CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita maut dipercayai dibunuh anak di Felda Ayer Hitam

4-12-2024 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35332| Komen: 65



Kluang: Wanita ditemui maut dipercayai ditikam anaknya dengan senjata tajam di belakang badan dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada 10.45 pagi dengan suspek berusia 20-an sudah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman esok.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan semakan menunjukkan suspek tiada rekod jenayah lampau serta ujian saringan negatif dadah.

"Terdahulu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai wanita tempatan lingkungan usia 50-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri di rumahnya.

"Wanita itu telah dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi.

"Susulan itu, seorang lelaki tempatan ditahan di Felda Ayer Hitam," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 4-12-2024 10:57 PM
Felda air hitam bukan kat kelantan ke
Quote mergastua 4-12-2024 10:58 PM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote mergastua 4-12-2024 11:00 PM
tak ada rekod jenayah dan negatif dadah ..
dengar bisikan ker ??
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:21 AM
anak penagih kah
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:22 AM
sakit mental kot
Quote Jitu 5-12-2024 07:48 AM
lama dah tak dengar berita mcm ni
ada pulak
mesti mendadih la ni
penduduk felda ni klu bkn mat rempit,mendadih
kerja malas
Quote delsmomm 5-12-2024 07:59 AM
hmmm... kalau kes gini ni..dlm felda plk..xleh nak fikir positif dah..
moga kerajaan buat la sesuatu pasal ni..
Quote BoongaKertas 5-12-2024 09:29 AM
kenapa felda byk kes masalah sosial eh? soalan serius. iols mcm curious.
Quote Kitty_catz 5-12-2024 09:47 AM
sian kann, kut muda2 dah mental weng

so utk sapa2 yg rasa mental tak berapa betui tu, pi la klinik berdekatan.. free jah.. jgn bairkan , nnti lelama kang terjun bangunan klcc tower 1 tu
Quote Freezies 5-12-2024 09:56 AM
BoongaKertas replied at 5-12-2024 09:29 AM
kenapa felda byk kes masalah sosial eh? soalan serius. iols mcm curious.

Mcm2 faktor,contohnya pengaruh rakan sebaya,terlalu dimanjakan makbapak sampai anak malas tk function.

Tapi paling ketara pengaruh rakan sebaya la.merempit dh macam turun temurun bagi diorng,pernah berlaku depan mata iols pelajar form 5 nk jual sparepart moto dekat pelajar form1.kiranya memang dari sekolah lagi dh digalakkan untuk merempit gitu.

Lagi satu kazen2 iols orng felda jugak,masa kecik elok je sesuci murni,bila besar mendadih sebb ikot kawan sampai adik beradik mengikut mendadih.yang paling sial ada satu kali kena tangkap dengan polis makbapak dia gelabah tetek sampai jual tanah pusaka sebab nak jamin anak2.
Quote white_musk 5-12-2024 10:04 AM
akak selalu dgr orang kata orang2 felda sekarang ni kaya raya...

tapi kenapa diorang tak hantar anak pergi kursus bagus2 ye?
duit banyak apa
Quote hayrin86 5-12-2024 10:20 AM
Bebas daripada pengaruh dadah tu bukan jaminan untuk tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah..
Quote brainbiru 5-12-2024 10:31 AM
X de rekod jenayah
Negative dadah
Umo 20an

Nape dik, ko bunuh mak kau?? Sbb x tahan kena berleter suruh keje ke??
Quote mariamaria 5-12-2024 10:31 AM
hisap vape mushroom kot ni
Quote lilacomot 5-12-2024 10:49 AM
dlm kosmo kata nye berang ngn mak yg tegur dia hisap vape...
Quote Kitty_catz 5-12-2024 10:58 AM
ni nanti drama anak saiya baekk budaknya.. saiya kenal anak saiya ka cemaner?

apa2 pun salam takziah
Quote justchu 5-12-2024 11:00 AM
BoongaKertas replied at 5-12-2024 09:29 AM
kenapa felda byk kes masalah sosial eh? soalan serius. iols mcm curious.

selaku ank felda aku tlg jawabkan
ramai gen pertama masuk felda tu jawa totok
yg dtg naik tongkang, apply felda
jadi bawak perangai leluhur

kedua, mangkuk2 ayun yg kena buang dr kampung
takde keje, tak guna, iblis lehnat, kna tgkap basah
pastu kena kwen sbb gf preggy, makpak applykan felda

byk anak haram kat felda tmpat aku gen 2
dgn kes dadah, pemalas keje, merompak men judi
pecah rumah jiran
selain suka merendek dlm kebun getah/sawit
smpai lahir anak luar nikah

dan seterusnya...meneruskan genetik tak semenggah
ke anak cucu. ada yg elok2 tu elok la


Quote SalenaGomez 5-12-2024 11:01 AM
mergastua replied at 4-12-2024 11:00 PM
tak ada rekod jenayah dan negatif dadah ..
dengar bisikan ker ??

Katanya consume vape mushrooms tu. Berhalusinasi, sedar2 dah bunuh mak sendiri
Quote SalenaGomez 5-12-2024 11:05 AM
BoongaKertas replied at 5-12-2024 09:29 AM
kenapa felda byk kes masalah sosial eh? soalan serius. iols mcm curious.

Sebab mungkin depa duk pendalaman, jadi gejala sosial mudah berlaku. Pernah baca dulu, sana lagi sosial banding duk kat bandar ni. Pengedar dadah mmg byk sbb susah nak buat tangkapan.

Pada SG, yg jadi pengedar ni paling jahat. Dia akan ajak budak2 ni cuba2 dahulu sampai jadi ketagih. Depa takkan main jual je. Lepas tu, akan jadu cycle dan terus menerus merosakkan budak2 ni mcm chain reaction.

Pastu duk kt kampung, mak ayah mesti akan protect anak2 ni walaupon mendadih

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top