CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita selamba panjat gunung berapi tengah meletus

4-12-2024 12:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37587| Komen: 12

 


JAKARTA – Perbuatan seorang wanita di Indonesia yang bersahaja mendaki sebuah gunung berapi aktif ketika ia meletus mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Abatanews semalam.

Kejadian berlaku di Gunung Dukono, wilayah Maluku Utara baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform X oleh akaun @DolanIDN menunjukkan wanita itu mendaki gunung tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Lebih mengejutkan, dia bersahaja menikmati pemandangan sekeliling meskipun kawah gunung berapi menghamburkan asap dan lahar. 

“Saya terkejut kerana bunyi letusan yang kuat. Jangan ditiru ya kawan,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 578 tontonan dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen. 

“Saya tidak akan berasa simpati kepada orang yang sengaja membahayakan diri mereka sendiri!” marah seorang netizen. 


“Manusia seperti ini yang akan menyusahkan pasukan pencari dan penyelamat,” sindir netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 4-12-2024 06:47 AM
teruskan lagi usaha sehingga berada diantara selfies taken before death
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:47 AM
kabur la
Quote shernazz 4-12-2024 09:31 AM
Nanti akan dtg akan ada orang jumpa fossil manusia kat tepi gunung...
Quote virgocircus 4-12-2024 09:32 AM
Dasar attention whooreee
Quote airfilterkotor 4-12-2024 12:44 PM
Ni kalau meletus besar cara mengejut.... mati kali pertama sebab shock wave, mati kali kedua sebab timpa batu panas.

Quote nisako 4-12-2024 12:46 PM
gilo ke
Quote midori888 4-12-2024 12:49 PM
stop making stupid people famous
Quote BungaKencana 4-12-2024 12:57 PM
semoga cpt berjumpa Tuhan
Quote sepiITUindah 4-12-2024 12:59 PM
IQ 78
Quote ninja boy 4-12-2024 01:04 PM
Edited by ninja boy at 4-12-2024 04:08 PM

Tukang ambil gambar pun turut serta panjat bukan minah pi sorang2, negara omputeh lain aman2 tgk volcano semasa meletus
Quote edayildiz 4-12-2024 01:07 PM
nk bunuh diri ke

Quote edayildiz 4-12-2024 01:08 PM
ninja boy replied at 4-12-2024 01:04 PM
Tukang ambil gambar pun turut serta panjat bukan minah pi sorang2, negara omputeh aman2 tgk volcano  ...

lps tgk tu doirg slmt tak?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.133298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top