CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buli di set penggambaran memang berlaku, saya pernah nampak’ - Syafiq Yusof

28-11-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43767| Komen: 24

 


Pernah menjadi saksi kes buli di set penggambaran, pengarah Syafiq Yusof menyarankan syarikat produksi memastikan persekitaran kerja bebas dari gejala tidak sihat itu.

Syafiq atau nama lengkapnya Mohd. Syafiq bin Mohd Yusof, 31, berkata apabila ada pemantauan serta sikap tolak ansur antara semua pihak pastinya masing-masing dapat bekerjasama dengan baik.

“Isu buli di lokasi penggambaran hakikatnya memang berlaku kerana saya sendiri pernah nampak antara pelakon lama dan artis baharu.

“Cuma adalah menjadi tanggungjawab syarikat produksi termasuk penerbit dan pengarah untuk memastikan tiada gejala seperti ini di set mereka.

“Pihak produksi kena wujudkan suasana kerja yang kondusif serta mesra sekali gus membolehkan semua tenaga kerja terutama pelakon cepat serasi seterusnya melicinkan lagi kerja penggambaran,” katanya kepada Kosmo! Online.


Pengarah Polis Evo 3 itu turut mengakui ada dalam kalangan pelakon baharu tidak memahami konsep penggambaran yang memerlukan tumpuan penuh ketika bekerja.

Kata sutradara yang tercalon dalam di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu, segelintir bakat baharu tidak mempunyai kesabaran apabila perlu bekerja dalam tempoh panjang.

“Penggambaran filem dan berada di set rakaman konten TikTok tidak sama, tetapi mereka ini seolah-olah sukar untuk faham.

“Buat filem atau drama memang perlukan kesabaran yang tinggi kerana ada kalanya perlu bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya.

“Sudah tentu kita bukan sahaja perlukan kesabaran. Stamina juga kena tinggi, jika lembik atau tak sabar sudah tentu memberi kesan kepada pelakon lain, kru serta keseluruhan penggambaran,” ujarnya

Terdahulu, isu buli menjadi topik hangat apabila beberapa pelakon muda mengakui pernah berdepan insiden dibuli ketika menjalani penggambaran.

Susulan itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menggesa mana-mana pihak yang merasakan mereka dianiaya atau dibuli dalam industri seni tanah air agar membuat laporan polis.

Fahmi berkata, dia sudah meneliti isu itu dan menasihatkan agar semua pihak mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik2kepam 28-11-2024 10:44 PM
Ha Camno tu? Ada retis lama kata takda buli2
Tp direktor sendiri penah nampak
Quote pocongkiutss 28-11-2024 11:00 PM
Kena buli dgn abg kao ke dik
Quote sharlenetexas 28-11-2024 11:07 PM
Syafiq ni rupa maknya. Tak nmpk sgt muka toksop.

Quote hyie 28-11-2024 11:36 PM
kat mana-mana pun kes buli tetap ada. Terutama bila seorang narsisis atau manipulator tu perasan kewujudan individu lemah atau yang boleh dibuli untuk diambil kesempatan. Tak semestinya buli = ragging macam masa zaman sekolah menengah.
Quote sleepandream 29-11-2024 12:56 AM
adakah perbuatan membaling pen sewaktu tokram mengajar mas af2 disifatkan buli? tibehhhh
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:01 AM
tadi dah ade berita dia.
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:02 AM
tolong tak mangsa buli tu?
Quote heythere123 29-11-2024 07:49 AM
harap kupu-kupu baca
Quote LipasComel 29-11-2024 07:57 AM
camne ni, tuan pengarah sendiri sahkan perkara tu mmg wujud.
so pelakon2 yg cakap xde isu2 buli tu toxic positivity much kah?
Quote babelina 29-11-2024 10:04 AM
mesti ada.. cuma xde sapa nk bersuara selain dari pelakon baru tu..
ye la kn.. klau ko bgtaw ko di buli kang ada yg x dpt job.. zaman dedulu lbh kpd bodek kipas mengipas kot.. so ko ikut jer.. angguk2 geleng2.. buat jer la..
Quote Shayang 29-11-2024 10:09 AM
Dia ni nampak mcm pendiam biasanya org camni suka jd pemerhati
Tp semua yg berlaku kat sekeliling dia akan tau je
Quote MadameOnion 29-11-2024 10:12 AM
selalunya yg bising2 kata takda buli tu yg kuat membuli
Quote tri-max 29-11-2024 10:21 AM
kesimpulannya .. gen2 baru ni lembik, too much care of their own feeling
tabley org tinggi sore skit, tabley org sok sek skit psl ko
mula nak menyentap,
smlm aku try tgk cerita2 barat dari pengarah muda2 ... semua tak masuk jiwa
nak interpretation perasaan sendiri, sedih sedih much, ADHD lor
pabenda la wey
Quote supernaturalee 29-11-2024 10:29 AM

saja la reporter up
heols tercalon top 5 best actor ffm
utk filem sheriff


Quote rayriff 29-11-2024 10:58 AM
Semalam tengok video pelakon baru citer pasal buli. Pelakon senior ni dia terlupa script lepas tu buat script sendiri. Yang junior ni terkial2 blank apesal script berubah terus kena hentam sebab x dapat sambung. Last2 cakap junior tu x professional la. Jahat yah pelakon senior perasan bagus ni.
Quote anilanil 29-11-2024 12:00 PM
Yg director syok sendiri nafikan. Retis lama pulak anggap ia sessi pembelajaran. Yg retis baru pecah lobang. Tapi ada gak retis BBNU acah retis level A yg sound sama sendiri? Lantak korang la nak bergasak. Cuma cuba lihat & belajar dari pengalaman org lain (retis senior). Kebanyakkan retis senior yg popular & viral pada zaman muda ramai yachh yg mohon bantuan sana-sini. Retis senior yg suam2 kuku di zaman mudanya ramai jua yg ada rumah & aset di hari tua.
So, disebalik ko nak merentan kena buli & memikir cara nak membuli baik korang keje elok2. Simpan duit, jana pendapatan pasif, jaga kesihatan.
Quote becir 29-11-2024 01:46 PM
yg kata takde buli tu jenis kalau keje office setting think its ok utk campak file ke muka orang or tengking di khalayak ramai atas tujuan ‘mengajar’
Quote aciksenah 29-11-2024 03:16 PM
Acik2kepam replied at 28-11-2024 10:44 PM
Ha Camno tu? Ada retis lama kata takda buli2
Tp direktor sendiri penah nampak

Artis lama kata tak de buli..pasal dia la pembulinya..
Quote Acik2kepam 30-11-2024 01:20 AM
aciksenah replied at 29-11-2024 03:16 PM
Artis lama kata tak de buli..pasal dia la pembulinya..

Ye doh la tuh
Menengokkan retis lama yg berbunyi pun mmg hat jenis suka cari pasal ngn org

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.206178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top