CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina

4-12-2024 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34669| Komen: 5



DENGKIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbang permohonan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat permohonan pertukaran guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kementerian itu.

"Jadi pertimbangan yang disebut oleh NUTP itu adalah selari dengan apa yang sedang kita (KPM) laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar, khusus berkaitan dengan isu terbabit," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bandar Gamuda Cove di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Pengerusi Gamuda Tan Sri Ambrin Buang.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, dilaporkan mengemukakan permohonan kepada KPM bulan lepas untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan itu bagi mengelak kisah seperti Cikgu Din berulang.


Pada Oktober lalu, Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar menerusi perkongsian warganet di media sosial berharap dapat ditukarkan dari Sarawak ke Semenanjung untuk menemani isterinya yang sakit.

Isteri Cikgu Din, yang menghidap barah tulang rawan tahap empat meninggal dunia semalam.

Pada masa ini KPM menetapkan guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.

Sementara itu, pembinaan dua sekolah rendah awam mengandungi 48 bilik darjah di kawasan seluas 619 hektar itu adalah atas inisiatif derma dan bina antara KPM dan Gamuda.

Kedua-dua sekolah itu akan dibangunkan menerusi dua fasa dengan fasa pertama dijangka siap menjelang 2026 dan apabila siap sepenuhnya mampu menampung hingga 2,400 pelajar.

Sumber :– Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 5-12-2024 06:32 AM
ya jgn ng tuggu lama
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:32 AM
cian yg pjj
Quote fish 5-12-2024 05:32 PM
Edited by fish at 5-12-2024 05:35 PM

heran aku, kdg2 senang sgt cikgu2 ni dpt tukar, ada org mcm payah pulak.
kwn aku tukar2 sekolah dlm daerah yg sama saja mau 4,5 kali dah kot.
ada masalah apa2 apply tukar sekolah, dpt pulak tu
sekolah skrg ada la dlm 5 minit dr rmh, yg sblm tu dlm 10 minit, yg sblm tu lg la 2 minit kot @ jln kaki pun boleh.yg boleh jln kaki tu sjkc, dia kata rasis sgt, tu tukar.

Quote fish 5-12-2024 05:40 PM
Edited by fish at 5-12-2024 05:45 PM

* edit lg, byk sgt typing error

kwn aku lg sorg kat swak 5 thn, 1st time mintak tukar smnjg dpt je, bujang pulak tu.

sorg lg kwn aku mengajar kat sekolah sama (dkt dgn rmh, kg sendiri) dkt 20 thn dah, tak tukar2.
ada sorg cikgu baru2 ni pencen, dia mengajar sekolah sama dr aku sekolah rendah tu, 1st posting. tak kena tukar2 pun sampai pencen.
government servant yg lain, mau berapa thn sekali kena tukar jelah kerjanya...
mcm aku la, dah kerja kat KL - Putrajaya - Sabah - Penang. Lps ni tak tau la kena campak mana pulak.
Saya yg menurut perintah gitu.

Untung jg sbnrnya cikgu2 ni.



Quote fish 5-12-2024 05:52 PM
government servant yg lain, diri sendiri kena kanser pun ada dicampak kerja sana sini lg.
sorg kenalan aku, asalnya kerja kat putrajaya. Disahkan kanser, dpt pindah balik kg kat sabah.
lpstu cuti rawatan 2 thn. habis 2 thn kena campak bertugas kat KL pulak, tggl la anak bini kat sabah tu.
Sempat la berapa bln je kot bertugas kat KL tu,  meninggal.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.036093 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top