CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imigresen, Polis gempur Pandan Mewah - "Umpama berada di bumi asing, mereka sering mabuk dan buat bising"

27-11-2024 12:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36352| Komen: 14

 


AMPANG JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, mengepung seluruh kawasan yang menempatkan 12 blok flat di Pandan Mewah, di sini, selepas dilaporkan menjadi lubuk kediaman pendatang asing tanpa izin (PATI).

Serbuan secara bersepadu di kawasan berkenaan dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bermula jam 6 petang tadi.

Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, sehingga jam 7.30 malam, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 400 warga asing yang mendiami kawasan itu dan jumlah keseluruhan PATI 119 orang.

 


"Kesemua yang diperiksa terdiri dari kanak-kanak berusia dua tahun hingga orang dewasa berusia 50-an.

"Pemeriksaan awal mendapati majoriti warga asing yang diperiksa adalah warga Myanmar dan Bangladesh dan kita akan menahan mana-mana warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan," katanya ketika sidang media di lokasi serbuan.

Khairrul Aminus berkata, pihaknya telah membuat risikan di lokasi berkenaan selama seminggu sebelum melakukan operasi bersepadu.

"Kita juga akan mengambil tindakan mengesan mana-mana pemilik unit kediaman yang menyewakan kediaman mereka kepada warga asing selain melaksanakan operasi berkenaan dari masa ke masa bukan sahaja di Ampang Jaya, malah seluruh Selangor," katanya.

Dalam operasi sama, MPAJ turut menyita barangan dua premis kedai runcit yang disyaki menjalankan penggajian pekerja warga asing tanpa permit.

 
MPAJ juga tidak menolak kemungkinan ada pemilik premis perniagaan yang menyewakan kedai mereka kepada warga asing sebagai 'Ali Baba'.

Sehingga jam 9 malam tadi, operasi berkenaan masih giat di jalankan dengan kesemua laluan masuk dan keluar menuju ke kawasan flat berkenaan yang terletak di belakang Hospital Ampang, dikawal sepenuhnya oleh pihak polis termasuk mewujudkan sekatan jalan raya (SJR).

Pihak JIM Selangor, akan mengeluarkan kenyataan terkini jumlah warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan selepas proses dokumentasi sepenuhnya selesai dijalankan.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 27-11-2024 01:02 AM
Nak muntah aku tengok gambor atas tu.
Quote anony-mous 27-11-2024 02:12 AM
X lama lg Klang valley ni mmg dpt ke rohingya la
Quote makciktijah 27-11-2024 06:02 AM
ada tokan bwk masuk konoha illegal kat sini. kwn makcik dpt maid takde permit katanya dr pandan indah ni la. makcik saspek tokan kautim dgn imigresen counter setting tu, masuk guna pas pelancong pastu lesap.
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:05 AM
kalo tgk dr pov pati kesian pun ade
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:06 AM
masuk lah dari jln yg sah
Quote MisXoXo 27-11-2024 09:17 AM
Ala wayang ja ni..kena ambush dgn edisi siasat tu gelupooo.nti penuh balik.org2 asing ni xtakut polis malaysiaaa
Quote emera 27-11-2024 09:25 AM
aavakateimani replied at 27-11-2024 08:05 AM
kalo tgk dr pov pati kesian pun ade

Kalau pati, aku x kesian. Dia masuk secara haram, dia dh tau apa risiko. Jgn ckp dia bodoh kena tipu, tokan janji bulan bintang apa bagai. Kalau diri tu x tamak, xkan sesenang tu nk bg duit kat tokan & masuk negara org xde dokumen. Skrg hadap je la. Pegi balik negara sendiri.
Quote nazzse 27-11-2024 09:27 AM
wayang nak tutup KP kena kutuk sekarang kan..
Aku ni berapa kali dah buat report, takdanya nak ambush/ambil tindakan.
Padahal tepi Putrajaya je
Quote silance 27-11-2024 09:29 AM
7 tahun ke depan, malezia sama taraf macam myanmar. kotor, buruk, huduh. pelancung lari.
Quote JoyahSepoting 27-11-2024 11:01 AM
Dh ada org bocor awal maklumat ni. Semalam tggl sikit je kat area situ. diorg dh lari awal.. Pejabat MPAJ dlm 2km je dri situ. Apasal buat bodoh je.. Smlm bru nk serbu. Rumah aku dekat nau area sini. Mmg nmpk smlm lori Imigresen dtg..  Ahli parlimen Pandan so call Menteri Ekonomi lg haram J x pernah amik tau langsung. Jilake!
Quote afie_m 27-11-2024 11:26 AM
banyak dah lari..hummm...ramai balik lah lps ni..
Quote manopBKK 27-11-2024 12:45 PM
silance replied at 27-11-2024 09:29 AM
7 tahun ke depan, malezia sama taraf macam myanmar. kotor, buruk, huduh. pelancung lari.

Promosi kurang…
Quote monreyes 27-11-2024 01:04 PM
kat psr mlm jemahat pandan indah bersepah dorang ni kelek anak pakai kain ikat kat badan..x tau lak aku dorang ni berkuntum kat situ..aku sendiri jarang g area PM wpun sebelah je..
Quote monreyes 27-11-2024 01:06 PM
at one time polis imi gempur Indon kat Pandan Indah..ramai balek..termasuklah bibik2 nebor...takut btol dorang masa tu..elok lah raid lagi abes2an

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.045443 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top