CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Sejak Paras Air Naik, Saya Pergi Sana Setiap Hari” – Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

2-12-2024 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12299| Komen: 7

 


Seorang lelaki sanggup meredah banjir sejauh 300 meter dengan ketinggian paras air melebihi satu meter bagi memastikan 400 ekor kucing yang terperangkap di pusat perlindungan di Tok Uban selamat dan mendapat makanan.

Memetik dari NST, pengasas rumah perlindungan tersebut, Khairul Nizam Mohd Arifin berkata paras air mula naik Selasa yang lalu.

Pengasas itu terpaksa memindahkan sebanyak 200 ekor kucing ke atap siling dan memindahkan selebihnya ke bangunan terbiar bersebelahan apabila air banjir di kawasan tersebut meningkat dengan cepat sehingga ketinggian menghampiri satu meter.

"Sejak paras air mula naik, saya pergi ke sana setiap hari. Memandangkan kami tidak mempunyai bot, saya terpaksa berenang sejauh 300 meter untuk memberi makan kepada kucing dan pulang ke rumah pada waktu petang."

 


"Selepas tiga hari, ada seorang individu yang baik hati memberikan saya sebuah bot untuk digunakan untuk sampai ke tempat perlindungan kucing."

Dia turut memberitahu dia membuka sedikit bumbung bagi memastikan kucing itu dapat melarikan diri sekiranya paras air terus meningkat.

 


"Setiap hari, saya menempuh perjalanan sejauh 20km dari rumah di Kampung Gaung ke pusat perlindungan kucing bagi memastikan semua kucing selamat."


Sekadar info tambahan, negeri Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi, namun situasi bencana itu di tiga negeri membabitkan Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor mencatat penurunan mangsa, setakat jam 8 malam semalam.

SUMBER: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 2-12-2024 12:47 PM
semoga dipermudahkan untuk beliau..
ni baru betul sayang pada binatang..
dah prepare apa yang patut kalau air naik..
Quote hokeypokey 2-12-2024 02:47 PM
terima kasih kerana berkorban demi kucing, semoga tuhan merahmati kamu..
Quote Decaffeinated 2-12-2024 03:02 PM
Boleh pula kucing2 ni hidup aman damai tak bergaduh. Pelik sungguh lah perangai kucing ni.
Quote white_musk 2-12-2024 03:52 PM
semoga murah rezeki hidup aman damai adik ni...
Quote gideoncross 30-3-2025 06:26 AM
prettyuglybabe replied at 2-12-2024 12:47 PM
semoga dipermudahkan untuk beliau..
ni baru betul sayang pada binatang..
dah prepare apa yang patut  ...

Pndai lh babies naik ats loteng spya x trkna banjir, tomei je
Quote gideoncross 30-3-2025 06:27 AM
hokeypokey replied at 2-12-2024 02:47 PM
terima kasih kerana berkorban demi kucing, semoga tuhan merahmati kamu..

Tomei2 je babies dlm gmbr ni, takut agknya tngok air bnjir makin naik, sorg2 diam duduk ats wooden plank spya x trjtuh
Quote gideoncross 30-3-2025 06:28 AM
Decaffeinated replied at 2-12-2024 03:02 PM
Boleh pula kucing2 ni hidup aman damai tak bergaduh. Pelik sungguh lah perangai kucing ni.

Air bnjir naik, msti babies ni tkut tngok, tu yg diam2 tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.030944 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top