CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ramai Geram Tindakan Pelancong "Mat Saleh" Mengemis, Minta Tanggung Makanan & Tiket Flight Di R&R

3-12-2024 02:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52496| Komen: 64

 


Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan rumahnya.

Harus diakui, Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan kebanyakan pengembara sebagai destinasi pelancongan.

Ini kerana keunikan budaya dan kecantikan alam semula jadi serta sifat ramah rakyat negara ini menyebabkan mereka meletakkan Malaysia antara negara yang wajib dikunjungi.

Oleh sebab itu, ada di antara pelancong yang dilihat melawat Malaysia dalam tempoh masa yang agak lama.

Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang dilihat mengambil kesempatan dengan meminta sedekah atau mengemis bagi menampung kos percutian.

Mengemis Di R&R Minta Duit Untuk Makan & Tiket Flight

Itulah yang dilakukan oleh seorang pelancong lelaki dari luar negara yang dilihat meminta sedekah di R&R Ulu Bernam, Tanjung Malim Arah Selatan.


Menerusi hantaran di akaun X @pedoqpop, lelaki mat salleh itu dilihat duduk di lantai bersebelahan sebuah gerai di R&R tersebut.


Melalui perkongsian itu, dapat dilihat sebuah beg, bekas yang digunakan untuk duit dan sekeping kotak yang tertera ayat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diletakkan bersama lelaki berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan kampung halamannya.

Dek kerana rasa rindu, dia memohon bantuan dengan cara sebegitu bagi menampung kos makanan dan tiket flight.

“Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah. Tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan,” tulisnya.

Perbuatan pelancong Mat Saleh tersebut nyata mengundang rasa geram dalam diri pengguna berkenaan hingga dia mahu pihak berkaitan seperti pengurusan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadapnya.

“Salam @PDRMsia, @plus2u, tolong la kutip dan hantar balik dia ni. Pahal kita pulak nak tanggung tiket dia balik kampung. Lokasi RNR Ulu Bernam arah Selatan,” tulisnya.

Ramai Geram & Persoal Tindakan Pelancong Mengemis

Hantaran yang telah mendapat lebih 359,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.

Menerusi ruangan balasan hantaran tersebut, majoriti pengguna media sosial meluahkan rasa geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pelancong itu.

Malah, ada yang mempersoalkan apakah tindakan yang telah diambil olehnya sepanjang tempoh sembilan tahun dia mengembara.

Sama seperti @pedoqpop, ada pengguna lain turut mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelancong terbabit.

Berikut antara komen pengguna media sosial:





 
Sumber : BUZZKINI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 3-12-2024 12:04 AM
Pihak berkuasa tolong ambil perhatian..sila perhambat dorang ni blk. Jgn nk menyemak kat sini. 9 tahun sedap2 dok sini.
Quote sfrnna 3-12-2024 02:56 AM
P la suruh pejabat kedutaan hantar ko balik. Bodo punya mat salleh
Quote L.U.S.M 3-12-2024 04:24 AM
9tahun xde lgsg kena tgkp overstay..that's how bad enforcement kat msia..no wonder msia ni top on the list utk rasuah
Quote B40tastePosh 3-12-2024 04:45 AM
Bodoh nye Mat Salleh ni, kau scam jelah gay boy huduh gemok busuk, datin gersang dan janda kaya di Malaysia ni.
Quote Duta lover 3-12-2024 05:47 AM
Kutip juga minah2 arab yg minta sedekah kat area kg bharu tu
Quote Thunderclouds 3-12-2024 07:00 AM
Ramai yg baca tapi tak hadam artikel.
Dia bukan duduk kt malaysia dh 9tahun.
Dia dh 9thn tak balik kampung sbb dok travel.
Beza kan tu.
Stranded kt malaysia mengemis carik modal lain.
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:04 AM
dari dulu lg ni
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:06 AM
duit xde jgn jd bagpacker
Quote delsmomm 3-12-2024 07:50 AM
byk betul mat saleh yg pangai bodoh n hodoh gini..

datg ade duit..melancong sampai 9thn, pastu nak balik, mengemis duit org..
Quote liyamariska 3-12-2024 08:39 AM
semoga dipermudahkan urusan omputih ni utk balik ke negara asal dan pastu takyah gatal2 nak travel mana2 kalu mesekin bagai... dan harap kerajaan memperketatkan lagi kemasukan org2 luar yg bukan warganegara dok menyemak kt Malaysia nih...
Quote copy_paste 3-12-2024 09:22 AM
punya pemalas,rasanya kalau dia kerja senang2 boleh dpt duit sendiri, xkisah la ko nak meniaga ke nak kerja dgn org ke ini sesenang tadah je ingat ko mat saleh boleh main mintak2....
Quote copy_paste 3-12-2024 09:23 AM
liyamariska replied at 3-12-2024 08:39 AM
semoga dipermudahkan urusan omputih ni utk balik ke negara asal dan pastu takyah gatal2 nak travel m ...

kita punye imigresen paling mudah tembus,lagi2 dgn mat saleh,kalau kita g negara diorg mcm2 soalan diorg titik,
Quote talapia 3-12-2024 09:30 AM
ehhhhhh kemain eh... kau melancong sane sini... mintak orang sponsor..
hangpa yg baik ati dok sumbang tu sendiri dah sampai ke negara mat saleh tu?

ada aku tgk aritu 1 family naik camper car ronda banyak negara.. nk support diri n petrol. dorang pon buat camni.. meminta2 sambil jual fridge magnet ke.. barang2 dari negara dia as souvernir. seddaaaap aje eh.. kau yg nk mengembara berjalan sane sini.. kita lak kena tanggung

Quote edayildiz 3-12-2024 09:30 AM
nnti org malaysia tlg letew.
org malaysia mmg cpt simpati xtentu psl
bak kata kolig i..he ni dr france..he ckp org malaysia plg baik pernah dia jmpa setakat ni..
i rasa org kita xganas mcm negara luar...cpt lembut hati
Quote edayildiz 3-12-2024 09:32 AM
L.U.S.M replied at 3-12-2024 04:24 AM
9tahun xde lgsg kena tgkp overstay..that's how bad enforcement kat msia..no wonder msia ni top on th ...

malaysia kn semua ngetop..obesiti pun plg tinggi kt asia
tp bibik i ckp indon lg teruk rasuah dr malaysia..betul ke
Quote L.U.S.M 3-12-2024 09:43 AM
edayildiz replied at 3-12-2024 09:32 AM
malaysia kn semua ngetop..obesiti pun plg tinggi kt asia
tp bibik i ckp indon lg teruk rasuah ...

Rasuah dorg mmg teruk tp at least dorg certain jenayah strict gila
Cth
drugs - ank azean irdawaty kena caj terus masuk jail xde kompromi

pendatang pati - rohingya dtg kena halau on the spot

pelancong overstay - semua dorg halau jgk

So for me indon masih lg strict wpon rasuah dorg tinggi
Ekonomi dorg pun lg maju dari kita
Quote kemaruk 3-12-2024 09:51 AM
Jangan risau

Nanti ada ler tu acik andartu kurang kasih sayang akan membantu

20 ekor kuching di rumah terpaksa ikat perut kejap 2-3 bulan ni sebab bajet dah kena potong kerana duit dah bagi kat mat saleh ni
Quote makadek 3-12-2024 09:55 AM
jgn bagi kalau aku ada aku sound je situ
Quote Kuin-Kepam 3-12-2024 09:56 AM
kemaruk replied at 3-12-2024 09:51 AM
Jangan risau

Nanti ada ler tu acik andartu kurang kasih sayang akan membantu

Kata macai tersohor forum.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.132690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top