CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri rumah ditahan polis disyaki dera anak kandung, simbah air panas

4-12-2024 12:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41342| Komen: 46

 


KLUANG: Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak kandung perempuannya yang berusia 10 tahun dengan menyimbah air panas sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di Kampung Tengah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung terbabit pada jam 12.15 tengah malam tadi.

"Polis dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh guru besar sekolah mangsa pada Khamis lepas, selepas seorang pelajar perempuan didapati telah disimbah air panas sehingga menyebabkan kesan melecur yang teruk di bahagian belakang badan.

"Pemeriksaan lanjut oleh pengadu turut mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanan dan pipi kiri serta kesan lecur di kaki kiri kanak-kanak tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat penderaan yang didakwa dilakukan oleh ibu kandungnya.


"Kesan kecederaan termasuk luka lecur telah mula sembuh di bahagian belakang badan,"katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kiahlemau 4-12-2024 06:10 AM
Bagus...mak bapak mcm mmg sepatutnya duduk lokap. Jangan beranak kalau tak mampu bela...mampu tu bukan Dari segi kewangan je...Dari segi emosi jugak kena ambik kira. Ada org tak suka nak layan budak2 pun tapi gigih beranak...lps tu seksa budak tu. Sial betul la org mcm ni. Dah la yg ko dera tu anak kandung
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:42 AM
sakit mental
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:43 AM
ada anak pun stress
Quote sayurmayur88 4-12-2024 07:44 AM
cara didik anak zaman ko tak sama kot dgn budak2 zaman sekarang..
anak2 lahir 80 an membesar 90 an ramai je kene tali pinggang, penyepak, penampar etc oleh mak pak diorang .. tapi tak relevan kot "pukul" ni pd zaman sekarang...
Quote shernazz 4-12-2024 09:26 AM
Kena simbah air panas...cuba simbah balik kat mak dia..atau buat mcm nirmala bonat kena..
Bongok betul mak dia..budak umo 10 tahun tu buat apa sampai kau sanggup buat begitu?


*Taip sambil.makan nasi minyok ayam gulai ni...alahai..terus stop iols makan...haha
Quote prettyuglybabe 4-12-2024 10:26 AM
single mom ke?
ni bukan garang lagi dah..
tapi mental..
Quote BungaKencana 4-12-2024 10:34 AM
bodo la kau..
Quote nuryakmal 4-12-2024 10:44 AM
alhamdulillah mangsa selamat. semoga membesar dengan penuh kasih sayang.

to that woman, may you rot in hell. harap kakak2  jail, tolong debik sikit.
Quote syamzana 4-12-2024 10:58 AM
wess...anak tu buat apa sampai naik antu siram air panas. giler baran minah neh.
bagus la tangkap je mak keji camni, kesian anak.
semoga cepat sembuh
Quote copy_paste 4-12-2024 11:20 AM
Kiahlemau replied at 4-12-2024 06:10 AM
Bagus...mak bapak mcm mmg sepatutnya duduk lokap. Jangan beranak kalau tak mampu bela...mampu tu buk ...

sbb tu org yg merancang atau xnk anak lagi jgn dipaksa atau diperli kalo diorg xde anak lagi
Quote copy_paste 4-12-2024 11:21 AM
syamzana replied at 4-12-2024 10:58 AM
wess...anak tu buat apa sampai naik antu siram air panas. giler baran minah neh.
bagus la tangkap j ...

bukan senang jd ibu bapa nak kena hadap perangai anak2,

Quote KamikuP 4-12-2024 12:31 PM
mak dia ni gila ke kaki ketum atau bekas bohsia Kluang?
Quote sukacactus 4-12-2024 03:30 PM
Kalau malas bela & didik ank, jgn kangkang la woi!
Quote Kiahlemau 4-12-2024 03:50 PM
copy_paste replied at 4-12-2024 11:20 AM
sbb tu org yg merancang atau xnk anak lagi jgn dipaksa atau diperli kalo diorg xde anak lagi

Kan...kak kiah pun tak suka tanya org bila nak beranak...bila nak tambah anak...kita kena tau anak tu dtg dengan tanggung jawab...kak kiah umur dah menuju 50 ni pun ada lagi badigol samdol bengap bahlol dok tanya lagi tak nak tambah anak ke. Rasa nak maki tapi tak smpi hati. Kak kiah tringin nk tanya ko ni bodoh ke buta atau kedua2nya sekali. Klu tanya gitu confirm putus kawan
Quote yururi 4-12-2024 05:10 PM
malang hidup budak ni dapat mak mental. nasib baik la ada yg tolong report polis
Quote pocongkiutss 4-12-2024 09:13 PM
Ish apsal thread ni terbenam
Quote stargazers 4-12-2024 10:18 PM
Sian budak tu.. xleh pilih mak pak
Quote nonymous 8-12-2024 10:56 AM
ini yg bila spesis dah tua merempat anak x pedulik mulalah netizen dok bising kesian dah tua dibiar hdup merempat, rupanya masa kuat bertenaga muda dok dera anak sampai nak mati anak dikerjakan
Quote Kangkung1M 8-12-2024 02:30 PM
Edited by Kangkung1M at 8-12-2024 03:02 AM
Kiahlemau replied at 3-12-2024 06:10 PM
Bagus...mak bapak mcm mmg sepatutnya duduk lokap. Jangan beranak kalau tak mampu bela...mampu tu buk ...

I nak share satu kisah lain.

4 tahun lepas ada seorang kanak2 lelaki berusia 7;tahun bernama Zubaidi Amir Qusyairi mati akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tiri.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CKqm0hMJUZD/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Sebelum tu arwah dijaga oleh keluarga angkat dari usia 2 bulan sebelum diminta kembali oleh ibu kandung semasa usia 6 tahun.

[Ig]https://www.instagram.com/tv/CGTuz2-hmSw/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Selepas 3 bulan diserah kepada keluarga kandung, arwah meninggal dunia pada 29 Januari 2021 akibat didera.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CKqPd5ysgB_/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Beberapa hari lepas ibu angkat arwah kena serangan angin ahmar. Beliau rindu sangat pada arwah sampai meracau-racau memangil namanya.

[TikTok]7445868521101200647[/TikTok]
[TikTok]7445647937096502535[/tiktok]
[TikTok]7445509197682199816[/TikTok]
Semoga Umi arwah diberi kesembuhan dan dipermudah segala urusan, Aamiin.

[Ig]https://www.instagram.com/p/CPZ52ItjY0B/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.230490 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top