CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan

5-12-2024 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43561| Komen: 20

 


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, semua salinan kad pengenalan berkenaan adalah diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini adalah kad pengenalan yang sebenar, bukan seperti yang (Datuk Seri) Ahmad Zahid (Hamidi) tunjukkan di telefon bimbitnya. Kad pengenalan (dahulu) nama pemilik berada di belakang.

 

"Yang dia tunjuk adalah telefon bimbit bukan kad pengenalan. Dalam telefon bimbit, macam-macam gambar boleh dimuat naik dan ia tidak boleh diterima secara rasmi di mana-mana pun, untuk diperakui kebenarannya," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung kes saman fitnah terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi, di sini pada Khamis.

Terdahulu, ketika dalam keterangannya di mahkamah, Dr Mahathir berkata, kesibukannya menguruskan negara sewaktu menjadi Perdana Menteri menjadi antara sebab tindakan saman itu tidak dimulakan lebih awal.

"Selepas menjadi Perdana Menteri, saya sibuk dengan urusan negara, bukan urusan peribadi. Urusan peribadi boleh ditangguhkan, tetapi urusan negara perlu diutamakan.

"Apabila Ahmad Zahid mengemukakan saman, saya berpendapat ia satu tindakan yang tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, saya juga memutuskan untuk menyaman Ahmad Zahid. Saya juga faham, tiada had masa untuk memfailkan saman ini selepas ucapan itu dibuat," ujarnya.

Ketika disoal mengapa tindakan saman hanya diambil terhadap Ahmad Zahid dan bukan individu lain yang turut membuat kenyataan sama, Dr Mahathir menjelaskan:

"Ucapan Ahmad Zahid memberi kesan lebih mendalam kepada saya kerana ketika itu beliau memegang jawatan tinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Orang lain tiada jawatan tinggi seperti Ahmad Zahid dan ketika beliau membuat ucapan itu menimbulkan banyak reaksi.

"Ucapan atau tulisan individu lain tidak memberi kesan kepada saya jika mereka bukan orang penting. Kalau orang itu sekadar menjual kacang putih, saya tidak akan mengambil berat."

Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah, dan berniat jahat yang secara langsung merujuk kepada dirinya. Kenyataan itu dibuat ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Dr Mahathir percaya bahawa individu dirujuk dalam kenyataan fitnah tersebut sebagai ‘orang itu’, ‘dia’, dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepada dirinya.

Beliau mendakwa, kenyataan Ahmad Zahid yang berniat jahat itu menyebabkan beliau terdedah kepada kebencian masyarakat, selain menjejaskan kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Dr Mahathir berkata, kenyataan itu turut memberi maksud tersirat bahawa kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu dipersoalkan.

Katanya, kenyataan itu menggambarkan dirinya sebagai seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika dalam memegang jawatan awam, dan tidak layak menjadi pemimpin.

Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong, bersambung Isnin ini.

Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 5-12-2024 05:21 PM
Dah tua2 bergaduh main ejek2 nama bapak. Dah mcm bdk2!
Quote batmana 5-12-2024 05:27 PM
Mmg patut saman klu dh main nama bapa

Quote newyork 5-12-2024 05:30 PM
Kesiannya lahhh..
Quote silance 5-12-2024 06:06 PM
Orang Dap pun tak tergamak/tak mau buang masa nak malukan Tun. Lebih baik focus pada vision dan mission party.  Saya sedih lihat Tun terpaksa hadapi masalah ini. Semoga Tun menang saman.
Quote MissYouSayang 5-12-2024 09:54 PM
Wak47 tu mmg bangang abadi
Quote manop 5-12-2024 11:54 PM

Makan cili pedas ke..DKK ke sissss

Quote kakikuDibibirmu 5-12-2024 11:57 PM
Mahathir a/l Iskandar Kutty tersenyum sinis



[youtube]_SBa13Iibrw[/youtube]
Quote MissYouSayang 6-12-2024 02:03 AM
manop replied at 5-12-2024 11:54 PM
Makan cili pedas ke..DKK ke sissss

Kuat main tahi ke dekk
Quote manop 6-12-2024 03:29 AM
Edited by manop at 6-12-2024 03:42 AM

Tahik tak tahik suluh cermin la sisturrr









Quote aavakateimani 6-12-2024 06:30 AM
tgk muka pun dah tahu keturunan apo
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:30 AM
terpaling ic
Quote prince_marhaen 6-12-2024 09:45 AM
elok lah..sorang jawa totok, sorang kutty... gumpal2 kertas, kau pijak kepala apak dia, dia pijak kepala kau... hujung2 lepak satu table borak2 gelak2...
Quote Decaffeinated 6-12-2024 12:24 PM
silance replied at 5-12-2024 06:06 PM
Orang Dap pun tak tergamak/tak mau buang masa nak malukan Tun. Lebih baik focus pada vision dan miss ...

Ko pernah nampak ka pemimpin DAP level2 menteri bila bercakap macam budak2?

Tiong yang sangat melayu benci tu pun rasional ja bila bercakap.

Quote ipanimanz1 6-12-2024 05:33 PM
Decaffeinated replied at 6-12-2024 12:24 PM
Ko pernah nampak ka pemimpin DAP level2 menteri bila bercakap macam budak2?

Tiong yang sangat mela ...

ada je. cthnya anugerah jamban
Quote Decaffeinated 6-12-2024 05:38 PM
ipanimanz1 replied at 6-12-2024 05:33 PM
ada je. cthnya anugerah jamban

anugerah jamban tu apa, oleh siapa?

Quote clueless_gamer 11-12-2024 05:11 AM
Decaffeinated replied at 6-12-2024 05:38 PM
anugerah jamban tu apa, oleh siapa?

sis ni kan.. tak kan tak follow parti liberal idaman sis yg satu ni


https://dapmalaysia.org/en/48457 ... ias-public-toilets/

https://worldofbuzz.com/ministry ... se-are-the-winners/
https://www.thevibes.com/article ... active-fragrant-nga
Quote Decaffeinated 11-12-2024 10:48 AM
clueless_gamer replied at 11-12-2024 05:11 AM
sis ni kan.. tak kan tak follow parti liberal idaman sis yg satu ni

pepatah mengatakan, nak kenal seseorang tu lihatlah jambannya
nak kenal rakyat sesuatu negara tu, lihatlah tandas awamnya

Ini idea yang sangat brilliant. Keep it up DAP ! Ha tepuk

Quote Zeatyisaac 11-12-2024 11:32 AM
Apahal si Zahid ni nak main nama bapak ni? Tak berapa cerdik ni kan?
Quote Weller 11-12-2024 11:40 AM
99 vs 71


huhuhu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041013 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top