CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mentua tak pernah berhenti doakan saya’ - Umisya Mazlan

4-12-2024 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41706| Komen: 33

 


Madu kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan bersyukur mempunyai ibu mentua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Umisya atau mesra disapa Misya mendedahkan wanita dihormatinya itu menjadi antara individu penting yang menyuntik kekuatan dalam berdepan dugaan.

“Ummi, ibu mentua serta insan yang terlalu baik. Yang tak pernah berhenti menasihati dan taburkan kebaikan untuk Misya,” katanya dalam Instagram.

Bahkan, menerusi hantaran sama, isteri pertama kepada Ahmad Aslam  itu turut mendedahkan mentuanya kerap berkongsi kata-kata hikmah.

Dalam hantaran tersebut, Misya menunjukkan petikan daripada wanita terbabit mengenai individu yang berdepan dugaan seperti pernah dilaluinya.

“Orang yang pernah diuji Allah macam Misya,” tulisnya.

Terdahulu, situasi dihadapi ibu kepada dua cahaya mata itu mengundang simpati ramai apabila suaminya bernikah dengan anak pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi di Songkla, Thailand secara rahsia.


Pernikahan tanpa pengetahuan Umisya serta keluarga Marissa Dania itu berlangsung pada 27 Disember tahun lalu mengakibatkan Marissa serta ibu bapanya menjadi sasaran cemuhan ramai.

Begitupun, perkahwinan poligami itu tampak semakin tenang sejak kebelakangan ini apabila masing-masing memilih menjalani kehidupan bersama suami mereka tanpa melibatkan antara satu sama lain. 

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 4-12-2024 03:48 PM
Retis ke ni hanatttt??
Quote lilacomot 4-12-2024 03:51 PM
babeeee...ni bkn retissss.....semak ok
Quote Zeelalala 4-12-2024 03:54 PM
Woi! Minah ni bukan retis! Masuklah bod Influencer sana. Adoi. Semak ah
Quote primarikey 4-12-2024 04:02 PM
laaa...Tak abes2 lg ke
Harap aslam kawen lg satu
Quote hokeypokey 4-12-2024 04:03 PM
mak mentua doa utk markisa tak?
Quote Dhont_qaxx 4-12-2024 04:32 PM
Hahaahhahahaha nak upkan diri dia lettew. Perempuan ni mcm kesian sikit. Attention seeker mode kalau tengok post2 dia.. acah tersakiti lah apa lah.. nyampah nokssss
Quote likilu 4-12-2024 04:51 PM
Kiranya dia ada dua mertua ke macam mana? Parents parents madu dia sure tak kisah welcoming her into their family 69 tu
Quote doubleA 4-12-2024 04:56 PM
Mangkuk 2 ni bukan retis
Quote Zezo 4-12-2024 04:57 PM
Haha. Indirectly nk bgtau la tu mak mertua tu syg dia lg. Nasib lerrr marrisa. Tp, both si bini 1&2. Aku meluat nak tau. Sekali dgn si aslam ni. Malas aku nk ambil tau hal budak2 ni.
Quote DeLuna85 4-12-2024 05:28 PM
Menyampah gila dgn dua ekor ni. Asyik fyp dekat TT. Ramai juga pemuja masalahnya. Dah lah laki bini masing2 rupa minta kesian.
Quote pocongkiutss 4-12-2024 05:29 PM
primarikey replied at 4-12-2024 04:02 PM
laaa...Tak abes2 lg ke
Harap aslam kawen lg satu

Selalunya kalau 2 mmg perang..jd kena 3 baru seimbang
Quote fazila17 4-12-2024 05:29 PM
Siapa ni wehhhhhhhh
Quote zuriey 4-12-2024 05:32 PM
Ko juga yg gatai puki nk rujuk balik..hadap je la
Quote ivy23 4-12-2024 06:27 PM
Retis ke...?influencer pun bukan..sila campak ke bod lain.hanya sekadar menumpang nama  anak retis..
Quote Zeelalala 4-12-2024 06:44 PM
pocongkiutss replied at 4-12-2024 10:29 AM
Selalunya kalau 2 mmg perang..jd kena 3 baru seimbang

Haha. Teringat someone i kenal jadi bini no 2. Bini no 1 rengsek kat dia terus pinang kawan baik jadi bini no3. End up bini 1 bini 3 selalu tag team nak burukkan dan jatuhkan bini 2. Laki sakit hati dan tak tahan, skrg ni bini no2 tu jadi satu2nya bini. Bini 1 dan 3 siap kene talak. Padan muka
Quote allshares 4-12-2024 06:49 PM
Ko pun tumpang nama madu ko dek. Rengsa dgn tiga2 org NIH. Retis kerrrr
Quote lyshafull 4-12-2024 07:20 PM
Muka biasa ni pun bolh jadik influencer
Quote Rogue98 4-12-2024 07:23 PM
Tak pernah tengok Marissa bergambar dgn mertua dia.. ke aku yg tak perasan.
Quote Kangkung1M 4-12-2024 08:55 PM
Edited by Kangkung1M at 4-12-2024 08:59 AM
doubleA replied at 4-12-2024 04:56 AM
Mangkuk 2 ni bukan retis

Aslam tu model kan, maknanya dia dah bergelar selebriiti. Aslam selebriiti, Umisya plak isteri selebriti, so memang layak lah mereka dapat slot di Bod Gosip Artis.

[TikTok]7443011537603661057[/tiktok]

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.236061 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top