CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu papan tanda DBKL: Menteri Pelancongan yang sebenarnya ‘bakar’ isu 3R – Mas Ermieyati

26-11-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15055| Komen: 36

KUALA LUMPUR — Dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada luar adalah kenyataan tidak benar.

Ahli Parlimen Masjid Tanah dari PN-BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kenyataan itu juga memalukan dan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, King Sing sepatutnya mengangkat budaya negara ini dan mempertahankannya sebagaimana disarankan.

“Saya terkejut apabila Yang Berhormat Menteri mendakwa tindakan DBKL untuk pastikan golongan peniaga di negara ini patuh undang-undang dengan mempamerkan papan tanda yang menggunakan bahasa kebangsaan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara kita di persada luar… Ini adalah kenyataan yang tidak benar!

“…Sultan Selangor dah arahkan untuk tanggalkan papan tanda tulisan Cina (memetik) Berita Harian, 19 November 2018 dan sebab inilah, tak usahlah Yang Berhormat Menteri buat drama dan memetik agenda perkauman.

“Sebenarnya Yang Berhormat Menteri yang membakar 3R di dalam dan juga di luar negara dan hanya untuk menghalalkan papan tanda yang tidak patuh undang-undang. Ini sangat tak betul.

“Malah kenyataan Yang Berhormat Menteri ini sangat bahaya dan boleh kita katakan sebagai kenyataan 3R… Dan ianya seolah-olah merendah-rendahkan pelancong daripada negara China,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

View this post on Instagram
A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)
Semalam,  King Sing menerusi hantaran di Facebook menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.

Beliau berkata perkara itu secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.

Sebelum ini, DBKL dilapor melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di ibu negara.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah meminta supaya King Sing ditukarkan.

“Eh, tengok sajalah dekat Thailand, tengok sajalah dekat Indonesia tak ada pun sibuk nak please-kan pelancong-pelancong daripada China menggunakan bahasa mereka sendiri, tetapi kat Malaysia ni, kenapa pula kita nak buat macam tu?

“Memalukan! Sebab itulah saya rasa pelancong daripada negara China tak heran pun dia tetap boleh masuk ke kedai-kedai, mereka masih lagi boleh melawat dan sebab itulah saya minta supaya Yang Berhormat Menteri ini, kita tukar,” katanya. 

Sumber : — The Merdeka Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 26-11-2024 08:23 AM
letaklah gmbr elok sikit
Quote aavakateimani 26-11-2024 08:25 AM
hal kecik je pun
Quote riyadhK 26-11-2024 09:26 AM
I stand with yb mas this time. Sorry tiong.
Quote BoongaKertas 26-11-2024 09:26 AM
kelakar menteri tersebut siap buat statement permohonan maaf? 1st time dlm sejarah kot?
Quote menjad 26-11-2024 10:26 AM
nak meraikan orang luar yang datang negara kita sebagai pelancong... napa pulak kita kena ikut bahasa ibunda dorang... walamak sungguh tak masuk akal. ko masuk cni kena terima lah bahasa sini walaupun kat cni ada bangsa C. Tapi mereka pung terikat dengan bahasa kebangsaan jugak pun. belajar dari sekolah rendah pung tak menghargai bahasa melayu. tapi nak jadi rakyat cni
Quote Binodino 26-11-2024 10:50 AM
Racist macam ni pun nak simpan jadi menteri lagi. Takde orang lain ke nak ganti tempat dia? Dah banyak kali dia ni buat statement racist. Tetap nak simpan.

Sama la macam mat sabut tu. Taktau apa function jadi menteri.
Quote B40tastePosh 26-11-2024 10:53 AM
Hantar je Cina Sarawak ni balik ke Sarawak.

Terserah pada Bumiputera Sarawak nak hantar dia balik ke Cina atau tinggal di Tanah NCR orang Iban dan Bidayuh.
Quote B40tastePosh 26-11-2024 10:54 AM
Binodino replied at 26-11-2024 10:50 AM
Racist macam ni pun nak simpan jadi menteri lagi. Takde orang lain ke nak ganti tempat dia? Dah bany ...

Kerajaaan Madanon sepatutnya perlu rombak kabinet.

Jangan terlalu berikan kuasa kepada MP MP dari Sabah dan Sarawak.

Otherwise PN akan kuasai kerusi kerusi di Malaya.
Quote B40tastePosh 26-11-2024 10:55 AM
menjad replied at 26-11-2024 10:26 AM
nak meraikan orang luar yang datang negara kita sebagai pelancong... napa pulak kita kena ikut bahas ...

cni tu apa? Chinese ke?
Quote B40tastePosh 26-11-2024 10:57 AM
Edited by B40tastePosh at 26-11-2024 11:00 AM

Sarawak Balit Sarawak!

Iboh gago rah Malaya

Engkah Tiong rah Tanah NCR mun sik maok hantar nya balit ke Cina.

Quote izwan_izi 26-11-2024 11:01 AM
B40tastePosh replied at 26-11-2024 10:53 AM
Hantar je Cina Sarawak ni balik ke Sarawak.

Terserah pada Bumiputera Sarawak nak hantar dia balik k ...

Sarawak...well known...cuba check siapa yg buat kempen "Sarawak 4 Sarawak" tu...org cina jugak...

Peribumi ikutt je...al-maklumlah...setiap bisness kt Sarawak tu dimonopoli oleh a few family china..so kena la patuh..kalo tak mcm mana nk beli grocery waina sebuku roti pon..itupun kilang family cina yg buat...hahahahahaha..

Boleh tgk...setiap syarikat (hotel-ladang-balak-pasaraya-construction) mesti ada lambang family cina Sarawak...kaler merah-hijau la...lambang tulisan shortform laa...circle2 diaorg je yg business besar2 kt Sarawak ni...

Compare dgn Semenanjung...business terbuka..takde la 1 company nk tapau habis semua projek...
Quote B40tastePosh 26-11-2024 11:04 AM
izwan_izi replied at 26-11-2024 11:01 AM
Sarawak...well known...cuba check siapa yg buat kempen "Sarawak 4 Sarawak" tu...org cina jugak...
...

Borneo tu memang tanah ke 2 China....Singkawang Indonesia tu memang totally Kota Tionghoa.

Kesian Dayak2 ...diorang jenis lay back
Quote akido_kido 26-11-2024 11:31 AM
[tiktok]7441084734538616071[/tiktok]
Quote lightheaded67 26-11-2024 11:34 AM
[tiktok]7439259948426579256[/tiktok]
Quote silance 26-11-2024 11:38 AM
Sarawak kebelakangan ini nampak aggressive mahu majukan negeri mereka, which is good  untuk rakyat sana. Abang Jo nampak lebih berkeliber banding ramai yang kat semenanjung ni. TPM2 pun aku respect sebab nampak bijak sesuai dengan jawatan. Both tak ada cerita negative, buat kerja saja. menteri sorang ni - dia tau kes ni nanti senyap juga macam kes 1.2 juta masuk tak keluar.

Quote imanjannah 26-11-2024 11:40 AM
bijak sangat yg mengundi tiong ni
Quote batmana 26-11-2024 12:39 PM
kalu nk ikut pelancong mcm  King Sing cakap
abisla , papan tanda kedai kena tulis lebih 10 bahasa
dah mcm2 bahasa dunia ada, belum lagi di india, ada 14 bahasa utama

mampusla nak pamer smua bahasa
Quote B40tastePosh 26-11-2024 01:58 PM
silance replied at 26-11-2024 11:38 AM
Sarawak kebelakangan ini nampak aggressive mahu majukan negeri mereka, which is good  untuk rakyat s ...

Kitak urang Sarawak koh?

Quote B40tastePosh 26-11-2024 02:13 PM
Edited by B40tastePosh at 26-11-2024 02:16 PM

Next PRU kita naikkan Parti PN sebagai Kerajaan, pinda semua hak2 minoriti Cina dan India.

Kerajaan Perpaduan sekarang yang dibentuk dari GPS (Parti2 Sarawak) bukan pilihan dari pengundi2 Malaya.....buktinya semasa Piliharaya Negeri Selangor, PN sapu hampir semua kerusi2 BN termasuk kerusi PH.

Lihat semua komen(36)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055905 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top