CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Papan tanda dwibahasa: Perkauman ialah buat-buat tidak faham undang-undang, sensitiviti – Ketua Pemuda UMNO

26-11-2024 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13877| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO membidas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengatakan tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga ada pelancong yang mempersoalkan sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ‘ekstrem’ agama.

Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata yang menjadikan perkauman ialah mereka yang telah lama menetap di Malaysia, tetapi pura-pura tidak tahu mengenai undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini.

“Yang menjadi perkauman ni adalah orang yang dah lama duduk dalam Malaysia, tetapi masih buat-buat tidak faham undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini wahai YB menteri.

“Kalau pergi ke negara luar, mereka akan letak bahasa mereka menjadi keutamaan di papan tanda dan baru lah ada tambahan bahasa lain, kalau perkara mudah sekalipun tidak boleh faham macam mana nak fahamkan orang lain… Ke mereka memang tak faham bahasa Melayu??,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.


 

Semalam, King Sing menerusi hantaran di Facebook menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.

 

Beliau berkata perkara itu secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.

Katanya, kita adalah negara berbilang kaum, budaya dan agama justeru kita tidak boleh mencipta imej negatif palsu yang bercanggah dengan realiti itu.

“Saya juga menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (#DBKL) untuk memberi tumpuan kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat daripada mencetuskan kontroversi melalui penguatkuasaan yang melampau,” kata King Sing.

Sebelum ini, media melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di ibu negara.

Operasi itu melibatkan pasukan penguatkuasaan dan pelesenan DBKL, bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis. 


Sumber : — The Merdeka Times


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 26-11-2024 08:22 AM
dia dah dtg
Quote aavakateimani 26-11-2024 08:23 AM
ckp byk masuk melaka
Quote PULANGKAN 26-11-2024 09:21 PM
mak aih dia punya facebook statement. segala bentuk negativity dalam tu. sebagai menteri mana boleh cakap macam tu. the audacity and greed. ish..

Kera di hutan disusukan,
anak di rumah mati kelaparan

Semut di seberang lautan, kau nampak,
gajah di depan mata, tak nampak
Quote penmerah 26-11-2024 10:31 PM
Iye... kasik je bertalu2 bidas sepet tongkang tu
Jenis tak sedar diuntung

Tapi of kos si si@L tu mana paham bahasa
Dah mampus masuk kubur pun ntah2 masih bodo ubi keledek rasis bangang
Quote nw111 26-11-2024 10:33 PM
Aku tak boleh tgk muka menteri cina dap tu..muka dia jahat sgt...
Quote TeropongThaico 27-11-2024 12:32 AM
Mesia baru sgt ke lg buka pintu untuk kemasukan prancing? Ingatkan dah berzaman lagi memang ada je pelancong yg dtg.  Agaknya satu2 papan tanda tu brp byk bahasa international yg perlu diletakkan serentak?  Maunya panjang berjela ye
Quote TeropongThaico 27-11-2024 12:33 AM
Prancing le pulak

Pelancong le...  Isk
Quote white_musk 27-11-2024 01:02 AM
Akak rasa orang malayu juga ramai melancong di china sana tetapi tidak pun mereka tulis melayu...

Tapi akak cadangkan tulis jawi... Bahasa melayu tulisan jawi... Haaa ambik..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066530 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top