Kuala Lumpur: Tiga anggota polis yang dikesan berhibur di pusat hiburan di Golok, Thailand menggunakan pangkalan haram di Kelantan, dalam proses penentuan tindakan tatatertib. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota polis berusia antara 26 hingga 32 tahun itu dikesan berhibur di pusat hiburan di Golok, Thailand sejak awal tahun ini. Menurutnya, seorang anggota yang bertugas di Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah itu sudah ditukarkan ke kontinjen lain. "Sementara, dua lagi anggota bertugas di IPD Tanah Merah juga akan ditukar ke kontinjen lain. "Siasatan dijalankan pihak JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam proses untuk penentuan prosiding oleh pihak Berkuasa tatatertib Kelantan," katanya ketika dihubungi hari ini. Terdahulu tular laporan salah laku pegawai dan anggota polis terbabit selepas pihak JIPS IPK Kelantan menerima beberapa gambar dan video berhubung aktiviti salah laku anggota polis yang disyaki mengunjungi dan berhibur di pusat hiburan Golok, Thailand.
Mereka mengunjungi pusat hiburan ini dipercayai berlaku sejak awal tahun 2024 lagi melalui pangkalan haram di Pengkalan Che Husin, Kelantan. Sumber : Harian Metro |
kemaruk replied at 4-12-2024 10:56 PM
Dihantar ke ulu kanowit ke
ADVERTISEMENT