CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir

5-12-2024 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45483| Komen: 54


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perkara berkenaan antara yang disyorkan RCI berkenaan dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.



Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

Suruhanjaya itu menyatakan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

"Oleh itu, adalah dicadangkan supaya satu laporan polis dibuat oleh setiausaha suruhanjaya bagi membolehkan siasatan ini dimulakan," katanya.

Laporan ditandatangani tujuh anggota Suruhanjaya dipengerusikan Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara, menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan adalah Mahathir bertindak menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan itu dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.

Katanya, jika Jemaah Menteri dibekalkan dengan kertas kuasa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Jemaah Menteri berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.

"Dalam hal ini, Mahathir berkemungkinan telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan itu walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas permohonan itu mempunyai kebarangkalian untuk berjaya," katanya.

Selain itu, Suruhanjaya berkata, siasatan di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan boleh dibuat atas fakta yang beliau menipu kerajaan dengan pengetahuan bahawa beliau berpotensi untuk menyebabkan kerugian salah ('wrongful loss') kepada kerajaan Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai obligasi untuk melindungi kepentingan negara.

"Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap negara dan hendaklah pada setiap masa memelihara, melindungi serta mempertahankan kepentingan dan kedaulatannya.

"Dengan membuat keputusan untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan itu, Mahathir menyebabkan kerugian salah kepada kerajaan Malaysia," katanya.

Pada masa sama, Suruhanjaya mengesyorkan Malaysia boleh memfailkan semula Permohonan Tafsiran baharu pada bila-bila masa yang sesuai, namun tidak mencadangkan Malaysia memfailkan semula Permohonan Tafsiran.

Selain itu, tindakan sivil di bawah Tort Misfeasans yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) sebelum ini tidak perlu diambil terhadap Mahathir kerana tindakan itu terhalang oleh had masa.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.



Pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Penubuhan RCI berkenaan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 14 Februari lalu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Seri Paduka juga memperkenankan pelantikan tujuh ahli RCI termasuk Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.

Lima lagi ahli RCI itu ialah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan Tan Sri Zainun Ali; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; pakar undang-undang Perlembagaan dan undang-undang pentadbiran, Prof Datin Dr Faridah Jalil.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah, manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zamri Misman sebagai Setiausaha RCI dan BHEUU JPM sebagai urus setia.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, Malaysia berpendirian isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura dalam rundingan.

Anwar pada Disember 2023 turut meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh, meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit.

Pada 12 Jun lalu, Dr Mahathir memberi keterangan hampir dua jam kepada suruhanjaya berkenaan dan pada sidang media kemudian, menafikan membuat keputusan sendirian dalam kes membabitkan tuntutan Batu Puteh sehingga Malaysia kehilangannya.

Katanya, keputusan berkenaan sebaliknya diputuskan Kabinet pada 2018 dan pihaknya hanya memberi pandangan supaya tuntutan itu tidak diteruskan kerana pakar undang-undang dan peguam ketika itu berpendapat ia kes yang lemah dan Malaysia tiada 'peluru' untuk menang.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, ketika Malaysia dan Singapura memutuskan untuk membawa perkara berkaitan Batu Puteh kepada ICJ, perjanjian sudah dibuat bahawa apa sahaja keputusan perlu diterima oleh kedua-dua negara.

"Kita perlu mematuhi janji (untuk terima keputusan), kalau mungkir janji, nama buruk pada Malaysia," kata bekas Perdana Menteri.

April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, Perdana Menteri pada 2018 yang membuat keputusan 'sembunyi-sembunyi' adalah individu bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di ICJ.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ketika menjawat Perdana Menteri pada 2022 pula mengakui kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Dr Mahathir sehingga Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 2008.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 5-12-2024 06:29 PM
Pulau tu pun 2027 nnt dh tenggelam la kot..mmg style pemerintahan nk bls dendam je gamaknya
Quote lostnfaun 5-12-2024 09:24 PM
Sebenarnya apa ada pada Batu Puteh nie? Sempadan semakin bertambah ke?
Quote axl_bach 5-12-2024 10:15 PM
L.U.S.M replied at 5-12-2024 06:29 PM
Pulau tu pun 2027 nnt dh tenggelam la kot..mmg style pemerintahan nk bls dendam je gamaknya

Walaupun tenggelam, sempadan laut negara pemilik tetap kekal....
Quote Decaffeinated 5-12-2024 10:44 PM
Aku kesian macai atuk ja. Tentu mereka kecewa.
Quote Decaffeinated 5-12-2024 10:45 PM
lostnfaun replied at 5-12-2024 09:24 PM
Sebenarnya apa ada pada Batu Puteh nie? Sempadan semakin bertambah ke?

Ya. Sesiapa yang dapat pulau akan dapat laut sekali.

Quote Kuin-Kepam 6-12-2024 12:02 AM
L.U.S.M replied at 5-12-2024 06:29 PM
Pulau tu pun 2027 nnt dh tenggelam la kot..mmg style pemerintahan nk bls dendam je gamaknya

darat nye komen.. bukan kira tenggelam ke idok!

Beyond this is up to 12 nautical miles of buffer space, known as the contiguous zone!

Quote L.U.S.M 6-12-2024 01:43 AM
Kuin-Kepam replied at 6-12-2024 12:02 AM
darat nye komen.. bukan kira tenggelam ke idok!

Beyond this is up to 12 nautical miles of buffer s ...

KO LA YANG DARAT NYAHHHH

BENDA AKU CKP TU SPEKUAN JE..FAHAM KE TAK!!!

NAMA PUN BERFORUM

BKN SEMUA KENA JADI FAKTA..TAK MASUK PERIKSA PUN

XPYH NK ATTACK KOMEN AKU IBARAT PULAU TU DH TENGGELAM..ACAH KOYAK SGT KONON!!!

Quote Kuin-Kepam 6-12-2024 02:23 AM
L.U.S.M replied at 6-12-2024 01:43 AM
KO LA YANG DARAT NYAHHHH

BENDA AKU CKP TU SPEKUAN JE..FAHAM KE TAK!!!

Sentap? Baca balik komen sendiri. Ni susah bila org tangan lebih cepat drp hotak. Bukan semua kt sini kelas belakang2 cm ko nehhh. Lemahhhh!!
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:28 AM
siasat la masa pun dah x semakin lari
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:29 AM
bila nak mulakan siasatan
Quote nisako 6-12-2024 08:09 AM
mcm cm
Quote mat_arof 6-12-2024 08:58 AM
L.U.S.M replied at 5-12-2024 06:29 PM
Pulau tu pun 2027 nnt dh tenggelam la kot..mmg style pemerintahan nk bls dendam je gamaknya

kalau tenggelam pun ..ruang udara tu tetap dalam kawalan singapura...ko tak pelik ke singapura yang duk jauh tapi kawal ruang udara tu yang kedududkan ruang tu  dekat dengan malaysia....

kot ye pun jadi walaun jangan jadi bodoh bangang
Quote mat_arof 6-12-2024 08:59 AM
saka tua ni..confirm akan keluar masuk IJN...

tgok lar nanti..dah tahu perangai saka tua ni
Quote L.U.S.M 6-12-2024 09:18 AM
mat_arof replied at 6-12-2024 08:58 AM
kalau tenggelam pun ..ruang udara tu tetap dalam kawalan singapura...ko tak pelik ke singapura yan ...

Bila masa plak aku walaun?asal komen xsehaluan terus kena chop opposition ke..bodoh tu simpan la sikit!!!
Quote kemaruk 6-12-2024 09:45 AM
seronok sungguh korang bila umno tumbang dulu ye

menang sorak kampung tergadai
Quote KamikuP 6-12-2024 10:23 AM
Lepas Daim (dah arwah dah pun) depa attack Tun pulak.. agak2 cuolls ni semua atas arahan dan angkara siapa yaachhh?
Quote Farnor 6-12-2024 10:27 AM
Semoga Tok det bijak mengatasi masalah ini.
Quote cmf_almondpecan 6-12-2024 10:29 AM
lostnfaun replied at 5-12-2024 09:24 PM
Sebenarnya apa ada pada Batu Puteh nie? Sempadan semakin bertambah ke?

Ya kalau batu puteh tu diiktiraf sebagai pulau maka negara yg memiliki dia akan dapat claim sehingga 200 batu nautika sempadan merangkumi EEZ sekelilingnya. Kalau dia tu diiktiraf sebagai batuan saja maka boleh claim sehingga 12 batu nautika merangkumi laut wilayah saja di sekelilingnya. Sama ada dia pulau atau batuan bergantung kepada keadaan semula jadi dia sebelum dibina apa2 dan sempadan dia pun kira daripada garis pangkal air surut yang asal sebelum tambak (kalau ada tambak).
Quote cmf_almondpecan 6-12-2024 10:33 AM
Kuin-Kepam replied at 6-12-2024 12:02 AM
darat nye komen.. bukan kira tenggelam ke idok!

Beyond this is up to 12 nautical miles of buffer s ...


If batu puteh is found to be a mere rock as per article 121 of UNCLOS, then Singapore may not claim the contiguous zone as their jurisdiction will be limited, at most, to the outer limits of the territorial sea, i.e., at the 12th nautical miles from the baseline. Baru puteh is most likely a rock as it cannot generate fresh water on its own without the aid of technology.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047318 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top