CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Lan Zailan disahkan kanser pankreas tahap 4, ada masa 3 bulan sahaja

5-12-2024 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10222| Komen: 29


Selepas hampir seminggu menjalani siri pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pelakon senior, Lan Zailan disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Ruby Sara Omar, 51, menerusi mesej WhatsApp yang memaklumkan barah berkenaan sudah merebak ke bahagian organ dalaman lain.

“Doktor sudah sahkan Lan menghidap kanser pankreas tahap empat.

“Menurut doktor, jangka hayatnya hanya tiga bulan sahaja tetapi itu kata doktor sebab kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru,” kongsinya.

Dalam masa sama, Ruby turut berharap orang ramai, terutama kenalan rapat terus memberikan sokongan buat suaminya.

“Mohon sabahat terus bagi semangat kepada Lan,” ujarnya.

Sebelum ini, Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin, 66, dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.


Lan yang bermula sebagai dramatis sekitar 1990-an pernah berlakon dalam ratusan naskhah termasuk Santan Berlada, Rumah Kedai, Gerak Khas, Tanah Kubur dan Metro Skuad, selain turut muncul di layar perak seperti filem Suami, Isteri dan …?

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 5-12-2024 04:01 PM
kesiannya..
Quote PULANGKAN 5-12-2024 04:02 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Sekaisilver 5-12-2024 04:06 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Akalditipumata 5-12-2024 09:30 PM
Semoga Allah angkat sakit beliau.. ringgankn sakit beliau..
Quote anony-mous 5-12-2024 09:44 PM
Sedih plak tgk sbb suk heols berlakon. Muka pon mcm baik2 je orgnya
Quote JunkMail 5-12-2024 09:49 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun
Quote lanacondor 5-12-2024 09:53 PM
Semoga di beri kesembuhan
Quote sharlenetexas 5-12-2024 10:03 PM
Semoga dipermudahkan urusan.

Quote sleepandream 5-12-2024 10:07 PM
semoga dipermudah segalanya...
Quote jasmeen 5-12-2024 10:20 PM
Semoga Allah angkat sakit encik Dan dipermudahkan urusan encik ya
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:39 AM
may Allah heal you
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:40 AM
semoga cepat sembuh
Quote readbaca 6-12-2024 07:17 AM
Semoga cepat sembuh. Antara pelakon yang best
Quote akuMNdia 6-12-2024 08:36 AM
innalillah..

kanser pancreas ni kanser yg paling sukar nak detect awal.
sedar2 dah tahap 4.
Quote Gigi_Comel 6-12-2024 09:57 PM
Innalillah…

Semoga semuanya dipermudahkan… Amin…
Quote emera 6-12-2024 10:11 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan mu, diringankan beban & kesakitan..
Quote liyamariska 7-12-2024 03:56 PM
Semoga semuanya dipermudahkan…
Quote cikX87 7-12-2024 04:28 PM
uncle ni memang baik. pernah travel satu flight dengan dia, friendly je. semoga sakitnya di angkat. amin.
Quote dua_chzy 7-12-2024 04:35 PM
Semoga dipanjangkan umur melebihi expectation doktor.

Semoga diberi masa yang cukup untuk berkasih sayang dengan mereka2 yang disayangi sebelum pergi.

Semoga boleh tinggalkan bumi ini tanpa penyesalan bila tiba masanya nanti.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.042512 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top