CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Moga Ada Doa Untuk Fazura Dekat Sana” – Netizen

5-12-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35780| Komen: 8

 


Umum mengetahui, pelakon Fattah Amin kini berada di Tanah Suci bersama ahli keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah dilihat ada memuat naik gambarnya mengenakan serban yang dililit di kepala ketika berada disana.


Perkongsian Fattah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar dipermudahkan urusan pelakon itu disana serta mendapat umrah mabrur.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Fattah mendoakan buat mereka yang berada di Pantai Timur yang kini sedang diuji dengan banjir.

Turut menjadi perhatian, komen seorang netizen yang mengatakan semoga aktor itu menitipkan doa buat bekas isterinya, Nur Fazura ketika disana.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan komen netizen itu dengan mengatakan pasangan itu sudah pun bercerai, namun ada yang mempersoalkan adakah tidak boleh mendoakan jika sudah berpisah.

 

Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.


SUMBER: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 6-12-2024 12:12 AM
Nasib badan..semua nk kena dikaitkan dgn ex

Tp komen netijen pun boleh jd thread yach jaman la ni
Quote nolya 6-12-2024 02:10 AM
Mendoakan yg baik adalah digalakkan sesama Islam dn itulah salam keakraban dn silaturahim. Mereka yg arwah lagikan didoakan, apalagi mereka yg masih bernafas. Maka tentulah tidak salah jika saling mendoakan. Kenapalah netzs tidak mau berfikiran jernih dgn berprasagka baik terhadap kedua2nya, Fatah dn Fazura.  Fatah tentu ada mendoakan yg terbaik buat Fazura, sekurang2nya akan sehat selalu demi dpt menjaga Fatimah sebaik2ya. Faz juga tentu mendoakan Fatah murah rezeki agar tidak kesulitan membayar nafkah Fatimah nanti. Fatah juga tak perlu mewar2kan ada mendoakan Faz kerana boleh saja nanti dituduh     
Quote SR4tahun 6-12-2024 02:14 AM
Doa kat berlin tu sarcasm ke camne hahah adoi
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:21 AM
doa yg baik2
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:21 AM
doa jgn gi clubbing dah
Quote marchikobonzo 6-12-2024 09:58 AM
Cam ni pun boleh bukan thread
Quote AnnaSendin 6-12-2024 10:01 AM
Motif doa untuk ex? Dah lah diseraikan.
Quote lasagna 6-12-2024 02:14 PM
SR4tahun: Doa kat berlin tu sarcasm ke camne hahah adoi


itu lahhh nampak nau cam perli perli kann... hihi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050395 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top