CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri menghidap barah tulang rawan, saya puas hati dapat jaga isteri hingga akhir hayat – Cikgu Din

3-12-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38859| Komen: 38

 


TUMPAT – Seorang guru, Mohammad Izzuddin Izhar, 34, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din berpuas hati apabila dapat menjaga isterinya, Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang menderita kanser tulang rawan tahap empat sehingga ke akhir hayat.

Nur Atiqah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Mohammad Izzuddin berkata, arwah isterinya meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan hampir sebulan di HRPZ II.

“Isteri saya menghidap barah tulang rawan lebih setahun dan saya reda dengan kehilangan isteri tersayang.

“Saya berpuas hati kerana dapat menjaga isteri sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah ibu mentuanya di Taman SBJ Putra, Pasir Pekan di sini hari ini.

Mohammad Izzuddin memberitahu, jenazah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Pasir Pekan, di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.


Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian rakan Cikgu Din di Facebook, dia memaklumkan guru tersebut dibelenggu resah apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tercinta, Nur Atiqah yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Ketika itu, Cikgu Din mengajar di Sarawak, manakala isterinya menetap di Kota Bharu, Kelantan. Prihatin dengan nasib guru tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya di Kelantan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 3-12-2024 10:36 PM
Edited by B40tastePosh at 3-12-2024 10:41 PM

Semoga Allah berikan pengampunan akan dosa allahyarhamah atas ujian. Penyakit hanya asbab.

Sakit menghapuskan dosa.

Setiap ujian hidup tanda Allah nak kita balik padaNya. Insaf tentang siapa kita untuk angkat martabat kita.

Martabat yang tinggi adalah untuk orang yang sabar, sering beristighfar dan menzikirkan Surah Al Ikhlas dalam setiap ujian hidup sehari hari.
Quote mrsamz 3-12-2024 10:57 PM
Baru tau yg dia mengajar sjkc kat sarawak tu kan..
Quote dua_chzy 3-12-2024 10:58 PM
Takziah.

Nak taip something tapi...Nanti la. Dah jadi baru taip.
Quote ninja boy 4-12-2024 12:41 AM
Dah ada calon bini baru ka
Quote hokeypokey 4-12-2024 01:26 AM
dua_chzy replied at 3-12-2024 10:58 PM
Takziah.

Nak taip something tapi...Nanti la. Dah jadi baru taip.

taip jer lah, boleh kitaorang baca.. jangan londeh sekerat2..
nk tunggu jadi apa?? bila??? cer citer
Quote Manjahati 4-12-2024 01:39 AM
Takziah
Quote Farnor 4-12-2024 02:16 AM
salam takziah
Quote zehra2 4-12-2024 05:21 AM
Takziah. dpt terus pindah kelantan tak.
kwn dulu bila suami meninggal kemalangan, terus dpt pindah balik Besut. besarkn anak sorang² dikampung halaman
Quote Thunderclouds 4-12-2024 06:59 AM
Innalillahiwainnailaihi rojiun.
Takziah.
Quote AkokKocik 4-12-2024 07:02 AM
dua_chzy replied at 3-12-2024 10:58 PM
Takziah.

Nak taip something tapi...Nanti la. Dah jadi baru taip.




Quote aavakateimani 4-12-2024 07:04 AM
takziah
Quote aavakateimani 4-12-2024 07:05 AM
bila nak kawen baru ke nak jd eminem
Quote delsmomm 4-12-2024 07:59 AM
kesiannya.. at least dia ada bersama wife dia di hari2 terakhir dlm hidup dia..
huhuuu sedihnyaaa....
Quote pittjie 4-12-2024 09:05 AM
kes dia dpt pindah pun lepas viral kan. berkali2 mohon pindah sbb nak jaga isteri sakit tp tak dpt2. lepas kawan dia viral kan kes dia .. baru dpt pindah.

innalillahiwainnailaihirojiun buat arwah isterinya. muda lagi arwah tu ya.
Quote dealova04 4-12-2024 09:19 AM
dua_chzy replied at 3-12-2024 10:58 PM
Takziah.

Nak taip something tapi...Nanti la. Dah jadi baru taip.

alaa citer ler, saspen betul tau type sekerat sekerat mcm ni
Quote supernaturalee 4-12-2024 09:31 AM
pittjie replied at 4-12-2024 09:05 AM
kes dia dpt pindah pun lepas viral kan. berkali2 mohon pindah sbb nak jaga isteri sakit tp tak dpt2. ...
Prihatin dengan nasib guru tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya di Kelantan



temporary je
lps ni balik bertugas sana la kot


Quote Cassieopeia 4-12-2024 10:19 AM
Lama juga dia berulang alik dr srwk kan lepas viral br dpt tukar sementara,

innalillahiwainnailaihirojiun
Quote prettyuglybabe 4-12-2024 10:24 AM
takziah..
so boleh balik mengajar kat sarawak semula la ye..
ke dapat tukar terus balik kelantan?
Quote BungaKencana 4-12-2024 10:33 AM
dua_chzy replied at 3-12-2024 10:58 PM
Takziah.

Nak taip something tapi...Nanti la. Dah jadi baru taip.

teruskan cikgu..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top