CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 beradik warga asing dalang sindiket kutip derma kononnya untuk pembinaan sekolah tahfiz anak yatim di Songkla

5-12-2024 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35412| Komen: 7



Johor Bahru: Polis menahan dua beradik warga asing, dipercayai dalang sindiket kutip derma kononnya bagi membiayai pembinaan sekolah tahfiz anak yatim di Songkla, Thailand.

Dua lelaki itu ditahan dalam serbuan di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram di sini, pada 11 pagi kelmarin, selepas disyaki aktif merancang kegiatan minta derma di beberapa kawasan negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, premis diserbu polis dijadikan tempat tinggal pengutip derma warga asing.

"Dua suspek ditahan berusia 47 dan 54 tahun, manakala ujian saringan air kencing dilakukan mendapati mereka positif dadah ketamin.

"Dalam serbuan itu, polis menyelamatkan seorang lelaki tempatan dan lima lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 70 tahun.

"Mereka dipercayai dijadikan sebagai pengutip derma oleh sindiket ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


Kumar berkata, pihaknya turut merampas dua kereta serta enam tabung tertera tulisan sumbangan ikhlas untuk pembinaan sekolah tahfiz anak-anak yatim, selain fail mengandungi salinan surat pelantikan wakil memohon sumbangan ikhlas menggunakan kepala surat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Kita turut merampas empat keping gambar pembinaan sebuah madrasah, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, 10 keping resit penghantaran wang, cap atas nama madrasah dan wang tunai campur-campur berjumlah RM9,158," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak pertengahan 2019 dengan menjadikan Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Ayer Hitam dan Simpang Renggam sebagai lokasi sasaran.

Katanya, kedua-dua dalang utama itu berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan dengan modus operandi adalah memperdaya orang ramai bahawa derma digunakan untuk pembiayaan sekolah tahfiz.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

"Kes turut disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 3(2) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Jalanan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya yang memaklumkan mangsa diselamatkan ditempatkan di rumah perlindungan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 5-12-2024 11:02 PM
Dunia...dunia... macam2 cara nak dapat wang segera..
Quote silance 5-12-2024 11:08 PM
Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak pertengahan 2019 dengan menjadikan Johor Bahru, Seri Alam, Kulai, Ayer Hitam dan Simpang Renggam sebagai lokasi sasaran.

2019 hingga Nov 2024 husnudzon.  Kalau sebulan kutip 5k x 12 x 6 tahun = 360k derma kena tipu tapi sekolah tahfiz masih tak siap.
Quote manop 6-12-2024 12:08 AM
duit adalah tuhan
Quote Skuau 6-12-2024 12:19 AM
manop replied at 6-12-2024 12:08 AM
duit adalah tuhan

'ajaran sesat manop'......la pulok muncul
Quote FOTHER-MUCKER 6-12-2024 05:54 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-12-2024 01:57 PM

Tak kisahlah yang penting peminta sedekah tu berimage moslim  jad confirmlah penderma tu akan masuk syurga! Lebai punya pemikiran

[youtube]ut2abJgQYks[/youtube]
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:27 AM
suruh dia semayang tgk pandai x
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:27 AM
mo sama je dari dulu sampai ajm

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.150444 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top