PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden menghina peniaga teh oleh seorang pendakwah terkenal di Indonesia adalah menginsafkan serta memberi pengajaran berguna. Perdana Menteri berkata, beliau berasa hairan kerana penghinaan itu dilakukan oleh individu yang memahami hal berkaitan agama. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akui kesal dengan tindakan ahli agama itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku. “Sikap angkuh dan sombong itu kadang-kadang bukan sahaja dalam kalangan (mereka) tidak tahu agama, tidak semestinya. “Orang yang faham agama yang sering bincang tentang Islam, akidah, solat dan (amalan) sunat tetapi bila timbul keadaan begitu, dia boleh menghina. “Saya lihat (video) saya rasa aneh dan luar biasa, tetapi bagi saya pengajarannya menginsafkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Sebelum ini, tular sebuah klip video berhubung cercaan dan penghinaan oleh pendakwah, Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah. Sumber – KOSMO! ONLINE |
KamikuP replied at 5-12-2024 04:20 PM
Itu bukan pendakwah, itu dukun lintah.
felinecat replied at 5-12-2024 04:25 PM
Ape indon tu cakap, aku xfaham..tp menyampah tgok yg merokok kat belakang tu..nasib baik kt malaysia ...
pokokmeranti replied at 5-12-2024 04:02 PM
Bang Non sindir PAS ke tu? gitulah, semakin tinggi serbannya mahupun semakin lebar tudungnya semakin ...
zehra2 replied at 5-12-2024 05:09 PM
terkejut mula nya tp lps tu kesian sungguh.
dia cuma nk cari rezeki halal
pokokmeranti replied at 5-12-2024 04:02 PM
Bang Non sindir PAS ke tu? gitulah, semakin tinggi serbannya mahupun semakin lebar tudungnya semakin ...
nutcrack8 replied at 5-12-2024 08:57 PM
Kenapa isu mcm ni mendpt perhatian pm? Level ape pmx ni. Cite cani pon layan ke?
Konoha, ko expect a ...
felinecat: Ape indon tu cakap, aku xfaham ...
ADVERTISEMENT