untuk sebuah taman tema di Malaysia.

“Scammer ini mendakwa bahawa dia mahu melabur RM50 bilion dalam sebuah taman tema di Malaysia dan isteri saya percaya kepadanya. 


“Dia (isteri) menyerahkan bayaran tuntutan insurans yang dibuat enam tahun lalu, malah turut membuat pinjaman pada kadar faedah tinggi selain memindahkan wang RM1 juta kepada lelaki tersebut,” kata Gao.

Gao memfailkan perceraian mereka pada Jun lepas.

Tidak lama kemudian, beberapa along atau ceti haram datang ke kediaman mereka bagi menuntut hutang serta mengugut untuk menculik anak-anak sekiranya Gao enggan membuat bayaran.

“Saya tidak tahu berapa banyak yang dia berhutang, tetapi bapanya membayar RM10,000 baru-baru ini bagi pihaknya. Sekarang lebih ramai along memburu kami dan dia mengarahkan mereka mencari saya untuk mendapatkan wang,” jelasnya.

Gao mendedahkan bahawa isterinya bergelut dengan ketidakstabilan mental selama 15 tahun, tetapi enggan mendapatkan rawatan.

Pendedahan tentang penipuan itu menyebabkan keadaan wanita itu menjadi bertambah buruk dan melepaskan kekecewaan tersebut kepada Gao termasuk mengasari lelaki itu.

Pasangan itu yang berkahwin selama 16 tahun tinggal berasingan selama enam bulan dan dalam proses bercerai.

Empat anak pasangan itu yang berusia enam hingga 15 tahun tinggal bersama ibu mereka, manakala Gao pula berpindah keluar. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 6-12-2024 06:20 AM
ada laki koko nak laki putih
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:20 AM
manusia xkan puas dgn apa yg dia ada
Quote Dwdrum 6-12-2024 06:38 AM
Billionaire mahu melabur cari bini orang... LOL
Quote otai_g 6-12-2024 06:42 AM
Salah sendiri la. X bleh nak buat apa. Sendiri yg Cr penyakit
Quote SalenaGomez 6-12-2024 07:26 AM
Sapa yg kate couple cina x masalah.btw, Gao ni selfish la juga. Anak 4 org tu ko tinggalkan kat wife yg mental. Usaha la bawa anak tu away dr mak nya sbb bahaya mental x stabil, dah la kena kejar dgn along laki bini.
Quote IzzahF 6-12-2024 08:42 AM
penyakit sendiri cari
Quote dagusengett 6-12-2024 08:44 AM
45 muda lagi  patut lebih bijak la
I selalu dgr nenek2 kena sbb depa lonely walaupun bersuami
Duit pun byk so sbb tu rela bagi duit kat lover huhu
Quote Kitty_catz 6-12-2024 10:13 AM
mesti acik ni tapenah pi london

kalu dia penah, sure tak hinggin punya

Quote dubuk 6-12-2024 11:05 AM
Jet peribadi
Quote salimrock 6-12-2024 12:03 PM
dagusengett replied at 6-12-2024 08:44 AM
45 muda lagi  patut lebih bijak la
I selalu dgr nenek2 kena sbb depa lonely walaupun bersuami
Duit p ...

itu la, susah nak cakap benda ni

kenalan wa pn kena, ada suami, takde anak, sunyi... tahun depan nak 55, yg nak scam ni pn tau je orang2 ni berduit...

tp last2 beliau sedar bila nak putus, kena haras dgn kenalan online dia...

mujo sebelum pengeluaran kwsp...

jgn perkecil kan scammer ni tau...diorag berkebolehan utk ambik byk dr mangsa tau...


Quote green~tea 6-12-2024 12:19 PM
Eh la aku ingat single.. rupanya bini orang nak skendel2 love scam online
Quote green~tea 6-12-2024 12:20 PM
aavakateimani replied at 6-12-2024 06:20 AM
ada laki koko nak laki putih

Skali jumpa betul depan2 rupanya lagi rentung dari laki koko dia
Quote DeLuna85 6-12-2024 11:59 PM
Padah menjadi bodoh
Quote Lucy20 7-12-2024 12:20 AM
kata ada masalah mental. menyempat pulak menyulam cinta online si acik ni. karma adalah sundel bolong
Quote Skuau 7-12-2024 01:18 AM
Kitty_catz replied at 6-12-2024 10:13 AM
mesti acik ni tapenah pi london

kalu dia penah, sure tak hinggin punya

ter...rasuk ngn lagu..'LONDON BOY'.....…...kot
Quote B40tastePosh 7-12-2024 01:57 AM
Cerai kan jelah cepat, tak pasal suami kena melacur bontot nak bayar hutang kau
Quote miracle_forever 7-12-2024 02:37 AM
wife dia jadi mental lps setahun kawen eh???
Quote Itzy 7-12-2024 02:55 AM
Walaupun aku perempuan tapi aku mengaku perempuan dan kebodohan tak boleh dipisahkan sebab perempuan lebih suka guna emosi dari akal. InshaAllah, aku sedaya upaya guna pengetahuan aku untuk selamatkan keluarga aku dari scammer. Alhamdulillah aku berjaya selamatkan kakak dan mak pak aku dari gangguan2 scammer telefon. Memang penat nak terangkan tapi berbaloi.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037227 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top