CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ramai Kagum Lihat Effort Rombongan Lelaki Redah Banjir Untuk Masuk Meminang

3-12-2024 02:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 51369| Komen: 40

 


Pada mulanya dapat dilihat kesemua individu dari rombongan pihak lelaki turun dari kereta sebelum masing-masing dilihat memegang payung meredah air banjir setinggi betis orang dewasa.

Umum mengetahui pada ketika ini Malaysia sedang mengalami Monsun Timut Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh.

Oleh sebab itu, kebanyakan negeri di Malaysia khususnya Pantai Timur sedang dilanda hujan lebat malah lebih teruk majoriti kawasan telahpun dinaiki air.

Keadaan sebegini sememangnya menyukarkan setiap orang untuk melakukan aktiviti harian lebih lagi apabila kebanyakan jalan utama turut ditutup akibat banjir.

Malah, ada yang terpaksa menunda atau menangguhkan segala rancangan dek kerana bencana ini.

Teruskan Majlis Pertunangan Walau Dalam Keadaan Banjir

Namun, lain pula dengan seorang wanita ini yang meneruskan majlis pertunangannya walaupun dalam keadaan banjir.


Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @zulaiqashafie94, wanita berkenaan berkongsikan momen indah itu ketika pihak lelaki datang membawa rombongan meminang.

Apa yang menarik perhatian adalah rombongan pihak lelaki dilihat meredah banjir sambil membawa dulang hantaran.

Pada mulanya dapat dilihat kesemua individu dari rombongan berkenaan turun dari kereta sebelum masing-masing dilihat memegang payung meredah air banjir tersebut.

Menurut Zulaiqa, mereka sememangnya mahu menunda majlis pertunangan itu namun segala persiapan telahpun dibuat.


Syukur Semuanya Berjalan Dengan Lancar

Menerusi video berasingan, Zulaiqa meluahkan rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca sedemikian.

Jelas wanita berkenaan menerusi ruangan komen, ibu tunangnya sendiri yang mahu meneruskan majlis pertunangan tersebut.


Ramai Luah Rasa Kagum Lihat Effort Masing-Masing Jayakan Majlis Pertunangan

Video yang telah mendapat lebih 233,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dengan kesanggupan dan effort kedua-dua pihak dalam menjayakan majlis tersebut.

Malah, ada yang menganggap ia sebagai kenangan manis yang harus dikenang oleh keuda-duanya memandangkan perkara sebegitu jarang berlaku.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan segalanya berjalan lancar.

Berikut antara komen pengguna TikTok:



 
Sumber : BUZZKINI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 3-12-2024 05:38 AM
Ingatkan kawen rupanya tunang je?
Still haram bila berduaan
Pada aku
Benda boleh plan boleh adjust tp nk gak redah hujan banjir...hmm..mujur xde apa2 kecelakaan kor kerosakan harta benda jadi...

Pasangan tak cerdik lgsg..content sampah
Quote teen_angelJB 3-12-2024 06:02 AM
Perlu ke..
Again.. Soalan aku.. Perlu ke

Dah mcm xde hari lain
Dasarrrrrrr

Quote Thunderclouds 3-12-2024 06:14 AM
Byk eh content² banjir sebegini.
Kurang kasih syg ke deme?
Quote Weller 3-12-2024 06:30 AM
kena la teruskan...



baru boleh viral


bila lagi boleh viral khenzz...
Quote babynina30 3-12-2024 07:14 AM
Awal jan - awal nov kan boleh buat aritu. Memang saja pilih dah ujung2 taun. Dh tau musim ujan/banjir
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:19 AM
kagum ape biasalah ni musim banjir
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:21 AM
xkan nak patah balik redah jelah. kalo tunda byk melibatkan masa dan financial. lg menyusahkan org2 yg terlibat
Quote Ciktiekus 3-12-2024 09:15 AM
Mujo x hanyut satu rombongan..kalau dah hanyut ape pon tak boley [em:10:]
Quote Dalcott 3-12-2024 09:35 AM
ko dah knp. benda blh bincang kan.
Quote edayildiz 3-12-2024 09:56 AM
tunang je pun...hati hitam i mengatakn deyols ni gila glemer..nk bg viral
xlehbl tunggu hbs banjir ke..tunang je pun..kalau majlis kawen i ok je sbb bkn olan arini esk terus kawen..tp setau i yg blm kawen ..org xkawen musim tengku joe ni..biasa time cuti raya cina..
kwn i janda kawen ngn laki org..besaran jgk dorg tunang..siap ada menari
Quote reddots 3-12-2024 10:58 AM
edayildiz replied at 3-12-2024 09:56 AM
tunang je pun...hati hitam i mengatakn deyols ni gila glemer..nk bg viral
xlehbl tunggu hbs ban ...

hati itam i mengatakan, mereka saja bodoh, dan buat-buat bodoh.
dah tahu hujung tahun musim hujan dan banjir, klu nak buat majlis pun, buat ala kadar ja la.  tak payah la nak bawak rombongan hantaran . cukup sekadar bawak yg penting ja.
ni biasa la ni, mindset buat majlis hujung tahun sebab ramai yang nak ambik cuti. budak skolah cuti,
Quote jebatmaspunyer 3-12-2024 11:06 AM
Berkenan betul bakal mak mentua ke bakal menantu. Hujan banjir sanggup redah utk pinang pompuan tu.
Quote Skuau 3-12-2024 11:38 AM
ada perpatah:
bodoh tak boleh diajar.
pandai tak boleh di ikut.
Ini la dia..tuan2,puan2
#MalasNakULANG
           
Quote ibu_haritz 3-12-2024 11:48 AM
Netizen ni cpt betul terharu dgn benda-benda bodoh
Quote talapia 3-12-2024 11:52 AM
aku mcm ingat ada experience masa kekecik.. naik lori... dok ramai2 kt blkg tu.. redah banjir gi kenduri kawin. Majlisnya ok je... diteruskan sebab dah book smua benda kan... lagipon umahnya x banjir..  cuma sebahagian tetamu la nk dtg kena redah banjir manjah2  gitu.. kalu sampai kena naik bot jambatan roboh segala... meredah arus laju 1km ke.. lupakanla
Quote syamzana 3-12-2024 11:56 AM
aavakateimani replied at 3-12-2024 07:21 AM
xkan nak patah balik redah jelah. kalo tunda byk melibatkan masa dan financial. lg menyusahkan org2  ...

laahaii banjir bukan jadi hari kejadian tunang tu pun. hujan lebat dah semgu yg lepas lagi, banjir pun dah jadi 4/5 hari yg lepas. gigih jugak nak teruskan kalau booking catering pun sempat sgt nak cancel.
stakat tunang je pun, both fmly on tggu reda musim hujan anto je la cincin tu.
saje nak menyusahkan diri
Quote edayildiz 3-12-2024 12:03 PM
reddots replied at 3-12-2024 10:58 AM
hati itam i mengatakan, mereka saja bodoh, dan buat-buat bodoh.
dah tahu hujung tahun musim hujan  ...

kannnn..i mmg xblh nak husnudzon ngn dorg ni
Quote nisako 3-12-2024 12:06 PM
la tunang ke ? ingat nikah.............sabo je
Quote uda 3-12-2024 12:07 PM
Kalau I lah, memang tak sanggup nak pergi wpun keluarga sendiri yg nak bertunang.
Seram nakmengharung air banjir,pastu hujan pulak.
Macamlah takda hari lain.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122125 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top