CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Padah tunjuk panas baran tumbuk, tendang cermin kereta sampai pecah. Seorang lelaki didenda RM1,000

3-12-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38701| Komen: 28

 


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM1,000, manakala seorang lagi suspek dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah selepas ditahan polis berhubung kes khianat hingga menyebabkan kerosakan pada sebuah kenderaan di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, di sini.

Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 1.41 pagi, 26 November lalu.

Katanya, pengadu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun memandu kereta jenis Proton Wira telah dihimpit oleh sebuah kereta Perodua Axia yang cuba memasuki laluan pengadu.

“Pengadu telah membunyikan hon untuk memberi amaran pada pemandu tersebut bagi mengelak pelanggaran.

“Semasa kedua-dua kenderaan berhenti di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, di sini, suspek telah keluar dari kenderaan terus menumbuk cermin kanan kenderaan pengadu dan menendang pintu kiri hingga kemek serta cermin retak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis menahan suspek pertama, 35, dan suspek kedua, 39, pada Ahad lalu dan dibenar reman selama tiga hari sehingga esok.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur semalam dengan cadangan tuduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, PPN KL bersetuju untuk tuduh suspek kedua manakala suspek pertama dijadikan saksi pendakwaan.

“Suspek kedua yang bekerja sebagai buruh telah dituduh di Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur hari ini. Suspek mengaku bersalah ke atas pertuduhan serta dijatuhi hukuman denda RM1000 (denda dibayar),” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berbaju biru keluar dari kereta Perodua Axia seterusnya merakam pemandu kereta Proton Wira.

Lelaki berkenaan bertindak menendang cermin kereta kiri bahagian depan sehingga pecah sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Dalam video berdurasi satu minit 43 saat itu juga, dilihat pemandu Axia yang berbaju merah keluar dari kenderaannya dan mengetuk kereta pengadu untuk memberitahu pergi ke balai polis. 


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 4-12-2024 07:00 AM
sikit sangat
Quote aavakateimani 4-12-2024 07:01 AM
yeke laki? muka kabur
Quote shernazz 4-12-2024 09:30 AM
Semalam iols ada tengok video ni .
Nampak mmg baran.lelaki ni..
Tak pasti apa penyebab dia marah sangat..

Bila iols tengok video ni..lepas tu banyak le video langgor2 kete dan manusia gila bawa kete keluar kat fb iols..
Hahahaha....
Quote salimrock 4-12-2024 09:41 AM
dulu member wa ni genster, sikit2 gaduh2 sikit tunjuk jari tengah


dia pernah gi bas stand tgk ada brader tu berlagak, pastu sound , lepas sound dia lempang...

itu dulu la sebelum ada smartfon, skrg ada smartfon ada medsos dia dah tak buat lg...

denda pn 1k kalo melakukan kerosakan...

skrg dia lebih byk membuat kerja2 kebajikan,
Quote MarryPottet 4-12-2024 09:46 AM
Lain macham dia punya gedebe
IC tengah 03 ke turrr?
Quote ezacbee 4-12-2024 09:50 AM
Sayang duit ooo 1k..
Quote copy_paste 4-12-2024 09:59 AM
shernazz replied at 4-12-2024 09:30 AM
Semalam iols ada tengok video ni .
Nampak mmg baran.lelaki ni..
Tak pasti apa penyebab dia marah san ...

marah sebab kena hon
Quote prettyuglybabe 4-12-2024 10:22 AM
kemahen style nak amik gambar tu
pastu kerosakan kereta claim pada axia or pelaku?
Quote ardent91 4-12-2024 10:52 AM
dorg2 ni mmg x ambik ikhtibarkan kejadian arwah syed yang gadoh ngan laki cina dulu.. betterla ko kena hon dari kena bayar rm1k.. spesis panas baran cmni mmg EQ dorg low..
Quote kucingitam 4-12-2024 11:27 AM
kadang org hon tu sbb nak bagitau/perhatian ada kereta ke kot tak perasan...yang kau nak ngamuk2 sgt pahal..padan muka kena bayar denda
Quote MissVixen 4-12-2024 11:43 AM
Kena hon nak mengamuk kenapa? Kalau dah tergesel lagi banyak kerja. Bacul sangat takat kena hon pun nak rosakkan kereta orang. Denda pun sikit gila. 1k je dah buat keganasan macam tu.
Quote A-Are 4-12-2024 11:59 AM
kucingitam replied at 4-12-2024 11:27 AM
kadang org hon tu sbb nak bagitau/perhatian ada kereta ke kot tak perasan...yang kau nak ngamuk2 sgt ...

ya setuju... i olls byk kali jd..i olls hon sbb nk kereta tepi simpang aware i olls tgh jln terus laju...lepas tu di kejarnya kita dari belakang main hon2 semula..bila dia potong nampak ank kecik kat blkg tingkap terbukak tgh keluar2 tgn...tunjukla contoh baik sikit..haih
Quote BungaKencana 4-12-2024 12:24 PM
mslhnye yg ptot mrh driver axia tp apasal yg ddk sblh driver yg lebih2... adan uke! iols dulu ada juga gado dgn jantan spesis mcm ni dkt area KL psl parking.. skrg dah mls, kalau kwn iols mrh2 psl kete lain i suruh dia sabar je.. kitonyo ada satu je kete.. itu yg nk bawa racing, pegi keje, pegi pasar, pegi joli.. kang kalau sme2 mrh hape pun tak jd..
Quote cantthinkofany 4-12-2024 12:33 PM
puas hati walaupun rugi seribu....
Quote midori888 4-12-2024 12:33 PM
bodo punya org....hon punya pasal, merasa duduk lokap, pastu kena denda lagi...
Quote nisako 4-12-2024 12:45 PM
padan muka
Quote salimrock 4-12-2024 12:57 PM
ada 1 kereta dia tulis situ honk if u love Jesus...


aku rasa mesti ramai ummah muslim tak berani honk kereta tu sebab takut terpesong akidah....
Quote edayildiz 4-12-2024 01:28 PM
laki sapa la ni..ke bini dia abaikan dia sibuk bergosip psl artis
Quote edayildiz 4-12-2024 01:30 PM
Edited by edayildiz at 4-12-2024 01:32 PM
salimrock replied at 4-12-2024 12:57 PM
ada 1 kereta dia tulis situ honk if u love Jesus...




hahah kalau honk terus blh sambut merry christmas ke
ckp psl honk spjg i dk drive ni kn i xpenah tekan honk..
i ada testing nk tekan honk tp xbnyi..xsempat study lg..kena gugel kot..mcm kena tekan ngn kuat br bnyi kot..ablm ninada try xkeluar..dh hbs tekan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.190867 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top