CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paris dinobatkan sebagai bandar terbaik dunia. Kuala Lumpur, Johor Bahru juga antara tersenarai

5-12-2024 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7528| Komen: 51



LONDON – Paris dinobatkan sebagai bandar terbaik dunia dalam satu kajian tahunan untuk tahun keempat berturut-turut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kedudukan itu adalah berdasarkan Indeks 100 Destinasi Bandar Terbaik dikeluarkan Euromonitor International(EI). EI menilai bandar-bandar di seluruh dunia dari sudut enam faktor utama.

Antara ciri yang dinilai termasuk prestasi ekonomi dan perniagaan, prestasi pelancongan, infrastruktur pelancongan, dasar pelancongan dan daya tarikan, kesihatan dan keselamatan serta kemampanan.

Menurut firma penyelidikan tersebut, Paris unggul disebabkan tawaran pelancongannya yang diperkukuhkan oleh pelbagai acara sukan sepanjang tahun termasuk Sukan Olimpik Musim Panas.

Laporan 2024 itu meletakkan ibu kota Sepanyol, Madrid  di tempat kedua, Tokyo ketiga dan dua bandar Itali iaitu  Rom di tempat keempat diikuti Milan pada kedudukan kelima.


Selebihnya, untuk 10 destinasi teratas terdiri daripada New York (keenam), Amsterdam (ketujuh), Sydney (kelapan), Singapura (kesembilan) dan Barcelona (ke-10).



Sementara itu, dua bandar Malaysia, Kuala Lumpur dan Johor Bahru masing-masing berada di tempat ke-31 dan 82.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa ketibaan antarabangsa global meningkat sebanyak 19 peratus pada 2024, didorong oleh permintaan pelancongan yang kukuh.

Ketua Kesetiaan Global EI, Nadejda Popova berkata, populariti destinasi yang kurang dilawati dan bandar tahap ketiga akan meningkat apabila pelawat mencari ‘permata tersembunyi’, pengalaman luar musim dan pelancongan yang bertanggungjawab.

“Pelancong akan mengutamakan pengalaman yang memperkaya budaya dan bersifat peribadi, menjadikan sesebuah bandar sebagai destinasi pelancongan baharu,” katanya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 5-12-2024 03:20 PM
JB ke-82
Quote ultra78 5-12-2024 05:19 PM

https://edition.cnn.com/2024/12/04/travel/euromonitor-international-top-city-destinations-2024/index.html
Euromonitor International’s Top 10 City Destinations for 2025
  • Paris
  • Madrid
  • Tokyo
  • Rome
  • Milan
  • New York
  • Amsterdam
  • Sydney
  • Singapore
  • Barcelona

Top 10 cities in international arrivals for 2025
  • Bangkok (32.4 million international trips)
  • Istanbul (23 million)
  • London (21.7 million)
  • Hong Kong (20.5 million)
  • Mecca (19.3 million)
  • Antalya (19.3 million)
  • Dubai (18.2 million)
  • Macau (18 million)
  • Paris (17.4 million)
  • Kuala Lumpur (16.5 million)


Quote yenil95 5-12-2024 05:27 PM
paris ni kalau datang melancong best la..

kalau nak tinggal iols tak sanggup.
Quote SalenaGomez 5-12-2024 05:46 PM
Isssshhhh jakarta mana donkkkk?

Btw paris tu sbb olimpik kot, tu jadi no 1. Btw SG x pernah sampai sana, but ramai kata kotor n hancing yakmat
Quote rashiman 5-12-2024 06:21 PM
kepompong replied at 5-12-2024 03:20 PM
JB ke-82

Selain JB,
bandar2 lain di Malaysia ?
Quote Kitty_catz 5-12-2024 06:40 PM
paris yg hancing itu?

apaaaaaaaaaa
Quote L.U.S.M 5-12-2024 06:56 PM
SalenaGomez: Isssshhhh jakarta mana donkkkk ...


Mmg hancing..dh la 4musim..so bila xde matahari sgt bau kencing kuat betul
Quote nayzaron77 5-12-2024 07:24 PM
Johor bahru ke mcm tak caya plak
Quote sharlenetexas 5-12-2024 07:29 PM
Eiii gelinya hancing. Anjing berak kencing merata.

Quote sharlenetexas 5-12-2024 07:30 PM
yenil95 replied at 5-12-2024 05:27 PM
paris ni kalau datang melancong best la..

kalau nak tinggal iols tak sanggup.

Tgk atok shake duk kat apartmen dekat2 seine river.

Quote sharlenetexas 5-12-2024 07:32 PM
SalenaGomez replied at 5-12-2024 05:46 PM
Isssshhhh jakarta mana donkkkk?

Btw paris tu sbb olimpik kot, tu jadi no 1. Btw SG x pernah sampai  ...

Sama gak la ngan itali. Hancing. Kat lantai train station tuan anjing rilek je tgk anjing dia kencing.


Quote B40tastePosh 5-12-2024 07:36 PM
Kitty_catz replied at 5-12-2024 06:40 PM
paris yg hancing itu?

apaaaaaaaaaa


Hahaha...baru nak sebut Hanceng.

Marah youtubeer KM Light

Meols tak pernah pergi Paris...tapi sentap betul Youtuber tu bila orang komen Paris bau Hanceng
Quote B40tastePosh 5-12-2024 07:38 PM
Kencing terbaik adalah kencing lembu sebab boleh halau anai-anai....ni fakta.
Quote nakkomenjugak 5-12-2024 08:24 PM
Hidung dah biasa bau hancing kot deme ni
Quote sharlenetexas 5-12-2024 08:26 PM
B40tastePosh replied at 5-12-2024 07:38 PM
Kencing terbaik adalah kencing lembu sebab boleh halau anai-anai....ni fakta.

Selain kencing lembu, apa lagi yg boleh halau anai2? Serius tanya ni.

Quote Zezo 5-12-2024 08:27 PM
Meluat g paris & rome ni, landed je dorg dh warning pasal pickpockets la, gypsy la.
Quote hyie 5-12-2024 08:55 PM
B40tastePosh replied at 5-12-2024 07:36 PM
Hahaha...baru nak sebut Hanceng.

Marah youtubeer KM Light

ni utuber yang membahasakan diri dia daku daku tu kan? rimas iols tapi anak2 nya cantik2 dan hemsem, pandai cakap BM walaupun pelat.
Quote B40tastePosh 5-12-2024 09:18 PM
sharlenetexas replied at 5-12-2024 08:26 PM
Selain kencing lembu, apa lagi yg boleh halau anai2? Serius tanya ni.

Tahi lembu.

Orang afrika guna tahi lembu, letak pada tiang2 pagar kayu.

Kat India pun rumah diorang tak diserang anai anai sebab guna tahi lembu.

Misteri.....
Quote B40tastePosh 5-12-2024 09:19 PM
hyie replied at 5-12-2024 08:55 PM
ni utuber yang membahasakan diri dia daku daku tu kan? rimas iols  tapi anak2 nya cantik2 dan ...

Ye betul Kak KM....meols tengok channel dia masa time Covid 19 dulu....lepastu dah stop tengok sejak dia cerita suami dia boikot Nutella dan Minyak Kelapa Sawit.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076184 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top