CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kembali jual pai, Zahnita padam semua hantaran Instagram - “Tempahan untuk pai kini dibuka. I love you 3000”

5-12-2024 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39142| Komen: 119

 


Bekas peragawati juga pelakon, Zahnita Wilson, dilihat kembali aktif dalam akaun Instagram, namun telah memadam semua hantaran terdahulu.

Menerusi hantaran baharu yang dimuatnaiknya, Zahnita, 39, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan terhadapntya susulan pendedahan berdepan episod keganasan dalam rumah tangga, dipukul suami Isnin lalu.

“Assalamualaikum. Terima kasih di atas segala ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda tidak lama lagi.

“Tempahan untuk pai kini dibuka. I love you 3000,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online, hantaran tersebut mendapat ratusan respons dalam masa yang singkat.

Rata-rata netizen memberikan  tanda ‘like’ tanda sokongan dan meninggalkan kata-kata semangat buatnya agar kuat meneruskan kehidupan.

Netizen juga dilihat mahu membeli pai yang dijual Zahnita agar ibu kepada empat orang anak itu dapat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

“Kalian semua, tolong sokong bisnes dia untuk dia berjuang demi dirinya dan anak-anak. Kita nak Zahnita Kuliah Cinta kembali. Pernah makan pai dia. Memang sedap. Berbaloi,” komen netizen.

Terdahulu Isnin lalu Zahnita mengemparkan ramai apabila berkongsi foto matanya yang lebam akibat dipukul suami.

Susulan itu, suaminya telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan.

Zahnita juga dilaporkan dalam proses untuk menurut cerai daripada suaminya selepas 20 tahun hidup merana. 

Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 5-12-2024 05:03 PM
Sape pernah beli pie acik z ni...review sikit[em:22:][em:22:]
Quote Zeelalala 5-12-2024 05:04 PM
Entahlah. Aku simpati dgn keadaan dia kene debik. Tapi aku sarankan dia pun kene jumpa pakar juga. Rasanya dia ada tekanan juga. Risau kalau drastik sangat semua berlaku. Support je dia berniaga. Semoga terus sukses. Tapi kesihatan mental pun kene ambil perhatian demi masa depan yg lebih sejahtera. Gittew
Quote lanacondor 5-12-2024 05:13 PM
Kalau dah kene debik selalu mmg la akan ganggu emosi pulak2 kene pendam je. Semoga suami dia dan keluarga suami dia xkacau mental dan hidup dia lagi la. Harap suami dia dapat hukuman yg setimpal.
Quote LadyCarefree 5-12-2024 05:19 PM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?

Dia ni dah ada karatz. I saw on TikTok ada yg komen suggest dia kemaskan pie dia. Teruk mamat tu kena maki dgn karatz dia. I tengok betullah pie dia xkemas buatan dan sgt2 comot. iola mmg geli kalau makanan xkemas sbb ianya melambangkan org tu prihatin atau tak. Kalau tak prihatin maka kebersihan pun ke laut.

Minah ni dah jd overhyped. Sampai ada yg ckp dia patut jd contoh wanita kena DV. Apo?
Quote Zeelalala 5-12-2024 06:07 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2024 10:19 AM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?

Ye betul. Dan dia berniaga tu kalau dah sampai buka besar camtu, kebersihan kene jaga. Jujurnya kalau aku, memang takkan beli dgn keadaan camtu.
Quote pocongkiutss 5-12-2024 06:12 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2024 05:19 PM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?

Karatz yg over ni mcm satu liabiliti ..si acik zani ada sentap tak? Masalahnya kekadang karatz yg hover menyebabkan retis tu dibenci
Quote L.U.S.M 5-12-2024 06:35 PM
LAAAA KENAPA PADAM POSTING2 LAMA?RISAU JADI BAHAN BUKTI YANG BUKAN KES 20TAHUN KE


ALAHAI KATA TERPALING SAHM
Quote L.U.S.M 5-12-2024 06:39 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2024 05:19 PM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?

Karat2 dia dlm por ni pun byk..mcm dia jugak xreti kira pastu telan bulat2 cerita dongeng
Pie dia comot n overprice..like mahal just because dia model apa kaitan?teringat plak kes ZZ acik hutan rimba yang jual rendang pulut kuning overpriced tp xsedap mana tu


To all karat..pergi beli pie dia smpi sold out!!!

Hahahahaha
Quote alesandra 5-12-2024 07:13 PM
Dia x delete dia archived je sebahagian post dia kot.itu pun  x reti beza
Quote fadz84 5-12-2024 07:35 PM
Zeelalala replied at 5-12-2024 05:04 PM
Entahlah. Aku simpati dgn keadaan dia kene debik. Tapi aku sarankan dia pun kene jumpa pakar juga. R ...

Betul.. setuju ngn saranan uols ni.. dia nmpk x ok.. senyuman, body language, pandangan mata dia nmpk her mental health not in good condition..
Quote Zeelalala 5-12-2024 07:37 PM
Jangan nanti cerita jadi terbalik sudah. Kita tunggu dan lihat je lah. Tak berani komen lebih2.
Quote sharlenetexas 5-12-2024 07:42 PM
Berapa org assistant agaknya?

Quote sharlenetexas 5-12-2024 07:43 PM
Tgk tangan dia tu pun dah mcm indon buruh kontrak. Laki dia tu mmg xde hati perut buat bini mcm ni.


Quote hokeypokey 5-12-2024 07:53 PM
orang order dan beli kt dia sbb kesian, nk support dia keluar dari toxic relationship, bukan sbb nk makan pie or pie dia sedap.. tu pasal comot ke mahal ke org beli jugak.. lantak la bukan duit aku
Quote bpbbppbp 5-12-2024 08:29 PM
Klau byk tmpahan, elok lah ada assistant. Apa pun teruskan melangkah kedepan. Start fresh
Quote cmf_jeangrey 5-12-2024 08:51 PM
Iols suka anything with pastry..pernah buat cornish pasty dan chicken pot pie..mkn dengan chips dan salad sedapp..nak buat la soon

Quote hyie 5-12-2024 08:58 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2024 05:19 PM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?

chop2 DV tu Depression Violence ke apa maksudnya?
Quote Duriand24 5-12-2024 08:59 PM
Aku xleh brain kalau dgn zahnita ni pun ade org rengsa n busuk hati. Mende laaa teruk sgt ke hidup chuols nokkk? Xde simpati kee
Quote Piramida 5-12-2024 09:11 PM
Edited by Piramida at 5-12-2024 09:13 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2024 05:19 PM
Dia ni kena debik baru2 ni saja atau sepanjang 20 tahun?

Anak2 dia mana?


Bab food hygiene ai pun particular...
Lagi2 rambut mengerbang or gugur risau gak masuk dlm pie tu. Janji tutup rambut. Kalau pakai sarung tangan nampak dia pakai tp ok je sbb pie tu nanti kita reheat mati gak lah kuman2 kan... Ke tak?

Kalau bentuk pie tu comot buatan ala kadar, ai is ok lagi... ala2 trademark style cincai2 gitu hehehe janji bersih dan selamat di makan.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.041942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top