CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Berkulit Putih, Keistimewaan Saya Mungkin Hilang” - Nabila Huda

5-12-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37672| Komen: 44

 


Pelakon Nabila Huda berkata dia tidak pernah terfikir untuk melakukan rawatan memutihkan kulit sebaliknya bersyukur memiliki kulit sawo matang.

Memetik HibGlam, Nabila berkata dia meluahkan rasa syukur memiliki kulit sedemikian dan baginya bakat seseorang itu akan menjadi keutamaan sebagai pelakon.

“Memiliki kulit yang klasik adalah satu anugerah yang disyukuri. Saya percaya apa pun rupa kita, bakat sentiasa menjadi perkara nombor satu kerana penting adalah kejujuran hati dan jiwa sebagai seorang pelakon,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata dia pernah ditawar untuk melakukan rawatan mencerahkan kulit namun dia tetap berpegang dengan pendiriannya.

“Saya tidak pernah terfikir untuk putihkan kulit. Kalau saya berkulit putih, keistimewaan saya mungkin hilang kerana kelihatan sama dengan pelakon yang lain.

“Sejujurnya saya takut akan kesan memasukkan bahan bukan semula jadi ke dalam badan pada masa depan. Tidak guna cantik, tetapi kesannya ketika tua mungkin saya menghidapi masalah buah pinggang,” katanya.


Dalam pada itu, Nabila berkata dia tidak terpengaruh dengan  teknologi moden untuk kecantikan kulit sebaliknya menggunakan bahan organik iaitu minyak kelapa untuk kulit dan kesihatan.

“Saya percayakan bahan organik seperti minyak kelapa. Saya bukan sahaja guna untuk kulit dan rambut tetapi untuk kesihatan dalaman,” katanya.

SUMBER: HibGlam/Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-12-2024 11:19 PM
Dia tanned yg cantik or tanned berkerak?
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:22 AM
try la buat drip dulu mana tau dpt job jadi ponti
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:23 AM
cantik la jugek her skin
Quote youell 6-12-2024 07:33 AM
Yg penting ketiak dia mulus
Quote rbmy 6-12-2024 08:20 AM
Perawankota replied at 5-12-2024 11:19 PM
Dia tanned yg cantik or tanned berkerak?

tanned cantik.
tanned berkerak mcm noorullll baliness
Quote tangent_talker 6-12-2024 08:20 AM
Perawankota replied at 5-12-2024 11:19 PM
Dia tanned yg cantik or tanned berkerak?

Tanned yang cantik. Kulit dia flawless, jenis tanned bersih.
Quote D!nasourComel 6-12-2024 08:21 AM
Perawankota replied at 5-12-2024 11:19 PM
Dia tanned yg cantik or tanned berkerak?

cantik je dia ni..tiak dia cerah ko..
Quote kikuri 6-12-2024 08:43 AM
kulit dia cantik..tak berkerak..
Quote selipar_hijau 6-12-2024 08:53 AM
rbmy replied at 6-12-2024 08:20 AM
tanned cantik.
tanned berkerak mcm noorullll baliness

bersembur aku kak
Quote kucingitam 6-12-2024 08:55 AM
putih cepat kotor dek..elok je kulit kau sekarang ni ha..jgn dilayan netizen tu semua
Quote melekaifc 6-12-2024 09:04 AM
tanned berkerak macam sapa? ngai?
Quote KamikuP 6-12-2024 09:45 AM
Tanned dia cantik mcm kulit Normala Samsudin dan acik Dayang DAN hAIZA

Tanned x cantik dan ceroi mcm acik Nurul dan kieda krep
Quote dewi_rina 6-12-2024 09:49 AM
Gambar kat atas tu she filter bagi nampak cerah ke?
Quote I.K.A888990 6-12-2024 12:35 PM
cantik je kulit dia
yg obses dgn drip ni kdg mcm hantu dah tgk dr jauh
seram kadang
Quote hokeypokey 6-12-2024 02:09 PM
Edited by hokeypokey at 6-12-2024 02:13 PM

asian beauty standard, kulit putih melepak macam salji, putih kemerahan dan pink.. diaggap kulit bersih..
kulit tanned dianggap berkerak.. caucasian@omputeh beauty standard, medium skin, tanned skin, yellow or golden skin, kulit putih dianggap look pale or macam orang sakit.. diaorang sanggup buat shading sana sini nak bagi berkerak tu nampak real..
Quote SR4tahun 6-12-2024 02:19 PM
rbmy replied at 6-12-2024 08:20 AM
tanned cantik.
tanned berkerak mcm noorullll baliness

Hahahahahahaha takbaekkk tp iols se7!
Quote bambimo 6-12-2024 04:19 PM
cantik la kulit dia gold2 brown cmtu
begitu juga haneesya hani dan lupita nyong'o i loike...
Quote Rogue98 6-12-2024 04:21 PM
Tanned or hitam manis jarang ada masalah kulit.
Nak tumbuh jerawat pun susah.
Quote immortallez 6-12-2024 06:23 PM
Yang pastinya kulit & rambut dia memang cantik. Muka pun lawa ikut Amy Search

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.574844 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top